Part 8:

57 6 4
                                    

Kolej Cosmopoint Kuala Lumpur...

Amirul berkutat dalam makmal. Nik ada bersamanya. Adi juga menyertai mereka.
"Apa yang kita nak buat?" Nik bertanya.
"Ini!" Amirul membentangkan kertas kerjanya diatas meja. Mata Nik membulat, hairan. Adi cuma mendiamkan diri. Matanya ralit melihat wajah Amirul yang benar-benar menarik perhatiannya. Nik terperasan.

  "Bila kita nak mula?" Nik bertanya.
"Selewatnya esok atau lusa. Kita kena sediakan bahannya dulu." jawab Amirul. Dia menoleh kearah Adi. Adi cuma tersenyum kearahnya. Berkerut dahi Nik.

   Semasa rehat, Amirul menuju ke tandas. Tidak sangka dia akan terserempak dengan Adi.
"Hai cantik!" tegurnya dalam nada seduktif. Kening Amirul terangkat.
"Apa awak cakap?" Amirul membentak.
"Relax bro..saja saya usik awak. Terus terang saya tertarik dengan awak. Errr...saya nak tanya sesuatu boleh?" ujar Adi diiringi senyuman menggodanya. Amirul berasa kurang selesa dengan sikap Adi.
"Cepat cakap! Saya tak ada masa ni!" ujar Amirul.
"Saya sukakan awak..mahu tak kalau awak couple dengan saya?" Adi berbisik erotik ditelinga Amirul. Mata Amirul membulat. Dahinya berkerut namun keningnya terangkat tajam.
"Bro...are you nuts?? Ini Malaysialah, bukan Korea atau Kanada okey??" ujar Amirul tajam. Adi mengukir senyuman.
"Bro..untuk pengetahuan awak saya ni seorang yang straight okey? Selisih malaikat empat puluh empat kalau begini...saya tak nak!" Amirul menjawab tegas lalu meninggalkan Adi yang masih berdiri disitu.

   Nik memerhatikan Amirul yang keluar dari tandas dengan muka yang merah, seolah menahan rasa malu dan marah.
"What's wrong?" Nik bertanya.
Amirul menceritakan segalanya. Mata Nik membulat, terkejut dengan cerita Amirul.
"Memang betullah tekaan saya!" ujarnya. Amirul angguk. Nik menghela nafas.

    Dalam perjalanan balik, Nik dan Amirul saling memintas sehinggalah tiba dipersimpangan lampu isyarat. Mereka sama-sama berhenti. Kebetulan sebuah kereta sport berwarna putih berhenti juga disebelah mereka. Nik menjeling. Dia memutar matanya malas apabila matanya terserempak kelibat Adi yang duduk ditempat pemandu.
'Pervert guy! Tak guna hensem tapi mereng!' batin Nik, geram bercampur marah. Amirul yang berada disebelahnya terkekeh melihat gelagat Nik yang seperti cacing kepanasan.
Lampu isyarat bertukar hijau, Nik dan Amirul memecut laju menuju kedestinasi masing-masing.

👽👽👽👽Bersambung...

BIO-NIK (REVISI 2021)Where stories live. Discover now