bab 6

115 17 0
                                    

Aku nak kayuh basikal tapi mak aku lah beria-ia suruh aku naik grab. Katanya nanti aku bau masam lah bila sampai apa benda alah. Dah macam artist pulak rasa duduk dekat tempat duduk belakang.

"Terima kasih, bang," ucap aku sejurus aku bayar harga tambang aku sejumlah 5 ringgit. Rumah dia tak ada lah jauh mana. Aku keluar dari pacuan empat roda tu dan berjalan ke rumah dia, nombor 127.

Aku bagi salam tiga kali tapi tiada siapa jawab. Dah kali keempat baru ada orang buka pintu. Aku rasa itu mak mentua aku.

"Ni ke kawan kamu tu? Lelaki? Tanam bunga?" mak cik tu bercakap sambil menghadap ke arah dalam rumah dia. Ya, makcik. Lelaki pun boleh tanam bunga.

"Masuk, masuk," mak cik tu jemput aku masuk. Aku pun tolak pagar rumah yang tak berkunci itu dan masuk ke perkarangan rumah dia. Tak mahu lah masuk dalam. Aku datang nak tanam pokok bunga je.

"Dah kenapa terjegat kat situ? Mari masuk," mak cik panggil aku masuk. Aduh. Malu siot. Aku tanggalkan kasut aku dan ucapkan salam sambil aku jejakkan kaki aku ke dalam rumah semi-d dua tingkat tu.

N/h ada kat sofa, tengah kemas buku-buku dia. Mungkin tadi dia tengah study atau buat kerja sekolah. Mana-manalah. Rajin sungguh.

"Kenapa tak masuk je?" n/h bertanya.

"Malulah. Rumah orang," ujar aku yang masih rasa kekok bila aku sedar yang aku dekat dalam rumah crush.

"Hak aloh. Malu malu tinja kucing. Kat sekolah tak malu pun," dia bangun dari sofa dan pandang aku. Alahai, pakai baju casual pun lawa. Hm betullah orang cakap, kalau lawa, pakai apa pun lawa jugak.

"Jom," dia ajak aku ikut dia. Aku pun ikut dia. Dia bawak aku ke laman belakang dia. Ambik kau swimming pool sebijik. Laman dia pun luas.

"Kat mana boleh tanam? Tadi aku Google katanya tempat paling banyak kena matahari," Cik Angel menanyakan aku soalan tapi dia sendiri yang jawab soalan tu. Aku anggukkan sahaja sebab memang betul pun.

Dia masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Aku usya usya laman dia. Siap kira mana kedudukan yang takkan kena halang dengan bayang-bayang rumah ataupun pokok.

Tak lama kemudian, dia kembali dengan alatan berkebun. Aku berlari anak ke arah dia, nak tolong dia bawak barang - barang tu semua.

"Terima kasih," dia ucapkan. Aku senyum tersipu-sipu malu.

Dia masuk balik rumah. Banyak betul barang dia nak ambik.

Aku start gemburkan tanah sementara ketiadaan dia. Dah gembur tu, aku gali beberapa lubang. Lamanya dia hilang, ya ampun. Aku dah mandi peluh dah ni. Cuaca macam tak boleh terik lagi.

"Sorry, tadi- eh, kenapa tak tunggu aku?" Cik Angel terkedu bila nampak aku dah gali lubang.

"Huh? Takde apalah. Saya cuma gali lubang je. Tak nak tangan awak kotor," aku senyum kat dia walaupun aku dah pening dah bawah matahari ni. Nampak air kolam renang pun rasa macam nak minum je.

"Ish. Tak kisahlah tangan aku kotor ke tak. Ni bunga," dia datang ke arah aku dengan bunga matahari yang aku bagi dia beberapa hari lepas. Dia ambik beberapa biji benih dan letak kat lubang yang aku buat. Dia ambil sekop dari aku dan timbus biji benih tu.

Aku berdiri dan cuba halang cahaya matahari dari kena dia menggunakan tubuh badan aku yang gagah lagi sado ni.

"Eh, awak. Saya nak tanya ni, mana awak dapat nombor saya?" aku tanya.

"Kawan kau, si Mark Lee," dia jawab sambil menanam.

"Ooh," aku angguk tanda faham. Terkejut juga aku dia tiba-tiba ada nombor aku.

Usai menanam, aku pun tolong cuci alatan tadi tu semua. Dia macam nak tolong tapi macam tak tahu nak buat apa. Aku pandang dia dan dia pandang balik.

"Kalau dah mekar nanti, jemputlah saya datang tengok," aku cuba untuk menjemput diri aku untuk datang ke rumah dia lagi. Dia terdiam selama beberapa saat sebelum dia menjawab dengan, "tengoklah."

"Nak simpan mana ni," aku tanya setelah selesai basuh. Aku ikut dia masuk stor dan susun alatan tu balik dekat rak.

"Sunburn teruk ke?" aku tanya dekat Cik Angel. Aku tak kisah sangat pasal sunburn tapi kalau dah ada crush ni, kenalah jaga sikit penampilan aku.

Dia pandang muka aku betul-betul. Aku harap dia tak perasan pipi aku yang kemerahan akibat tahan malu.

"Elok je. Kulit kau lawalah, sawo matang. Pakai product apa?"

"Tak mahal pun. Air wuduk je," aku sengih macam kerang busuk. Tapi sejujurnya, aku tak pakai product apa-apa.

N/h tak mampu berkata apa-apa dan hanya mengangguk. Nampak gayanya dia dah biasa dengan perangai aku. Dia dah tak marah macam waktu aku mula kenal dia.

"Masuklah dulu. Minum petang. Nanti aku hantar kau balik," Cik Angel offer.

"Eh, tak payah susah-susah," aku balas dengan jawapan orang selalu bagi bila dijemput minum. Sejujurnya, aku haus gila. Tapi takpe lah, selalunya orang akan ajak dua kali.

"Pasti?"

Itu bukan respon yang aku sangka aku akan dapat.

"... Nak sirap ais," aku jawab, mengalah. Mana mungkin aku sanggup menahan dahaga aku.

N/h tergelak. Aku confused kejap.

"Kenapa?"

"Tulah orang ajak, ikut je lah," n/h mula berjalan masuk ke dalam rumah. Aku terdiam, malu. Dia memang sengaja nak kacau aku ke? Malunya.

Aku ikut dia ke ruang makan yang bersambung dengan dapur. Mak mertua tak kelihatan, barangkali di ruang tamu.

"Sirap ais, kan?" n/h tanya padahal tangan dia laju membancuh air berperisa ros tu. Aku mengiyakan sahajalah.

"Tolong panggilkan abang aku kat atas. Ketuk je pintu bilik dia, cakap minum petang."

"Abang? Awak ada abang?"

"Dua orang."

Oh shi-

cinta luar biasa | lee donghyuckWhere stories live. Discover now