Part 9:

54 6 7
                                    

Adi duduk di suatu sudut dalam rumahnya. Ayahnya Prof. Ali menghampirinya. Dia menepuk bahu anaknya.
"Pa.." ujar Adi, tersenyum.
"Bagaimana rancangan kita Adi? Berhasilkah?" Prof. Ali bertanya.
"Sukar sedikit pa...Amirul tu bukannya mudah untuk dijinakkan. Tapi pa..Adi betul-betul sukakan dia. Sejak pertama kali Adi nampak dia, hati Adi berdebar kencang." Adi menjawab. Prof. Ali tersenyum.
"Nak memikat seseorang bukan senang Adi..begitu juga papa dulu. Tak mengapa, Adi lakukannya dengan perlahan. Pandai-pandailah ambil hatinya. Kalau berjaya, jangan lupakan papa..jangan lupakan rancangan kita." Prof. Ali menepuk-nepuk bahu Adi, memberinya semangat.
"Thanks pa.." Adi mengukir senyuman.

    Rumah Prof. Ismail..

Nik dan Amirul sedang berbincang. Adakalanya Amirul akan berkutat di hadapan laptopnya. Sesekali Nik mencuri pandang kearah sahabatnya. Amirul terperasan.
"Ada apa?" Amirul angkat kening kanannya.
"Err...tak ada apa.." ujar Nik lalu menyembunyikan wajahnya, merah kerana malu.
'Pelik!' batin Amirul.
Pintu bilik diketuk. Amirul membukanya. Muncul Nik Amira, menatang minuman koko panas dan biskut.
"Mama suruh bawakan untuk abang berdua. Mana abang Nik?" ujar Nik Amira.
"Ada...sedang tengok laptop tu." balas Amirul. Tangannya nenunjuk kearah Nik yang sedang sibuk mencatat sesuatu dalam buku notanya. Sesekali tangannya mengetik keyboard.
"Okeylah, Mira turun dulu." Nik Amira meminta diri. Amirul meletakkan hidangan petang tersebut atas meja belajar milik Nik.
"Ada apa tadi?" Nik bertanya. Amirul menunjuk kearah meja belajarnya.
"Aunty yang bagi tadi. Mira yang hantar." jawab Amirul.
"Owh..okey jap lagi kita rehat dulu." ujar Nik.

  Petangnya, Amirul bersama Nik keluar bersiar-siar dibandar. Mereka menuju ke Pantai Morib, bertujuan ingin melihat pemandangan matahari terbenam.

    Pantai Morib...

Suasana yang agak ramai disitu memaksa mereka memarkirkan superbike masing-masing ditempat yang jauh sedikit dari parkir asal. Namun Amirul telah membuat sedikit perubahan pada superbike mereka, memasang alat khas yang dapat mengelakkannnya dari dicuri. Alat tersebut berukuran kecil, dikawal dari jauh oleh Amirul menggunakan smartphonenya. Jika ada berlaku sesuatu, smartphone mereka akan berbunyi seperti penggera.

👽👽👽👽Bersambung...

BIO-NIK (REVISI 2021)Onde histórias criam vida. Descubra agora