bab 11

81 11 0
                                    

Hari Rabu memang rasa panjang semacam ataupun memang hari ni je? Aku dan Mark Lee bergerak ke dewan untuk perjumpaan pengakap kitorang.

Sebaik sahaja kami berdua sampai di dewan, mata-mata cikgu pengakap beralih ke arah kitorang. Okay, mungkinlah aku dan Mark lambat tapi baru lima minit kot. Tadi kat surau ramai gila orang.

"Bagus, kamu berdua boleh jadi model," Cik Park berkata tiba-tiba.

Model apa pulak dah? Mark dan aku bertukar pandangan tetapi tu lah tu. Dua-dua masih terpinga-pinga. Nafas pun tak sempat nak stabil lagi.

"Model apa ni, cikgu? Saya tahulah saya handsome tapi Mark ni layak ke?"

"Eh eh. Model ikat banduh je lah. Awak ingat ni studio fotografi ke," cikgu tu terus menggelengkan kepalanya. Aku terdengar beberapa orang gelakkan aku. Salah seorangnya Huang Renjun. Aku jeling ke arah dia dan dia balas dengan menjelirkan lidah dia.

Kalau crush tak ada depan mata, dah lama aku belasah budak ni.

"Siapa nak demonstrate cara ikat banduh?" Cik Park tanya kepada ahli pengakap yang lain. Mark Lee dan aku masih berdiri di depan semua orang. Beberapa detik berlalu dan tiada siapa nak volunteer untuk ke depan. Patutlah Mark dan aku kena. Semua tak nak beri kerjasama.

"Cikgu, saya cadangkan pengerusi dan naib pengerusi, boleh? Mungkin tak de siapa datang ke depan sebab diorang tak tahu cara nak ikat banduh," aku cuba mencadangkan idea bernas aku kepada cikgu tu.

Maleh aku nak berdiri lama-lama semata-mata nak tunggu orang datang ke depan. Lagipun, Cik Angel ialah naib pengerusi. Aku nak kacau dia. Yalah, aku kan Haechan. Kalau sehari aku tak kacau orang, mesti tak sah.

"Boleh juga. Lucas dan n/h. Datang ke depan," arah Cik Park. Aku tertawa melihat Cik Angel panik. Dia kemudian buat muka ke arah aku. Weh, comel betul bila dia buat muka geram dia. Pipi dia jadi merah.

Lucas dan n/h bangun dari tempat duduk mereka dan melangkah ke arah aku dan Mark Lee.

"Lucas, kau ikat kat Mark ok? Aku nak balas dendam," aku terdengar n/h cakap kepada Lucas.

Lucas tersenyum dan angguk sahaja. Alamak.

"Okay, mula-mula, ambil kain dan lipat dua. Jadikan bentuk segi tiga," arah Cik Angel. Semua ahli tiba-tiba mengikut sahaja arahan Cik Angel. Ah, takut la tu.

Cik Angel beri sepenuh tenaga dia untuk menerangkan setiap satu ikatan. Tapi tu lah. Dia ikat terlebih kuat la pulak dekat aku. Ini ke cara dia balas dendam? Comel betul.

"Kat kepala, ikat je macam ni," jelas Cik Angel sambil dia mengikat ketat ikatan di kepala aku. Ya ampun, pening aku. Sambil dia menyemak ikatan setiap ahli, aku mengambil kesempatan untuk melonggarkan sedikit ikatan tu.

"Semua bagus," Cik Angel beritahu selepas dia dan Lucas selesai menyemak hasil orang lain.

Cik Angel kembali ke arah aku dan menanggalkan kain banduh dari kepala aku. Disebabkan aku tinggi, dia terpaksa rapatkan diri. Aduh. Janganlah dekat sangat. Mak, tolonglah anakmu yang lemah ni.

"Demam lagi ke?" Cik Angel tanya.

"Eh? Kenapa tanya?"

"Muka kau merah. Dah, Haechan pergi duduk, pastu minum air," arah Cik Angel. Selesai dia menanggalkan kain tu, dia tolak belakang aku (dengan lembut) ke arah tempat duduk aku.

Biar benar? Dia betul-betul risaukan aku ke?

Aku berjalan ke arah tempat aku dan duduk. Mata aku masih melekat pada n/h.

Tak rugi aku datang sekolah hari ni. Dapat nasi lemak air tangan crush, dapat bercakap dengan crush.

Paling penting, aku rasa dia minat aku balik. Haih, siapa je mampu reject Lee Donghyuck.

cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now