Part 17:

29 6 4
                                    

Kenapa manusia penuh rasa cemburu
Pantang lihat orang senang pasti mengutuk
Dan tersenyum bila lihat orang tersungkur..

Rumah Prof. Ismail, dalam makmal...

Nik bersama ayahnya sedang memerhati monitor komputer. Mata Nik tajam memerhati, sementara jemarinya bermain-main di papan kekunci.
"Pa..tengok!" Nik menunjuk di skrin.
"Ada apa?" Prof. Ismail bertanya.
"Kejap..Nik nak zoomkan balik apa yang Nik nampak." ujar Nik lalu tangannya menekan-nekan tetikus.

  Smartphone Nik berdering. Nik melihat skrin, tertera nama Amirul disitu. Nik menjawab panggilan tersebut.

"Hello..wassup bro?"
"Yup..awak busy ke?"
"Tak jugak..kat lab ni dengan papa. Apa hal?"
"Saja..boringlah. Aku datang kat rumah awak boleh tak? Aku nak ajak Khairul sekali. Papa pun nak ke sana jugak sebab nak jumpa uncle."
"Boleh..as you wish baby..hehe.."
"Edeiii...pervertnya tu..dua kali lima dengan si Adi.."
"Guraulah bro..okaylah..ada kerja nak buat. Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam!"

Panggilan dimatikan. Nik menghela nafas sambil tersenyum sendiri.

   Amirul, Khairul dan Prof. Muhaidi bersantai dirumah Nik, tepatnya di makmal. Amira menyertai abangnya.
"So..wassup?" Amirul bertanya. Kening Nik terangkat. Khairul yang seronok berbual dengan bapa saudaranya menoleh ke arah Nik. Amira pula ralit dengan smartphonenya.

   Suatu malam...rumah Prof. Ismail cuba dipecah masuk. Ketika itu, Prof. Ismail, Pn. Maira dan Nik Amira tiada di rumah. Yang ada hanya Nik dan Amirul sahaja. Nik melihat monitor cctv rumahnya, kelibat lelaki berpakaian hitam cuba menaiki tingkap bilik ibubapanya.
"Mirul!" Nik mencuit bahu Amirul.
"Ada apa?" Amirul bertanya. Nik menunjuk kearah skrin. Mata Amirul membulat. Dahinya berkerut.
"Tak boleh dibiarkan! Jom!" ujar Amirul, mengajak Nik meninjau keadaan.

   Di luar, Amirul dan Nik nampaknya bersiap siaga. Mereka terhendap-hendap di luar. Kelibat itu cuba memecah masuk melalui tingkap bilik, tidak perasan Nik dan Amirul memerhatikan gerak-gerinya sejak tadi. Nik meletakkan jari telunjuknya dibibir, lalu mengaktifkan fungsi jarum pelali. Amirul angguk. Nik membidik sasarannya, lalu menembak jarum tersebut, tepat mengenai tengkuknya. Orang tersebut jatuh, mujur Nik bertindak cepat menyambut tubuhnya. Mereka membawa orang tersebut masuk kedalam.

👽👽👽👽Bersambung...

**********************

Setelah sekian lama, baru author dapat update balik. Syukur alhamdulillah...

BIO-NIK (REVISI 2021)Where stories live. Discover now