Part 7:

50 6 3
                                    

"Oi Mirul! Bangun! Bangun! Hush..nasib baik hari ni hari Sabtu...kalau tak haru biru jadinya." Nik bersungut ketika membangunkan Amirul. Kebetulan hari itu hari Sabtu, Amirul menumpang tidur di rumah Nik semalam.

EERGGHHHH...!!

Amirul menggeliat malas sambil menguap, membuka mulutnya lebar-lebar.
"Oit! Astaghfirullah....buruknya perangai!" Nik terperanjat,  berjingkat dari katil lalu mengetuk kepala Amirul.

TUK!

"Ouch! Sakitlah bengong!" Amirul menggosok kepalanya yang diketuk oleh Nik tadi. Nik tersengih macam kerang busuk.
"Sape suruh tak reti bangun!" jerkah Nik.
"Yelah... yelah.. .semua ni pun awak punya pasal jugaklah Nik, ajak orang main game sanpai jauh malam!" Amirul membentak.
"Eheheee..." sengihan Nik bertambah lebar.
"Apa sengih-sengih?" Amirul buat muka masam.
"Ehehe...sorry darling.." usik Nik.
"Banyak kau punya darling...dasar pervert!" Amirul mendengus geram.
"Ehhh...not my style okay?" Nik tak nak mengaku kalah. Amirul capai bantal, lalu dilemparnya kearah Nik. Kelam kabut Nik keluar dari bilik, takut jadi sasaran lemparan maut Amirul.
"Tau takut!" ujar Amirul sinis namun mengukir senyuman puas.

  "Morning ma.." Nik memeluk ibunya yang ketika itu sibuk menyediakan sarapan. Lalu dia duduk dimeja makan.
"Mana Amirul?" Pn. Maira bertanya.
"Ada dekat atas, sedang bersiap." Nik menjawab.
Terdengar bunyi kaki menuruni tangga. Nik dan ibunya menoleh.
"Assalamualaikum..morning aunty..." sapa Amirul dari tangga.
"Waalaikumsalam...morning too Mirul." Pn. Maira menjawab dengan senyuman.
"Jom kita sarapan sekali." ujarnya lagi.
"Okey aunty.." Amirul cuma tersenyum.

      Petangnya, Nik bersama Amirul berada di makmal ayahnya. Mereka sibuk berbincang, sesekali menghadap komputer. Ini semua kerana rancangan projek sains yang mereka akan buat sempena hari terbuka kolej nanti.

   Suatu pagi, Nik keluar ke bandar. Tujuannya hendak ke kafe, membeli bubble tea kegemarannya. Kebetulan dia terserempak dengan Adi, dikelilingi oleh lima orang gadis. Nik angkat kening.
"Hai..." tegur Adi, sambil mengerdipkan matanya.
Terkejut Nik dibuatnya, bila melihat sisi sebenar Adi.
'Pervert juga dia ni!' batinnya.
"Ada apa?" Nik bertanya.
"Boleh tak sampaikan salam saya pada Amirul? Saya tertarik dengan dia lah." Adi menjawab seraya berbisik di telinga Nik. Dahi Nik berkerut.
"Okey.." jawabnya ringkas. Lalu Nik meninggalkan Adi bersama gadis-gadis itu tadi. Di suatu sudut, Nik menghela nafas. Dia menjeling kearah Adi yang sedang bergurau senda bersama para teman wanitanya.
'Ck! Dasar pervert!' Nik mencibir.

👽👽👽👽👽Bersambung...

BIO-NIK (REVISI 2021)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang