bab 5

122 16 0
                                    

"Woi, anak bertuah. Aku suruh ambik bunga raya," mak aku menjerit sebaik sahaja aku menjejakkan kaki kananku ke dalam rumah dua tingkat itu. Aku beri salam, cuba nak tenangkan mak aku. Nasib baik menjadi. Kalau tak habis telinga aku dipulasnya.

"Apa mak ni. Takkan nak bagi bunga raya kat crush," aku jawab.

"Ha? Crush?" muka mak yang mulanya berkerut sejuta bertukar bingung terus bila aku sebut pasal crush.

"Ye. Lagipun Hyuck sendiri yang tanam bunga tu. Bunga tu Hyuck punya lah kiranya," aku balas. Penat aku tanam sejak tahun lepas. Asalnya mak aku suruhlah tapi syok juga ada benda untuk jaga.

"Crush mana pulak ni. Kenapa bagi bunga matahari? Ya ampun," mak dah start gelabah, tangan dia pantas menghinggap di dahi. (face-palm)

"Mak kata petik bunga belakang rumah, Hyuck pun petiklah bunga belakang rumah. Mak kata bunga mahal lah apa lah," aku ulang balik apa yang mak aku cakap kat aku.

"Mak ingat kamu nak buat eksperimen Sains guna bunga. Kena reject teruk ke?" raut muka mak berubah simpati. Tak boleh relax langsung. Aku tak habis cerita pun lagi.

"Ni kan Lee Donghyuck, mana pernah kena reject," aku jawab dengan bangganya. Asalnya, aku pun terkejut bila Cik Angel terima bunga aku. Tapi dia kata dia memang suka bunga matahari. Kuning pun warna kegemaran dia. Tak rugi aku bersusah payah bawa bunga tu dari pagi.

Mak aku tak percaya dengan aku. Dah agak dah.

"Sumpah tak tipu. Dia senyum malu-malu lagi. Alahai, comelnya dia. Menantu mak serious lawa gila, mak. Nanti Hyuck bawa dia jumpa mak," bila fikir pasal n/h, terus jantungku berdegup kencang, lutut pun lemah. Tuhan sahaja yang tahu.

Mak aku pandang aku dari hujung kaki ke hujung rambut, dengan muka tak percaya. Aku senyum jelah pastu terus naik bilik aku. Penat tapi hari ni aku happy gila.

-hari minggu takde sekolah-

Aku ambil phone aku dan terus buka moba. Niat asal nak ambik daily reward, pastu geng Jeno, Jaemin, Mark, Renjun ajak main satu round. Aku pun mainlah satu match.

"Woi tolonglah aku. Kau nak menang ke nak kills," aku jerit dekat member aku yang tak habis-habis nak kejar kill. Kalau kejar kill je takpe, ni tak. Siap kill steal aku. Perangai semua macam hanat.

Tetiba ringtone aku berkumandang, skrin telefon pun berubah. Siapa siot call aku time-time macam ni. Aku terus end call tapi bila dah sampai balik kat game, aku dah mati. Bab-

"Woi, Hyuck. Kau buat apa," ujar Renjun.

"Ada orang call aku siot," aku pun tunggulah giliran aku untuk hidup balik. Nasib baik kejap je.

Sedang aku hanyut dalam permainan moba aku, nombor yang sama call aku lagi. Eh, jahanam betul. Lagi sekali aku decline. Kacau daun betul.

"Wei, boleh tak stop kill steal aku. Ingat kelakar ke, anjir," aku mendengus sebaik sahaja Jaemin kill steal aku untuk kali ke empat. Bila aku mintak tolong, semua hilang. Memang mereka seakan dah berkomplot untuk tinggalkan aku.

Sikit je lagi aku nak lepas dari Grock, phone aku berbunyi lagi sekali. Ah. Sudah. Confirm dah mati punya sebab dia guna ulti dinding tak guna tu. Aku tekan butang hijau yang tertera pada skrin untuk jawab panggilan.

"KAU NAK APA DARI AKU. JANGAN KACAU BOLEH TAK," aku jerit sekuat hati aku. Kacau betul aku nak main game.

"Hyuck? Ni nombor Donghyuck ke? Ni aku, n/h," suara yang familiar kedengaran di hujung talian. Eh, Cik Angel?

"Eh, haii. Sorry tadi terdengar saya jerit ke? Tadi saya tengah main game dengan kawan. Ada apa ni? Mana dapat nombor saya?" aku malu bila sedar yang aku menjerit dekat crush.

"Macam mana nak cakap.. Bunga yang kau bagi tu dah nak mati," suara ayu tu sayup kedengaran. Macam sedih pun ada.

"Bunga matahari memang macam tu. Hidup kejap je. Tak macam sayang saya pada awak," aku balas pendek.

"... Lah yeke? Sayangnya."

"Ya, saya?" first time aku dengar dia cakap sayang. Kalau hari-hari dengar pun tak jemu.

"Dah kenapa. Aku cakap sayangnya bunga tu dah nak mati," n/h balas dengan intonasi garang dia.

"Kenapa awak? Kalau awak nak, saya boleh bagi bunga hari-hari," aku offer.

"Tak nak. Nak bunga ni. Karang botak laman kau," n/h berdegil.

"Ooooh kalau macam tu, rumah awak ada laman tak? Tak pun pasu ke? Kalau ada bolehlah tanam baru. Bunga matahari cepat tumbuh so by the time awak habis SPM, bunga pun dah tumbuh," aku bagi cadangan.

"Macam mana nak tanam?" dia tanya.

"Bagi alamat, kita tanam sama-sama jom. Saya bosan duduk rumah," aku cari peluang untuk berjumpa dengan Cik Angel. Rindulah.

"Eh, suka hati je jemput diri sendiri. Ha yelah. Nanti aku WhatsApp alamat. Bye," n/h pun onz dengan idea aku.

"Bye, bye," aku tunggu sampai dia yang putuskan talian tu.

Wei, crush aku call aku. Aku tak bagi nombor aku dekat dia pun.

Defeated.

Tulisan tu muncul kat skrin aku. Aku sumpah lupa aku main game. Mampus aku. Aku bukak message corner dan aku kena marah teruk.

'Haters gon hate. Dahlah aku ada date. Tak mainlah game. Game untuk orang sendu, bye bye.' aku hantar message tu dan terus keluar dari game moba tu. Aku buka WhatsApp dan dia dah kasi alamat dia.

cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now