Part 1:

133 12 6
                                    

Kolej Cosmopoint Kuala Lumpur...

Superbike berjenama Kawasaki dan sport car berjenama Porsche, terparkir kemas dihadapan bangunan kolej tersebut.
Pemilik superbike tersebut turun dari motornya begitu juga pemilik sport car itu turun dari keretanya.
Kedua mereka ini amat dikenali di seluruh kolej.
Mereka berdua punya peminat tersendiri terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan dalam kolej tersebut.
Ramai yang jatuh hati terhadap si pemilik superbike tersebut kerana wajahnya seiras idol kpop, Oh Sehun.
Ke mana sahaja dia pergi pasti banyak mata yang memandang.

Nik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nik

    Amirul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Amirul

  Kedua mereka ini bersahabat sejak kecil. Sehinggalah sekarang, ke mana sahaja pasti bersama.
Pemilik superbike itu bernama Nik Adam Fareez, sedangkan pemilik sport car  tersebut bernama Amirul Hisham.
Umur mereka sebaya, baru 21 tahun.
Namun Amirul punya kecerdasan yang tinggi, lebih daripada orang lain.
Sebab itulah dia digelar Genius Muda.
Semasa di bangku sekolah dahulu, Amirul sering menjadi juara dalam pertandingan rekacipta sains dan pernah mewakili sekolahnya bertanding di peringkat daerah.

   Ketika memasuki kelas, banyak mata melihat mereka berdua terutama pelajar perempuan.
"Nik!" Amirul mencuit Nik.
"Ada apa?" Nik menoleh.
"Tengok tu!" Amirul menunjuk kearah sudut belakang.
Kelihatan pelajar perempuan berkumpul sambil berbisik sesama sendiri.

   "Ekhem!" Nik menghampiri mereka. Mereka tergamam, tidak menyangka Nik datang ke tempat mereka.
"Hai!" salah seorang dari mereka menegur.
Nik angkat kening, seperti cuba menggoda.
"Korang bergosip apa tadi?" Nik bertanya, bunyinya berbaur sinis.
"Err..tak ada apa-apa." gadis itu tersengih.

  Amirul bangun dari duduknya.
Lalu menghampiri kumpulan pelajar tersebut.
Dia meletakkan tangannya di bahu kiri Nik. Dia memandang Nik, lalu angkat kening. Mereka tergelak kecil.
Kumpulan pelajar itu jadi hairan dengan sikap mereka.

   Semasa rehat, Nik dan Amirul berjalan menuju ke kafe.
Di situ, mereka jadi tumpuan sekali lagi.
Ada juga yang berbisik-bisik.
Kedua mereka buat tak tahu, malah mempercepatkan langkah mereka menuju ke kaunter untuk memesan makanan.

    Dalam perjalanan balik, Nik mengenderai superbikenya dengan kelajuan tinggi.
Sudah menjadi kebiasaannya, pergi ke mana sahaja mesti membawa motornya dengan agak laju.
Namun kali ini nasibnya kurang baik.
Nik terlanggar belakang trailer yang sedang terparkir di tepi jalan.
Dia terperosok bersama motornya di bawah trailer tersebut.

Di rumah...

Ayahnya Prof. Ismail menerima panggilan dari hospital.
Bagai gugur jantungnya bila mendengar Nik kemalangan.
Ibunya, Pn. Maira menangis bila mendengar berita tersebut.
Mujur adiknya Nik Amira memujuknya.

👽👽👽👽Bersambung...

BIO-NIK (REVISI 2021)Where stories live. Discover now