Part 14:

45 7 2
                                    

Kolej Cosmopoint Kuala Lumpur...

Nik bersama Khairul menuju ke kafe. Langkah mereka ditahan oleh Adi.
"Awak ni kenapa?" Nik bertanya tajam. Kening kanan Adi terangkat.
"Mana Amirul?" Adi bertanya tajam. Nik mengukir senyuman sinis.
"Yang awak sibuk tanya dia apasal?" Nik membalas. Adi mula naik angin, lalu mencengkam kolar kemeja yang dipakai oleh Nik. Nik tidak tinggal diam, dia juga membalas perbuatan Adi namun cengkamannya lebih kuat kerana dia adalah manusia bionik. Adi terkedu, lalu melepaskan cengkamannya pada kolar baju Nik.
"Bro...ingat sikit yea...jika ada apa-apa berlaku pada Amirul, aku akan cari kau sampai lubang cacing! Remind my words! Aku tak main-main!" Nik memberi peringatan. Cengkamannya di kolar baju Adi dilepaskannya. Lalu beredar pergi dari situ. Sempat lagi Nik menjeling kearah Adi sambil tersenyum sinis.

  Rumah Prof. Muhaidi...

Amirul sedang berehat dalam biliknya. Ketika itu, orang gaji keluarganya Mak Uda menghantar makanan kebiliknya.
"Mirul...jangan lupa makan ya? Mak Uda letak kat sini." ujar Mak Uda seraya meletakkan dulang hidangan tersebut diatas meja. Amirul angguk lemah. Tubuhnya terasa sakit akibat dikurung dalam bilik tanpa diberi apa-apapun untuk mengisi perut.

   Di kolej, Nik bersama Khairul berbincang tentang subjek yang baru dipelajari tadi. Rakan kelas mereka, Suri dan Lisa menghampiri. Lisa merupakan sepupu kepada Nik.
"Hai Nik, Khairul.." sapa Suri bila melihat mereka.
"Mujur kamu berdua datang." ujar Nik kelegaan.
"Kitorang dah tahu apa terjadi dengan Mirul. Sebab tu kami nak bantu kamu." balas Lisa. Suri angguk.
"Okey!" ujar Nik ringkas.

   Rumah Prof. Ismail, dalam makmal..

Keempat sahabat ini berkumpul. Mereka sibuk menyemak kertas kerja yang diberikan Amirul kepada Nik. Sesekali Lisa mencuri pandang kearah Khairul.
'Persis Kai EXO!' sempat lagi Lisa membatin. Khairul yang terperasan dirinya ditenung begitu, mengukir senyuman kearah Lisa.

    Seronok bersantai, Pn. Maira menghidangkan mereka minuman dan juadah petang.
"Susah-susah saja mak ngah." ujar Lisa, agak kekok. Pn. Maira cuma tersenyum.
"Mak ngah dah biasa. Rasa tak elok pula biarkan tetamu kelaparan." Pn. Maira membalas. Senyuman terukir dibibirnya.

👽👽👽👽Bersambung...

BIO-NIK (REVISI 2021)Where stories live. Discover now