bab 12

60 11 1
                                    

Aku menatap skrin telefon pintar aku. Nama Cik Angel tertera di ruangan atas. Kenapa aku tengah pandang WhatsApp crush aku? Soalan yang bagus. Aku sendiri pun tak tahu.

"Rindu la pulak. Padahal baru 4 jam tak jumpa. Tapi nak cakap apa. Haih," keluh aku. Aku kemudiannya membuat keputusan untuk tidak kacau dia. Mana tahu dia tengah study. Dahlah dia nak SPM tahun ni.

Aku keluar dari ruangan chat Cik Angel dan pergi ke ruangan status. Ada beberapa status yang baru Cik Angel post. Jadi dia tak busy la kan? Hehe bolehlah aku kacau.

Ibu jariku yang curiga lekas menekan status dia. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat Cik Angel bersama Renjun dalam satu gambar. Bukan tu je, parents mereka berdua pun ada dalam gambar tu. Diorang nampak rapat semacam. Kenapa Johnny dengan Jaehyun pun ada? Apa hubungan Renjun dengan n/h ni sebenarnya?

Tanpa ku sedari, air mataku mula berlinangan. Cemburu tu cemburu la tapi, kalau Cik Angel dah berpunya, kenapa dia masih layan aku. Aku sedih lah. Usaha aku untuk mengurat n/h bagai mencurah air ke daun keladi. Cik Angel boleh pilih aku yang kacak lagi macho ni, tapi akhirnya dia pilih juga si pendek tu.

Jari aku tak boleh duduk diam lagi. Aku terus membuat panggilan kepada n/h menerusi WhatsApp.

Apa yang aku fikir ni? Kenapa aku nak bazir tenaga lagi?

"Hyuck? Ada apa call malam-malam ni?" suara lembut crush aku kedengaran setelah beberapa detik. 

Sebaik sahaja aku terdengar suara merdu Cik Angel, aku terus lupa yang aku tengah sendu.

"Oh? Saya tertekan agaknya. Tapi tak pe la. Seronok juga dapat dengar suara awak," balas aku dengan gembira. Tak sangka pula dia akan jawab panggilan aku. 

"Ada-ada je la kau ni."

-

"Selamat pagi, sahabat karib," ucap aku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas 5 Dream tu. Selepas beberapa saat baru aku perasan Mark Lee tiada dalam kelas tu. Alamak. Malu.

Tanpa berlengah, aku mengalihkan pandangan aku ke arah meja crush. Aik? Dia pun tak sampai lagi? Memang hari ni semua orang datang lambat berjemaah ke? Aku keluar dari kelas dan terserempak dengan Renjun dan n/h. Diorang tengah berbual sambil jalan sebelah-sebelah.

Aku, Lee Donghyuck, dah buat keputusan.

Aku nak menyibuk hal diorang berdua. Aku tak mampu berdiam diri lagi. Kalau aku diam, maksudnya aku bukan Lee Donghyuck.

"Hi, n/h. Apa khabar?" aku sapa Cik Angel SAHAJA. Sebaik sahaja sepasang mata yang ku dambakan itu memandang ke arah aku, bibir aku secara tiba-tiba mengukirkan senyuman. Yelah, nampak benda cantik mestilah seronok, kan? 

Cik Angel senyum balik, namun belum sempat dia nak balas pertanyaan aku, si pendek Huang Renjun menyampuk.

"Buat apa kat sini?" soal Renjun.

"Nak jumpa Mark la. Kau pula? Asyik-asyik melekat dengan n/h je? Tak ada kerja lain dah ke? Kenapa asyik-asyik kacau awek orang, ha?" tanya aku. Nak aja aku sergah dia ni tapi kena control macho depan crush lah katakan. Mata aku memandang ke arah buku rujukan tingkatan 5 yang sedang dibawa oleh Renjun. Kemungkinan besar hak milik n/h.

Aku merampas buku rujukan tersebut sambil mengerlingkan mata ke arah Renjun. "Aku pun boleh tolong n/h. Dah, shoo shoo, pergi balik kelas. Kau kan ketua kelas, mesti kau banyak kerja," aku cuba halau Renjun.

Renjun dan n/h saling bertukar pandangan sebelum kembali melihat aku. Apa pulak ni?

"Kau ni bebal betul, kan? Aku nak ejek pun tak sampai hati. Balik sekolah nanti minum susu Enfagrow, ya? Biar sel-sel otak berhubung," kata Renjun sambil mengukirkan senyuman tak ikhlas sebelum beredar dari situ. Aik? Macam tu je?

"Hyuck.. Renjun tu sepupu aku," ujar n/h sebelum mengambil buku rujukan hak milik dia dari tangan aku.

Ha?

APA DIA CAKAP? SEPUPU? RENJUN TU SEPUPU N/H?

cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now