bab 8

93 14 0
                                    

"Mark, kau tahu tak bila birthday crush aku?" tanya aku sebaik sahaja sampai ke kelas Mark.

Mark mengangkat kening burung camar dia dan menggelengkan kepala dia.

"Selamat pagi, aku sihat je," jawab Mark tetiba.

"Tak. Aku tak terasa pun. Jawab ah," balas aku. Bukan senang nak buat aku terasa. Dia patut tahu.

"Manalah aku tahu. Kau tanya la dia sendiri," balas Mark. Aku pandang ke arah n/h dan dia sedang makan. Nasi lemak sambal sotong, tak nak bilis. Walaupun dia cuma makan, tu pun aku rasa ayu je.

Nak teman dia makan. Bestnya dapat teman dia makan. Macam hari tu.

"Woi, bongok. Dia tersedak bila perasan kau pandang dia," Mark pukul lengan aku, mengakibatkan aku mendarat ke bumi yang nyata semula.

Tersedak?

Aku segera bangun dan berlari anak ke arah mak cik kantin.

"Sirap limau ais satu, mak cik," aku pesan sambil bayar untuk minuman itu kepada makcik tu. Selang dua tiga saat, air tu siap dan aku pun berlari ke arah n/h.

"Awak, nah," aku letak sirap limau tu atas meja, sambil pandang dia. Muka dia merah padam, malu kot abam Hyuck datang membantu lagi.

"Hyuck, lain kali jangan pandang orang macam tu," cik Angel aku marah, tapi terima juga minuman yang aku belikan untuk dia. Dia batuk sedikit walaupun selepas minum air.

Aku ambilkan tisu muka yang tidak jauh dari meja dan berikan kepada cik Angel. Dia terima juga walaupun marah.

"Saya cuma pandang macam tu dekat awak je," aku senyum bila dia dah mula berhenti tersedak.

Dia hampir tersedak lagi tapi aku cepat bagi air dekat dia.

"Terima kasih," balas cik Angel, ringkas. Mata dia melekat dekat nasi lemak sambal sotong sementara mata aku melekat pada dia.

"Sama-sama, awak."

-

"I saw an angel--" sedang aku menyanyi, aku terserempak dengan cik angel aku di koridor blok tingkatan empat. Pelik, tapi benar. Aku berjalan ke arah bidadariku, nak tegur dialah. Jarang-jarang dapat jumpa dengan Cik Angel kat sini.

Tiba-tiba muncul seorang jejaka yang aku kenal, Renjun. Dia rakan sekelas aku. Lagi spesifik, ketua kelas aku sebenarnya. Garang macam singa, tak padan rendah. Mereka berbual pasal sesuatu tapi aku tak dengar sangat dengan jelas. Aku cuma dengar Renjun jemput dia datang rumah dia hujung minggu ni. Pastu Cik Angel setuju. Apa benda ni?

"Nah, nanti makanlah dengan family," Cik Angel senyum selebar-lebarnya sambil menghulurkan Renjun satu bekas besar yang aku syak berisi makanan.

"Okay, terima kasih, eh? Kirim salam dekat ibu," Renjun balas semula dengan senyuman.

Wah, dia panggil mak mertua aku ibu? Gila ke apa.

Sejurus Cik Angel beredar, Renjun pun masuk ke kelas. 

Apa ni. Kenapa Renjun rapat dengan Cik Angel?

-

"Maaaaark, dia panggil mak mentua aku ibu. Aku pun tak layak lagi nak panggil dia ibu," aku lap air mata aku yang tak habis-habis mengalir. Mark, sahabat karibku sejak taska pandang aku semacam. 

"Memang buang tebiat budak ni. Tak pernah-pernah aku nampak kau nangis. Jangan mati lagi, weh. Kau kena tengok aku dapat SPM straight A dulu," Mark mengusap kepala aku tetiba. 

"Bongoklah kau ni. Aku tengah sendu, ada pulak kata aku nak mati," aku tampar lengan Mark Lee, agak kuat jugaklah sampai dia mengerang kesakitan. 

Aku lap air mata aku lagi, pastu pandang balik ke hadapan dewan. Sekarang tengah ada mesyuarat kokurikulum, unit uniform. Kitorang noob, pilih pengakap sejak sekolah rendah sampai sekarang. Malas nak beli uniform barulah, katakan. Aku pandang ke arah Cik Angel yang tengah mengambil kehadiran. Dia tak pernah panggil nama aku. Dia tahu aku selalu datang, pastu dia tanda je nama aku. Aku syak kalau aku tak hadir pun, dia akan tanda aku hadir. 

"Ha, termenung," ujar Mark tetiba. 

"Aku tengah sendu ni. Dahlah, nak balik," aku angkat beg aku, sedia untuk beredar. Baru je aku berdiri nak pergi balik, Cik Angel panggil nama aku.

"Hyuck? Nak pergi mana?"

"Ya, saya nak bangun jap. Kebas punggung," balas aku, sambil tersenyum macam kambing. Cik Angel angguk dan hantar balik senarai nama kedatangan kepada Cik Kim. 

Cik Angel bergerak ke arah aku. Aku ingat dia nak duduk dengan aku. Tapi dia berlalu pergi ke arah belakang aku. Rupanya dia pergi duduk dengan Si Renjun tu. 

"Mark, tengok tu. Dia buat lagi," aku mengadu pada Mark. Mark pusing kepala dia 180 darjah, cuba nak tengok ke arah crush aku dan Renjun.

"Huh? Diorang dah lama rapat. Kau baru perasan ke?" Mark pandang balik aku, takde reaksi apa-apa pun. 

"Kenapaaa? Adakah aku tak cukup baik, tak cukup handsome, tak cukup pandai untuk Cik Angel aku?" soal aku kepada Mark.

"Kau tu perangai agak teruk jugaklah. Selalu ponteng sekolah dulu. Pastu, nak kata handsome.. hmm, semua ciptaan Tuhan cantik. Kalau bab pandai, aku rasa Renjun lagi pandai. PT3 dia straight A, kan?" jawab Mark dengan muka tak bersalah.

Setelah mendengar komen Mark yang masuk akal, aku pun mula sendu lagi. 

cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now