Part 3:

75 9 0
                                    

Siang malam Prof. Ismail bersama rakannya Prof. Muhaidi, mengubahsuai bahagian penting di tubuh Nik.
Nik ibarat nyawa-nyawa ikan.
Namun ayahnya tidak berputus asa.
Dia berharap semoga usahanya membuahkan hasil.

Dua bulan kemudian..

Nik berada dalam bekas kaca khas di makmal ayahnya.
Proses akhir untuknya hampir siap, memasang cip khas dalam kepalanya.
Prof. Ismail bersama Prof. Muhaidi mengukir senyuman puas.
Nampaknya usaha mereka tidak sia-sia.

   Selepas cip khas dimasukkan, mata Nik terbuka dan berwarna kebiruan.
Bekas kaca itu dibuka.
"Selamat kembali Nik!" ujar ayahnya sambil memeluknya.
Nik terkedu, hairan seketika.
"Pa, saya di mana ni?" Nik bertanya.
"Kamu di makmal papa sekarang ni. Lepas kamu kemalangan, papa bawa kamu kesini...menjaga dan merawat kamu. Pihak kolej telah memberi cuti selama tiga bulan untuk kamu akibat kemalangan tempoh hari." jawab Prof. Ismail panjang lebar.
Nik tertunduk seketika, lalu membelek jari-jari tangannya.
"Apa yang berlaku pada Nik lepas accident tu pa?" Nik bertanya.
"Nik pergilah tengok dicermin tu." ujar Prof. Ismail sambil jarinya menunjuk kearah cermin besar yang terdapat disitu.
Nik meraba wajahnya, dia terkejut bila melihat matanya berwarna kebiruan.
"Pa? Apa ni??" Nik hampir terjerit bila tidak mengenali dirinya lagi.
Dirinya sudah berubah seratus empat puluh lima darjah, bukan manusia biasa lagi melainkan manusia bionik.
"Nik..." Prof. Muhaidi menyentuh bahunya.
"Apa semua ni uncle??" Nik semakin tidak faham akan situasinya sekarang.
"Nik, semasa kamu kemalangan tempoh hari, kamu hampir-hampir tak dapat diselamatkan. Papa kamu bawa kamu ke mari lalu mengubah kamu seperti ini sekarang. Dia tidak mahu kehilangan kamu." jawab Prof. Muhaidi panjang lebar.
Nik terdiam seketika.
"Kamu dikira bersyukur Nik, masih diberi peluang untuk hidup." ujarnya lagi.
Nik meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
Prof. Ismail menghela nafas sambil berpeluk tubuh.
"Semua ini adalah permintaan mama juga Nik. Dia juga tidak mahu kehilangan kamu." ujarnya.
Nik menghela nafas.

Seminggu kemudian...

Nik dibawa keluar dari makmal.
Ketika bertemu dengan ibu dan adiknya, kedua mereka menangis kegembiraan kerana Nik masih hidup.
Namun mereka tidak mengetahui bahawa Nik sudah berubah menjadi manusia bionik hasil rancangan ayahnya sendiri.

👽👽👽👽Bersambung.....

BIO-NIK (REVISI 2021)Where stories live. Discover now