bab 10

126 17 0
                                    

Bau mi goreng masakan mak buatkan aku keluar ke ruang makan tanpa dijemput. Selepas empat hari menyendu, aku buat keputusan untuk pergi ke sekolah semula. Lagipun, Cik Angel dah cakap dia nak duduk dengan aku waktu perjumpaan unit beruniform. 

"Selamat pagi, bondaku yang cantik lagi menawan," ucap aku sebaik sahaja aku tiba di ruang makan. 

"Pagi, anakku yang handsome lagi tampan. Awal bangun?" ujar mak, sambil dia meletakkan seteko air teh o panas ke atas meja makan. 

"Sebab mi goreng mak lah," komen aku sambil melabuhkan punggung di salah satu kerusi meja makan. Piring kecil sebesar tapak tanganku diisi sehingga tinggi macam gunung. Dahlah aku lapar, pastu mak masak makanan kegemaran aku pulak tu. Peh. Memang ngam.

"Eh, apa hubungan kawan Mark yang semalam tu dengan dia? Secocoklah mak tengok," ucap mak sambil dia duduk di hadapan aku.

Mi goreng yang penuh di dalam mulutku tersembur keluar lepas terdengar kenyataan mak aku.

"Tulah, tamak sangat. Minum air," mak aku marah sambil menuang air kosong ke dalam gelas kosong.

"Macam mana gadis secantik Cik Angel tu secocok dengan budak tembikai tu, mak ni bergurau ke? Dengan Hyuck lagi sesuai tahu tak?" balas aku.

Mak aku terdiam sambil melihat aku dari hujung rambut ke hujung kaki. Dia tergelak sambil mengangkat kedua-dua bahunya. Ya ampun, sepatutnya bukankah mak mak kena supportive? Kenapa mak aku macam ni pula?

"Apa mak ni? Dahlah Haechi nak pergi sekolah," aku merajuklah dengan mak. Mak nak menantu cantik macam mana lagi?

"Eish, makan sampai habis. Kamu dah ambil banyak-banyak pastu tak makan. Memang nak kena, anak bertuah," mak berhenti ketawa dan terus membebel. Adu rasa macam nak nangis je.

- ding dong deng tetiba di sekolah -

Aku berjalan ke kelas dengan Jeno;— kawan satu van, di sebelah aku. Jeno ni diam benor, kalah tiang gol kat padang sekolah.

"Kau kenapa, Hyuck?"

"Mak aku ship Mark dengan crush aku. Spoil mood aku pagi-pagi tahu tak?" jawab aku sambil mengesat air mata halimunan.

Jeno mengangguk tanda faham sebelum membalas dengan, "biasalah tu mak mak. Nak test menantu dia. Jangan ambil hati sangat."

Aku angguk, aku membuat keputusan untuk mendengar yang baik-baik sahaja. Bukan selalu nak dengar Jeno bagi nasihat.

Tiba di kelas, aku terus ke tempat duduk aku. Aku duduk diam-diam dan bawa keluar buku aku. Bukan nak study, sekadar nak buat buat nampak berguna untuk masyarakat.

"Hyuck," suara indah menyapa aku di pagi hari.

Aku lihat di hadapan aku dan ternampak n/h berjalan ke arah aku sambil tersenyum lebar. Aku kat syurga tingkat berapa ni?

"Hyuck. Welcome back to school," dia melambai-lambai tangan ayunya di hadapan muka aku.

"Amboi, dah berani bergurau kasar," balas aku sambil cuba untuk tidak meletup di hadapan crush.

Dia tertawa sambil meletakkan satu bekas makanan di atas meja aku.

"Aku ada buatkan nasi lemak sambal sotong. Ada lebih sikit jadi nak kasi kau," cik Angel berkata dengan intonasi yang membuatkan aku hanyut. Yelah, susah nak dengar suara lembut dia.

"Terima kasih, awak. Susah-susah je," aku senyum balik.

Dia angguk sebelum beredar. Mata aku melekat pada dia. Ku sangkakan dia akan beredar dari kelas aku, tapi dia berjalan ke arah Renjun. Ah, si skema tu lagi.

cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now