MZSP | 44

21.5K 428 24
                                    

It's better to be happy than to be right      

🌸🌸🌸🌸

                Pang!!

Kuat pipi Roy ditampar.

"Ada aku suruh kau pukul perempuan tu ke." tanya seorang lelaki kepada Roy yang sedang menunduk dihadapannya itu.

"Maaf Bos aku tampar dia sebab dia tak reti duduk diam. Aku dah warning dia tapi dia degil. Dia nak juga uji kesabaran aku." Roy memberi jawapan dengan nada takut-takut. Takut dia jika bosnya itu mengamuk.

"Sampai berdarah mulut dia kau buat. Kau tahu kan aku tak suka orang sentuh-sentuh barang aku?" soalnya.

"Ta..tahu bos. Aku minta maaf sangat." Roy meminta maaf lagi.

"Berapa kali kau tampar dia tadi?" tanya bos Roy itu lagi.

"Ti..tig..tiga bos." tergagap-gagap Roy dibuatnya apabila melihat aura membunuh bosnya itu. Pasti dia akan dihukum sebentar lagi.

"Ouh tiga." Dia tersenyum sinis. "Cuba tunjuk tiga jari dekat aku." arahnya membuatkan Roy bingung tapi dituruti juga arahan bosnya itu. Roy menunjukkan tiga jarinya di hadapan bosnya itu. Jari tersebut ialah dari dari kelingking sehinggalah jari tengahnya.

"Bob ambil marker atas meja tu" berlari Bob mengambil marker itu lalu diberi kepada bosnya itu. Dia pun sudah gerun melihat bosnya itu.

Semakin bertambah bingung Roy dibuatnya.

Kini mereka semua yang menculik Mikayla tadi berada di dalam bilik yang tersedia dalam markas bossnya itu. Bosnya yang memanggil mereka semua masuk ke bilik ini selepas melihat keadaan Mikayla yang berdarah-darah ditepi mulutnya.

Mikayla juga kini berada di dalam satu bilik bersebelahan dengan bilik yang diduduki oleh mereka sekarang. Dia ditinggalkan seorang diri dengan keadaan kaki dan tangan diikat pada kerusi.

"Aku nak kau buat satu garisan dekat setiap keliling tiga jari kau tu." kata bosnya yang masih bermain teka-teki dengan Roy yang bingung itu sambil menghulurkan marker tersebut ke arah Roy.

Tapi Roy tetap mengambil marker tersebut lalu melukis satu garisan yang mengelilingi jari tangan kirinya itu.

"Bos nak buat apa ni?" soal Roy apabila melihat bosnya itu mengangkat tangannya memberi isyarat kepada anak-anak buah bosnya itu.

Seorang anak buahnya yang bernama Alif keluar daripada bilik itu dan selamg beberapa minit dia masuk kembali dengan menolak sebuah meja kecil yang mempunyai roda.

Membulat mata Roy apabila ada satu bekas lutsinar yang penuh dengan alatan tajam.

"Bos tolong bos aku merayu jangan buat macam ni dekat aku." Roy merayu kepada bosnya itu apabila sudah dapat meneka permainan bosnya itu.

"Lain kali bila aku suruh buat sesuatu tu jangan memandai nak buat benda lain. Ni akibatnya. Kau duduk kat situ." arahnya menyuruh Roy untuk duduk di kerusi dihadapan meja kecil itu.

"Tolong bos aku taknak. Aku minta maaf sebab tampar perempuan tu tadi." rayu Roy lagi. Dia tidak boleh menerima segala hakikat yang akan terjadi padanya sebentar lagi.

Tergeleng-geleng kepalanya.

"Jangan buat aku ulang ayat aku Roy. Kau yang menyesal nanti." pesan bosnya bagi mengingatkan yang dia boleh melakukan apa saja yang dia suka jika Roy tidak menuruti arahannya itu.

Dalam keterpaksaan Roy berjalan ke kerusi di hadapan meja kecil itu. Ditahan segala airmatanya bagi tidak kelihatan oleh kawan-kawannya yang juga ada di dalam bilik ini.

Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]Where stories live. Discover now