Part 24:

25 3 6
                                    

Amirul menyeringai. Musuh-musuhnya ada yang terduduk kerana bunyi bising dari peranti ciptaannya. Ada juga yang pengsan akhirnya.
'Jangan main-main...ini Genius Mudalah kawan!' batinnya. Lalu dia beredar dari situ.

    Disuatu persimpangan, Amirul bertemu dengan Nik dan Azman.
"Everything is okay?" soal Azman.
"Yeah...korang berdua tak apa-apa ke?" Amirul balas bertanya.
"Kitorang okey...jom blah!" ujar Nik.

  Keesokan paginya...

Nik, Amirul dan Khairul datang ke kolej seperti biasa. Namun Amirul berasa tidak sedap hati. Jantungnya asyik berdebar kencang sejak tadi. Nik yang terperasan sejak tadi segera bertanya kepada Amirul.
"Kenapa ni? Dari tadi saya tengok awak runsing saja?"
"Entahlah Nik...rasa tak sedap hatilah pulak. Saya risaukan papa di rumah, dahlah dia tu sekarang kurang sihat." ujar Amirul perlahan. Nik menghela nafas.
"Sabarlah...lepas kita balik nanti kita lawat papa awak tu." pujuk Nik. Amirul cuma angguk.

   Ketika balik, Khairul terperanjat. Melihat keadaan rumah bapa saudaranya seperti kapal pecah. Pembantu rumah mereka Mak Uda pengsan dilantai.
"Mak Uda! Mak Uda!" Amirul hampir menjerit lalu menghampiri Mak Uda yang pengsan. Dia memangku tubuh Mak Uda. Khairul bergegas ke sana sini, seperti mencari sesuatu.
"Tengok!" ujarnya separuh terjerit. Tangannya menunjuk kearah sekeping kertas, dipacakkan dengan pisau diatas meja makan. Nik angkat kening, lalu menghampiri meja tersebut. Pisau itu dicabutnya lalu kertas tersebut dibacanya:

'KALAU NAK PROF. MUHAIDI  SELAMAT, SERAHKAN SAJA DATA PROJEK MANUSIA BIONIK KAMU...ATAU DIA AKAN TERIMA AKIBAT!'

"Jahanam!!" Amirul merengus marah selepas membaca nota di kertas tersebut.
"Dia memang dah melampau!" sambungnya lagi.
"Siapa?" Khairul bertanya.
"Prof. Ali...musuh keluarga kita!" jawab Nik.
"Baru-baru dia upah seseorang untuk pecah masuk rumah saya. Bila usahanya tidak berhasil, dia culik pula uncle Haidi. Dia memang dah melampau!" ujar Nik dalam nada marah.
"Ikut cakap Azman, Prof. Ali ada sekutu dari luar negara." ujar Amirul. Nik dan Khairul menoleh kearahnya.
"Kalau tak silap namanya Dimitri Leonov, dulu dia adalah saintis pasukan MANTERA namun berpaling tadah kerana ingin mencuri data projek MANTERA dulu. Azman yang beritahu saya semuanya." sambung Amirul lagi. Jawapan Amirul itu menyebabkan Nik dan Khairul terkejut.

👽👽👽👽Bersambung....

BIO-NIK (REVISI 2021)Where stories live. Discover now