MZSP | 47

23K 479 80
                                    


Never bend your head. Always hold it high. Look the world straight in the eye

🌸🌸🌸🌸

Aku tenung wajah Mikayla yang masih terbaring kaku itu. Sudah tiga hari Mikayla tidak sedarkan diri malah tiada sebarang tanda pun yang menunjukkan wanita ini mahu sedarkan diri.

Hospital ini pun sudah seperti rumah keduaku. Pulang dari pejabat aku terus pergi ke hospital dengan harapan Mikayla sudah sedarkan diri. Tapi hampa.

"Wake up my lady. Kau tak penat ke asyik terbaring kaku macam ni. Nanti tulang temulang kau cramp baru tahu. Wake uplah. Aku tunggu kau ni." kataku sambil menusap tangannya yang berada digenggamanku.

"Cubalah aku tak pergi office haritu. Mesti semua ni tak jadi." kataku lalu mengeluh berat.

Bunyi tolakan pintu mengganggu tumpuanku.

Oh doktor Seri.

"Hai Zayyan. Lama sampai ke?" tanya doktor Seri kepadaku dengan suara yang perlahan.

"Lama juga." kataku sambil mata tidak lepas memandang wajah Mikayla.

"I nak check Mikayla sekejap. You duduk sana dulu boleh tak?" tanya doktor Seri menyuruh aku duduk disofa sekejap. Aku hanya diam lalau bangun dari dudukku. Aku tidak pergi sofa malah aku hanya berdiri sambil memerhatikan doktor Seri membuat kerjanya.

"You tak penat ke ulang alik setiap hari lepas balik kerja?" tanya doktor Seri kepdaku usai siap mencatat kondisi Mikayla.

"You know what Seri? I am a strong man okey. Setakat ulang alik macam ni no hallah." kataku dengan bangga menyebabkan doktor Seri ketawa kecil.

"Ada je you punya jawapan ye. But okay jugalah you datang hari-hari macam ni. You boleh teman dia juga dekat sini." kata doktor Seri.

"Hmm I teman dia habistu I ni siapa pulak yang nak teman?" kataku kembali. Ini tidak adil. Egoku mula menguasai diriku.

"Alah you kena sabar sikitlah. Nanti Mikayla dah sedar dia pula yang teman you kan." seloroh doktor Seri kepadaku.

"Hmm yelah-yelah." kataku malas.

"Dah you pergilah buat kerja kacau je dekat sini." aku menghalau doktor Seri keluar. Sibuk je. Aku nak berbual dengan Mikayla pun susah. Hish!

"Yelah-yelah I keluar. Siapalah yang sudi nak terima I ni." jawabnya dengan nada dengaja disedih-sedihkan.

"Tulah orang suruh kahwin taknak. Belagak lagi. Tapi sugar daddy banyak." aku menjeling doktor Seri. Macamlah aku tak tahu yang doktor Seri ini seorang yang memilih. Bukan tiada orang yang nak tapi tu lah dia lebih sukakan ada sugar daddy berbanding kekasih. Dasar perempuan materialistik! Gaji hospital swasta pun masih harapkan sugar daddy. Payah!

"Bukan belagaklah tapi I nak focus dengan carear I dulu. Tak mampu lagi nak pikul tanggungjawab as wife ni." doktor Seri memberi alasan.

"Memang itu ajelah jawapan you Seri. Dah lah keluar-keluar." kataku menghalau doktor Seri keluar.

"Ye nak keluarlah ni." balasnya dengan nada geram.

Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]Where stories live. Discover now