MZSP | 32

19.7K 388 6
                                    


Always be the first to genuinely apologize after a fight
🌸🌸🌸🌸

         Terkejut aku saat membuka pintu bilik melihat Mikayla terbaring di atas lantai itu. Entah pengsan agaknya. Pantas aku pergi ke arahnya itu.

"Mikayla bangun Mikayla." aku menepuk perlahan pipinya. Aku merasa dahinya degan meletakkan tapak tanganku ke dahinya.

"Haish demam ni." pantasku mencempung tubuh kecilnya lalu diletakkan di atas katil.

"Hello Doktor Seri datang mansion I kejap. I need your help now." kataku lalu menamatkan panggilan tersebut tanpa Doktor Seri sempat berkata-kata.

Nampak kurang ajar tapi Doktor Seri sudah biasa.

Aku duduk di sebelah Mikayla yang tidak sedarkan diri itu sambil memandangnya.

Mikayla seorang gadis yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Tapi entahlah apa yang ditarikkan sangat pun aku tidak tahu.

Perlahan tanganku mengusap kepalanya turun ke pipi dan akhirnya ke bibirnya.

Ya bibir Mikayla yang membuatkan aku tertarik padanya. Bibir yang tebal itu membuatkan aku ingin melumat-lumatkan sahaja bibirnya itu.

Geram.

Dan sedap untuk dicium.

Perlahan aku mendekati bibirnya itu. Bibir mungil nya itu seperti memanggil-manggilku untuk menyentuhnya dengan menggunakan bibirku.

Perlahan bibirku menyentuh bibirnya. Ku urut lembut bibir Mikayla yang mungil itu. Tiba-tiba Mikayla merengek menyebabkan aku melepaskan tautan itu.

"Eeemmmm" wajah Mikayla berkerut-kerut. Entah apa yang dibayangkan.

Aku mendodoinya perlahan agak Mikayla tidur kembali.

Setelah Mikayla senyap kembali aku terus mengelap air liurku yang tersisa di bibir Mikayla.

"Tidur rupanya ingatkan pengsan tadi, haih kau ni Mikayla suka buat aku risau." omelku sendirian.

Risaukan aku tentang dia? Tak adalah risau mana cuma dia kan sakit mestilah kena ambil berat.

Ambil berat? Tak tak biarkan dia. Biar doktor Seri sahaja yang uruskan dia nanti.

           "I nak tanya sikit ni." tanya Doktor Seri kepadaku.

"Spill it." jawabku.

"Mikayla dah berkahwin ke?"

Pantasku memandang doktor Seri. Aduh lupa pula nak tanggalkan cincin tadi. Haih.

"Em kenapa you nak tahu? Tak penting kot sebab you just a doctor and not part of my family." jawabku kembali.

"But I doktor peribadi you. I just nak tahu je." desak doktor Seri.

Aku memeluk tubuh lalu memandangnya.

"Ya dia dah berlahwin." jawabku malas.

"Dengan you?" tanyanya lagi.

Aku mengangguk.

"I nak you rahsiakan perkahwinan ni daripada sesiapa. Kalau I tahu ada orang lain yang tahu pasal ni memang you akan mneyesal." ugutku lagi.

"Ya I know sokay I simpan rahsia ni dalam poket senyap-senyap okey." kata doktor Seri. Aku tahu yang doktor Seri ni seorang yang amanah. Ugutan tadi hanyalah sengaja dibuat olehku.

"So macam mana dia boleh demam macam ni." tanyaku ingin tahu.

"Dia demam sebab terlalu stress. Tadi dia banyak menangis ke? I tengok muka dia macam baru lepas menangis." kata doktor Seri sambil melihat Mikayla yang sedang terlantar di atas katil itu.

Mikayla disuntik ubat tidur jadi dia akan tidur lebih lama lagi hari ini.

"Erm entah." jawabku ringkas. Malas nak ceritakan soal tentang kenapa Mikayla menangis tadi. Biarlah dia yang tahu.

"Ouh kalau macam tu you just jangan bagi dia stress lagi, bagi dia banyak minum air kosong and one more thing jangan kasi dia penat sangat sekarang ni." kata doktor Seri dengan penuh makna.

Tahulah aku baru kahwin! Nak cakap pasal first night pula.

Aku menjeling doktor Seri yang sedang ketawa itu.

"Dah lah you balik sana. Sibuk je sini." halau ku.

"Tadi bukan main minta tolong bagai sekarang nak halau pula. Sokay I pun busy juga sebenarnya ni. I balik dulu. Ubat Mikayla I letak atas meja tu." kata doktor Seri sambil menunjuk kearah meja sebelah katilku itu.

"Okey." aku mengangguk.

"Hmm melepaslah first night malam ni." keluhku lalu keluar bilik meninggalkan Mikayla yang tidak sedarkan diri itu.

Masuk bilik ingatkan dapat mengacau Mikayla tapi lain pula jadinya.

"Aku dekat mana ni." kata ku sendirian sambil memandang sekeliling.

Kawasan pokok seperti tidak pernah di lihat di Malaysia dan daun yang berguguran di atas tanah. Dengan aku berpakaian putihnya lagi.

Bagaimana aku boleh sampai ke sini?

Aku berjalan dengan penuh berhati-hati sambil melihat tempat yang aku sendiri tak pernah jejaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku berjalan dengan penuh berhati-hati sambil melihat tempat yang aku sendiri tak pernah jejaki.

"Eh ada oranglah." kataku perlahan apabila melihat seorang wanita yang juga memakai pakaian berwarna putih duduk dibangku sambil membelakangiku.

Perlahan aku berjalan ke arahnya.

"Assalamualaikum cik" aku memberi salam kepadanya.

"Waalaikumsalam." jawabnya tapi masih tidak memandangku.

"Cik boleh saya bertanya?" tanyaku ingin tahu.

"Duduklah dulu" katanya sambil menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.

Seramnya dia ni.

Tapi aku turuti juga arahannya lalu perlahan duduk disebelanya.

"Saya nak tanya kita ada dekat mana ye?" tanya ku.

Wanita itu perlahan memandangku.

Aku terkejut. Tergamam.

Kenapa muka dia ada iras sepertiku?

"Mikayla" katanya lalu tersenyum kecil.

"Awak ni siapa? Macam mana awak tahu nama saya." kataku pelik. Daripada memanggilnya Cik terusku memanggilnya dengan panggilan awak setelah melihat wajah bersihnya. Cantik tapi kenapa irasnya sepertiku?












Ya Allah siapa pula ni! Musuh Mikayla ke?

Nak tahu?
Jom baca sama-sama♥️😂




Anything for u allzz♥️
jangan lupa vote okey👍♥️

Sis cuba untuk update on time😫♥️
1 Disember 2019

Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]Where stories live. Discover now