bab 9

105 15 0
                                    

"Woi, berapa lama kau nak ponteng? Aku tak kisah sangat pun kau nak ponteng. Masalahnya, cikgu-cikgu cari aku," Mark membebel dekat telinga aku pagi-pagi buta.

"Esok-esok aku datanglah," jawab aku. 

"Esok kau datang, eh? Kalau tak aku heret n/h datang tengok kau kat rumah kau," Mark cuba ugut aku. Macamlah dia berani sangat nak cakap dengan n/h. Pastu, n/h dah ada Renjun. Mesti dia tak nak jumpa aku dah. 

"Ha, yelah," jawab aku, lalu aku terus tekan butang merah tu. Penat aku nak cakap dengan budak burung camar.

- esoknya -

"Hyuck, bangun. Kawan-kawan kamu datang ni," suara mak aku mengejut aku dari alam mimpiku yang indah. Termimpi dapat makan barbeku dekat Korea. Sedapnya.

"Siapa? Hyuck mana ada kawan selain Mark Lee,"  aku menggeliat, mata aku masih tak terbuka disebabkan cahaya terang yang berpotensi untuk membuatkan mata aku buta. 

"Mark lah. Dengan kawan perempuan dia. Diorang kat ruang tamu tu," jawab bondaku yang tersayang.

Aku mengangguk bila dengar nama Mark. Biasalah kalau Mark Lee lepak rumah aku. Tapi bila dengar kawan perempuan, aku terkejut. Adakah itu Cik Angel? Takkanlah Mark betul-betul heret Cik Angel aku datang ke rumah aku.

Aku bangkit dari katilku yang empuk bak awan dan berlari ke bilik air. Bangun pagi, gosok gigi, basuh muka. 

5 minit kemudian, aku keluar dari kamar mandi dan terus ke ruang tamu. Benda pertama aku nampak ialah Mark dengan muka kerut sejuta. Sejurus dia sedar kewujudan aku, dia pandang aku, muka marah.

"Dah sampai dah gangster kita," ujar Mark. 

"Apa kau merepek ni," aku garu-garu kepala aku yang tak gatal ni. 

Mata aku terpandang lagi satu susuk tubuh yang duduk di sofa sambil sembang dengan mak aku. Dia pusingkan kepala dia untuk pandang aku. Cik Angel lah gerangannya.

Ah sudah budak kening burung camar ni memang sengaja nak jatuhkan maruah aku. Tak guna betul. Aku tarik Mark dari sofa, nak cakap man to man lah katakan.

"Kenapa kau jemput Cik Angel? Habislah reputasi aku," marah aku sambil berbisik. Aku tak nak Cik Angel dengar perbualan aku dengan Mark.

Mark mengerlingkan matanya, muka tak puas hati. "Aku dah cakap, kan? Kalau kau tak datang hari ni, aku bawak n/h datang," balas Mark, muka selamba badak. 

"Hai, Hyuck. Mark kata kau tak sihat. Pastu ajak aku ziarah," ucap Cik Angel sambil tersenyum. 

Weh, lawanya senyum dia. Bukan selalu dapat tengok ni. Lutut aku jadi lemah pulak tiba-tiba. 

"H- hai. Buat apa kat sini?"

"... Kan dah kata datang ziarah. Aku ada bawa makanan sikit. Nanti makan, ok?"

Aku angguk sambil menatap muka dia yang nampak agak risau tu. Dia risau pasal aku ke? Adakah cintaku akhirnya terbalas? 

Tapi, bukan dia dengan si Renjun tu ada hubungan ke? Bila fikir balik, rasa macam nak nangis balik. Aku senyum tawar sambil berjalan ke arah Cik Angel. Aku melabuhkan punggungku disebelah dia, masih ada halal gap. Jangan risau. 

Mak aku pandang aku semacam sebelum dia meminta izin untuk beredar, untuk buat air dekat Cik Angel.

"Tak payah susah-susah, mak cik," ujar Cik Angel.

"Tak susah pun. Lagipun sekarang waktu minum petang. Tunggu kejap, ya?" balas mak aku, sambil dia meluru ke dapur sebelum Cik Angel sempat nak berkata apa-apa. 

Cik Angel tertawa kecil sebelum mengalihkan pandangan dia ke aku. 

"Kenapa tak datang? Demam ke? Dah empat hari, kan? Sejak Khamis lepas?" Cik Angel tanya dengan nada yang lembut. Sumpah aku tak pernah dengar dia cakap macam ni. Kejap. Aku pernah. Waktu dia bercakap dengan ibu dia waktu dia tak bawa duit belanja. 

"Demam sikit. Cuaca sekarang kering, kan? Awak kena banyak minum air tau? Jangan demam," bebel aku.

Cik Angel mengangkat salah satu kening dia yang simetri tu. "Yang demam tu kau, bukan aku," dia menggeleng-gelengkan kepala dia. 

"Yelah. Mana tahu. Mencegah lebih baik daripada mengubati," balas aku sambil menahan malu. Aku tak bolehlah sembang dengan Cik Angel macam ni. Malu dia lain macam. 

"Awak datang dengan Mark ke?" 

Dia angguk. Aku jeling ke arah Mark, tapi mata dia melekat dekat TV. Nanti-nanti jelah aku karate budak tu.

"Esok kau datang kan? Ada perjumpaan unit beruniform," Cik Angel bertanya. Aku angguk. Rindu pulak nak jumpa Cik Angel kat sekolah. Lagipun, dia dah tanya. 

"Rindu saya ke?" tanya aku. Ya ampun, tak sangka aku tanya soalan tu. Malunya, malunya. Habislah reputasi aku. Cik Angel terdiam lepas terdengar soalan vodoh tu. Aku dah agak dah.

"Saya gurau je-" belum sempat aku nak sambung ayat aku, aku terdengar dia balas sesuatu yang aku tak sangka. 

"Sikit. Datang tau esok," jawab Cik Angel dengan suara yang sangat perlahan. Aku hampir-hampir je dapat dengar. Mata aku terbeliak dan dia terus tampar lengan aku. Apa dosa aku.

"Kalau kau tak datang, aku suruh kau kawad 50 pusingan satu sekolah seorang diri. Nak ke?" muka dia merah, mungkin tahan malu. Aku tergelak bila nampak ekspresi muka dia yang comel gila tu. Aku tahu dia tak marah, dia malu. 

"Kalau saya datang, duduk dengan saya waktu koku?" aku tanya crush aku.

Dia terdiam lagi. Ah sudah, aku try hard sangatlah pulak. 

"Tengoklah macam mana."



cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now