MZSP | 33

20.7K 507 7
                                    

The grass is not greener on the other side, it's greener where you water it

🌸🌸🌸🌸

Siapa dia sebenarnya?

"Kamu jangan takut sayang." katanya lalu tersenyum kecil lagi.

"Tapi saya nak tahu awak siapa?" tanyaku lagi.

"Saya Mariana binti Ghaffar." katanya lalu tersenyum.

Itu nama ibu.

"Kenapa nama awak sama dengan nama ibu saya?" tanyaku pelik.

"Sebab saya ibu awaklah sayang." katanya tenang dengan senyuman tidak pernah lekang dibibir.

Aku tidak tahu mahu percaya atau tidak tapi nama wanita ini sama dengan ibuku.

Mariana binti Ghaffar.

"Ibu? Depan saya ni ibu saya?" Aku mula mahu menangis. Aku sebak kerana aku tidak sempat mengenali ibuku.

Dia menangguk.

Pantas aku memeluknya.Tidak aku sangka aku dapat berjumpa ibu kandungku. Budak pada usia 4 tahun masih tidak mengerti apa-apa sudah pastilah aku lupa wajah ibuku.

"Ibu kenapa ibu tinggalkan Mikayla." Kiatku menangis dalam dakapan ibu. "Mikayla terseksa ibu. Ayah dah jual Mikayla dekat orang jahat. Tolong bawa Mikayla jauh daripada dia orang ibu." aku merayu.

Sungguh aku mahu berjauhan dengan mereka lalu tinggal bersama ibuku yang telah lama tinggalkan aku.

"Jangan menangis nak. Ibu tak boleh bawa kamu tinggal bersama ibu." kata ibu sambil mengusap kepala anaknya yang ada didalam didakapannya itu.

"Tapi kenapa ibu? Ibu tak sayang Mikayla ke?" tanyaku dalam tangisan itu.

Sungguh aku rindu pada ibu. Aku tidak mahu tinggal bersama Zayyan. Dia jahat.

"Ibu sayang kamu nak tapi kita memang ditakdirkan untuk tak bersama. Tapi ibu janji satu hari nanti kita akan bersama." Ibu mengusap kepalaku yang berada di dalam dakapannya itu.

Ibu menolak bahuku untuk menghadap wajahnya lalu memegang lembut kedua-dua pipiku.

"Mikayla dengar cakap ibu ni." Dalam ibu memandang mataku. Bagai apa yang bakal dikatakan selepas ini adalah penting dan harus aku laksanakan.

"Ibu nak walau apa yang dah jadi dekat anak ibu ni Mikayla kena sabar. Jangan pernah benci dekat ayah kamu tu sebab semua manusia tak lari daripada kesilapan nak." kata ibu sambil mengelap air mataku.

"Tapi ayah yang jual Mikayla. Mikayla ni anak kandung dia ibu." kataku lalu menangis lagi. Bila ingat kembali yang ayah telah menjualku kepada lelaki yang kini sudah menjadi suamiku itu aku jadi lemah dan tidak berdaya untuk teruskan hidup.

Apalah ertinya aku sebagai anak kepada ayahku sehingga dia sanggup menjualku.

"Ya sayang mungkin ayah dah silap sebab dah jual kamu tapi percayalah semua yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Jadi ibu nak kamu bersabar dan terus bersabar hadapi hari-hari kamu akan datang." ibu tersenyum lagi.

Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]Where stories live. Discover now