bab 7

115 16 0
                                    

Aku cuba untuk meneguk sirap ais aku tapi tak tertelan. Macam ada orang perhatikan aku.

Aku mengangkat pandangan aku dan toleh ke arah kananku, dimana dua orang jejaka sado sedang memandang aku seolah-olah nak telan aku hidup-hidup.

"A- apa khabar? Saya Lee Donghyuck," aku menghulurkan tangan aku yang terketar-ketar ke arah mereka.

Nasib baik salah sorang daripada mereka menyambut tangan aku.

"Hai, Donghyuck. Nama aku Johnny, ni Jaehyun," jawab salah seorang daripada abang n/h. Tangan aku digenggam erat, erat sangat. Kalau erat lagi sikit mungkin tulang tangan aku patah.

Jaehyun cuma senyum. Walaupun muka dia manis macam n/h, ada makna di sebalik senyum dia.

"Janganlah gagap. Nanti nak ucap lafaz nikah tak boleh gagap," komen Jaehyun, senyuman dia masih terpapar di wajahnya yang tampan.

Aku takut, mak. Aku nak balik.

"Nah, semalam aku buat," n/h akhirnya datang ke meja makan dengan dulang berisi kek baldu merah (red velvet). Lagi seminit aku bersendirian dekat meja tu, confirm aku akan terkencing ketakutan.

Johnny lepaskan tangan aku dan terus ambil kek tu. Jaehyun pun sama.

"Aik, tadi kata haus? Tak minum pun," n/h bingung.

"Oh tak, tadi kitorang sembang," aku senyum, cuba nak kawal perasaan. Cik Angel menangguk tanda faham. Okay lah, nasib dia percayakan aku.

Aku menghirup sirap ais aku. Sedapnya.

"Abang, nanti tolong hantar Hyuck balik. Dah alang-alang nak keluar tu," n/h bertanya pada Johnny. Johnny pandang n/h dan beralih pada aku. Baru je aku nak buka mulut untuk menolak tawaran itu, Johnny pantas mengangguk setuju.

"Boleh-boleh. Abang nak kenal dengan dia ni jugak," jawab Johnny, mulutnya penuh dengan kek.

"Nak ikut," Jaehyun menyahut.

"Lagi ramai lagi meriah, kan, Lee Donghyuck?" Johnny panggil aku dengan nama penuh. Aku mengangguk, tak mampu nak pandang mereka. 

N/h menghiris beberapa potong kek dan dihulurkan kepada aku. Air tangan n/h ni. Mesti sedap. Sebaik sahaja aku merasakan manisan tu dalam mulut aku, mood aku terus berubah. Sedap betul. 

"Sedapnya, n/h. Kan best kalau hari-hari dapat makan apa awak masak," komen aku, tanpa menghiraukan kehadiran dua orang lelaki yang aku takuti tu. 

N/h tersenyum tersipu malu. Comelnya.

"Nak bawa balik sikit tak?" Cik Angel offer. Aku mengangguk tetapi dua orang tu menyampuk pula.

"Nanti dah takde untuk abang macam mana?" ujar Johnny. 

"Eii, kata diet. Jangan kedekut sangat. Selalu adik buat bukan makan pun.  Kalau nak sangat, adik buat lain," jawab n/h dengan garang. Aku ingat disebabkan aku lagi muda daripada dia, aku je yang kena marah. Sekali abang sendiri pun dia berani marah. 

Johnny terdiam manakala Jaehyun tergelak terkekek-kekek. 

"Nak kacau orang berpada-pada, ngok," Jaehyun gelakkan Johnny.

"Diamlah," Johnny mengerlingkan matanya, ditambah dengan satu luku ke kepala Jaehyun. Jaehyun terus berhenti daripada ketawanya. Dia mengerang kesakitan. Sejujurnya, nampak sakit dan aku tak nak kena. 

"Apahal pandang-pandang? Nak kena?" Johnny tanya aku yang sedang melihat ke arah Jaehyun dengan penuh rasa simpati.

