Part 4:

62 8 0
                                    

Makmal Prof. Ismail...

Nik menghadapi pelbagai ujian untuk menentukan tahap kesihatannya. Biarpun dia sudah menjadi manusia bionik namun dia masih boleh menjalani kehidupannya seperti manusia biasa. Cuma ada beberapa perubahan dilakukan terhadap bahagian tubuhnya. Kedua tulang kakinya yang hancur diganti dengan kaki platinum begitu juga dengan kedua belah tangannya. Begitu juga tengkorak kepalanya yang hancur, semuanya telah diganti dengan kerangka khas dari titanium. Struktur tubuh Nik yang lain masih dalam keadaan asal, namun telah dibuat penambahan baru.

    3 minggu kemudian...

Nik kembali ke kolej seperti biasa. Namun dia terasa asing kerana terpaksa meninggalkan kolej selama 4 bulan akibat kemalangan yang dihadapinya. Mujurlah sahabatnya Amirul tetap bersamanya.

    Ketika menuju ke kafe, banyak mata nemandang mereka berdua. Nik berasa risih namun Amirul memujuknya.

   Suatu petang, Nik mengenderai superbikenya menuju ke suatu tempat. Superbike yang ditunggang oleh Nik berjenama Ducati. Akibat kemalangan dahulu, superbike kesayangannya iaitu Kawasaki hancur berkecai.

Port Dickson..

Nik duduk bersandar dimotornya. Matanya memandang lurus ke hadapan. Dia melihat skrin smartphonenya. Foto keluarganya jadi latar hiasan. Nik menghela nafas. Dia memejamkan matanya seketika.
"Ma..pa..dik Mira..." satu persatu nama keluarganya terbit dari bibirnya. Dadanya terasa sesak.

   Malamnya, Nik tiba dirumah. Ketika itu, keluarganya sedang makan malam.
"Nik! Mari makan!" Prof. Ismail memanggil anak lelakinya yang kebetulan melintasi mereka. Nik menoleh, lalu tersenyum. Dia duduk disebelah ayahnya.
"Abang ke mana tadi?" Nik Amira bertanya.
"Saja...abang keluar nak tenangkan fikiran." jawab Nik. Pn. Maira tersenyum melihat gelagat kedua beradik. Dia amat merindukan Nik yang dulu, nakal dan suka menyakat.

   Paginya, Nik berangkat ke kolej seperti biasa. Bersamanya adalah Amirul, menunggang superbike berjenama Honda miliknya. Nik dan Amirul saling berkejaran. Adakalanya Nik akan memintasnya begitu juga Amirul.

  Setibanya di kolej, kelihatan ramai pelajar terutamanya pelajar perempuan berkumpul diluar, seperti menunggu seseorang. Amirul menghampiri mereka.
"Ada apa ni?" Amirul bertanya.
Seorang daripada mereka menoleh.
"Ada pelajar baru akan berpindah ke sini nanti. Dengar cerita handsome jugak mamat tu." jawabnya diiringi senyuman. Amirul mencibir, lalu tersenyum sinis.
'Hmm..nampaknya sekarang Nik ada saingan!' Amirul membatin. Bahunya ditepuk.
"Ada apa?" Amirul bertanya bila melihat Nik yang menepuk bahunya.
"Apasal ramai sangat tu?" Nik menyoal.
Amirul berbisik ditelinganya. Nik tersenyum, agak sinis.

👽👽👽👽Bersambung....

   

BIO-NIK (REVISI 2021)Where stories live. Discover now