Bab 18 - Rose

41 4 0
                                    

Rose baru sahaja sampai di hospital yang menempatkan mamanya. Isaac tak dapat nak temankan sebab takut kalau-kalau Edin mengebom rumahnya. Hampir setahun dia tak dapat berita mengenai mamanya setelah diculik oleh adiknya sendiri.

Kepalanya ditutup dengan hoodie dan mukanya ditutup dengan mask hitam.

Walaupun tidak dapat menyembunyikan identiti daripada orang-orang suruhan Edin, cukuplah sekadar dia dapat menutup kesan-kesan lebam yang ada pada wajahnya. Dia melangkah maju ke kaunter pertanyaan dan menurunkan sedikit masknya sehingga ke paras dagu.

"Kat mana pesakit yang bernama Siti Khaleeda?"

"Sekejap ya, cik." Rose menunggu seketika. "Pesakit ada di wad 231. Cik terus pergi ke lorong, lepas tu belok kanan. Wad tersebut di kedua pintu yang terakhir. Pesakit ada dikatil yang terakhir, sebelah tingkap."

"Terima kasih."

Rose menaikkan semula masknya dan berlari mengikut arahan nurse tadi. Dia membuka pintu wad dengan perasaan yang takut-takut. Dia menapak untuk mendekati mamanya. Dia nampak seorang doktor lelaki dan dua orang pembantu sedang memeriksa keadaan mamanya.

Pandangannya tertancap pada wanita yang sedang terbaring kaku diatas katil. Hatinya sayu melihat keadaan mamanya itu. Kepalanya lengkap berbalut.

"Doktor." panggilnya lirih.

Doktor lelaki itu baru sahaja menyedari kehadiran Rose.

"Ya?"

"Saya anak pesakit. Boleh saya tahu perkembangan tentang mak saya?"

"Oh, ini anak pesakit. Dah lama pihak hospital mencari ahli keluarga pesakit. Akhirnya jumpa juga. Mari ikut saya. Saya ada banyak perkara untuk berbincang dengan awak."

Ekoran mata Rose melihat keadaan mamanya. Sedihnya bukan kepalang. Kalau bukan sebab dia, pastinya mamanya tidak akan menjadi begitu teruk sehingga ke hari ini.

Rose membuntuti doktor itu sehingga ke ruang biliknya.

Doktor itu mengeluarkan beberapa fail coklat yang tertulis nama mamanya. Ya Allah! Sebanyak ini rekod kesihatan mama? Selamatkan mamaku, Ya Allah! Rose hanya berdoa sahaja di dalam hati. Doktor itu mengeluarkan kertas daripada fail yang pertama. Terdapat empat fail kesemuanya.

"Saya tahu ini amat berat untuk awak terima, tapi, saya terpaksa juga untuk memberitahu. Keadaan ibu awak sudah tahap yang kritikal. Kesan hentakan yang kuat menyebabkan gegaran otak dan dia belum dapat menyedarkan diri sehingga sekarang ini. Pada awal kemasukkannya ke dalam hospital, dia mengalami pendarahan yang teruk. Mujur, kami ada stok darah jenis O-."

Rose juga berdarah O-. Tapi dia bersa kesal kerana tiada di situ untuk mendermakan darah untuk ibunya sendiri. Airmata yang ditahan terus mencurah tanpa sekaan, namun dapat dikawal.

Rose mengetapkan bibirnya. Doktor itu mengeluarkan fail yang kedua yang berukuran untuk filem x-ray.

"Ini yang kami dapat kesan daripada kepala ibu awak. Tempurung kepalanya yang sebelah kiri kelihatan retak. Begitu juga dengan tangannya. Kami hanya menyimen tangannya dan terpaksa menjalankan pembedahan diluar pengesahan keluarga untuk menyelamatkan pesakit."

Filem x-ray itu ditunjukkan kepada Rose dan ditunjukkan dimana kecederaan yang dialami oleh mamanya.

Rose sehingga tak boleh untuk berkata-kata.

Rose menutup mulutnya kerana sangat terkejut. Keadaan mamanya sangat mengkhuatirkan dirinya sendiri. Hampir setahun dia tak berjumpa dan bersua muka, ini yang dia dapat?

Rasanya, dia perlu membawa kain lap tadi untuk mengelap airmatanya.

"Hal lain yang saya nak cakapkan ialah, Puan Khaleeda menggunakan mesin untuk bertahan hidup. Sudah beberapa bulan kami melihat perkembangannya, tapi tak berhasil. Kami tak dapat nak berbuat apa-apa."

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now