"Eh, tak. Tulah tu," otak aku lag kejap. Raut wajah Johnny bertukar jadi kerut. Dia palau aku dan sambung minum air teh dia.

N/h datang balik dengan sebekas Tupperware berisikan kek red velvet. 

"Terima kasih, awak," ucap aku. 

Selesai minum petang, aku terlupa pasal Johnny nak hantar aku balik. Terus sambung terketar bila ingat balik. Aku pandang ke arah n/h yang sedang sibuk mengemas meja. 

"Awak tak nak teman saya balik ke?" aku bertanya sambil tangan aku sibuk menolong n/h kumpulkan piring-piring yang kotor. 

"Hm, tak kot. Nak study," balas dia pendek. Habislah aku. Sedang aku mengumpul piring, aku tersentuh pulak tangan dia bila aku cuba nak ambil piring yang terakhir. 

"Sorry," aku minta maaf takut dia tak selesa. Dia cakap tak pe dan terus beredar ke arah dapur setelah dia ambil piring tu. Haih. Nak cakap bye bye.

Tiba-tiba, aku terasa satu daya menarik aku ke tepi. Rupanya tu lengan Johnny. Dia sandarkan lengan sadonya atas bahu aku sambil mengheret aku keluar dari rumah tu. Jaehyun pula ikut dari belakang.

"Rumah kau kat mana? Kenapa aku kena hantar kau pun aku tak tahu la," Johnny mengeluh sebaik saja kami tiba di tempat parkir.

"Eh, takpe bang. Saya boleh jalan kaki," ujar aku.

"Tak payah. Kang kalau kena culik, siapa yang susah? Aku, mak kau, bapak kau," Johnny lepaskan aku bila kereta dia dah unlock. Dia suruh aku masuk dan duduk kat tempat duduk belakang.

Dia ni takdelah garang macam aku sangkakan. Aku pun buka pintu dan duduk diam-diam kat belakang tu. Johnny duduk di tempat duduk pemandu dan Jaehyun pula duduk sebelah Johnny.

"Umur berapa? Kau nampak muda," Jaehyun tanya.

"Uh, 16," jawab aku.

"Muda dari n/h?" Johnny pula tanya.

"Ya," aku jawab lagi.

"Ambik aliran apa?"

"Sains tulen."

"Cita-cita nak jadi apa?"

"Ah? Doktor haiwan."

"Nanti apply UPU dekat mana?"

"Uh, UPM ada course bacelor doktor haiwan."

"Okay, bagus," Johnny senyum.

Apahal diorang ni. Rasa macam nak tanya tapi tak cukup berani. Dah macam polis dah tanya aku macam-macam.

"Nampaklah kau dah tahu nak buat apa dengan hidup walaupun baru 16," balas Jaehyun. Mungkin dia nampak aku yang terpinga-pinga ni. Aku mengangguk tanda faham. Tapi tulah, apahal nak sibuk.

"Nak apa2 tak," Johnny tanya sebaik sahaja dia masuk drive thru Starbucks.

"Uh, tak. Takde duit," balas aku.

"Aku nak belanja ni. Cepat lah," Johnny tanya lagi.

"Serious ah? Nak chocolate frappe," jawab aku laju.

Johnny angguk sambil menunggu giliran. Jaehyun pandang ke arah Johnny dengan muka mengada.

"Kau apahal?" muka Johnny berkerut sejuta melihat raut wajah Jaehyun.

"Taknak belanja aku ke?" soal Jaehyun, mukanya masih tak berubah.

"Ah kau, hutang aku pun tak bayar ada hati nak minta aku belanja," Johnny menggeleng kepala dia dan terus palau sebaik sahaja tiba giliran dia untuk membuat pesanan.

Aku tergelak melihat telatah dua orang lelaki dewasa ni. Mula-mula nampak menakutkan, tapi sekarang macam ni pula.

cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now