BAB 5

187 35 0
                                    

Lapangan Terbang, M. Air work's Airport

"CAPTAIN, you do much good" kata Nyle kepada Alex, yang kini berada di sebelah kanannya, selaku Co-pilot kepada kapten Alex, Nyle harus hormat juga.

"You too Nyle, I have to go, see you at next flight"

Dan Nyle tarik senyuman manis, dia hanya menghantar sosok tubuh Alex dengan sorotan mata, lagipun Nyle tahu yang Alex ingin bertemu dengan seseorang yang penting, dan-danlah dia terpaksa berjalan kemudian. Untuk memastikan penumpang sudah keluar dari kabin, dia lebih sanggup menunggu bersama pramugari-pramugari yang bertugas.

Setelah memastikan penumpang sudah tiada di kabin, tanpa berlengah, Nyle menarik pilot flight begnya, dengan topi juruterbang yang masih elok di atas kepala, dia biarkan saja.

Hari semalam dan hari ini, adalah hari yang sangat memenatkan buat Nyle Uzzahir. Sudahlah cuaca agak mendung dan tidak begitu baik, mujur saja apabila melakukan pendaratan pesawat M. Air Work's Airlines, ianya baik-baik saja. Kalau diikutkan, boleh tergolek juga penumpang dalam kabin tu, mujur saja semua tidak panik semasa pendaratan tadi.

Setiap hari dan setiap masa, Nyle akan bertugas tanpa ada hadnya. Tidak kira waktu yang tetap, bila-bila masa saja dia akan bertugas.

Dan ianya amat menyukarkan dan membataskan aktiviti luar yang cuba Nyle lakukan. Kadang-kadang, ketika hari perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru China, dia terpaksa bertugas walaupun seharusnya dia cuti. Dan perkara itu tidak boleh lari daripada seorang pilot. Masa itu memang lekat selalu!

Apabila dirinya sudah sampai di balai ketibaan, secara tiba-tiba ada sepasang tangan yang melakar diperutnya.

"Sayang... I miss you" Nyle jadi kaku. Nyle menoleh memandang gadis yang berada di belakangnya.

Dalam hati, Nyle sudah memaki hamun gadis yang memeluknya sesuka hati. Mahu makan penumbuk rasanya perempuan miang yang menggelarnya 'sayang' itu.

Apabila anak mata Nyle dan anak mata gadis itu bertembung, Nyle mimik wajah malas.

Takkanlah dekat public pun, si Shasha ini nak menggatal dengannya, tengah-tengah orang lalu lalang pulak tu! Hilang macho!

"Tapi I tak rindu you, so berhenti berharap, cause I never love you anymore"

Tidak betah dengan perbuatan Shasha, terus Nyle menoleh ke hadapan semula. Lantaklah, pramugari yang perasaan sendiri seperti Shasha itu mahu merajuk atau tidak, lagipun Shasha bukan sesiapa dalam kamus hidupnya.

"Eee... Tak boleh ke dia layan aku baik-baik!" Rungut Shasha, separa dia menghentak kakinya dengan rasa geram. Walaupun kata-kata Nyle menyakitkan hatinya, tetapi Shasha tetap bertekad untuk mendapatkan lelaki itu, tak kira apa yang berlaku.

Dia lebih sanggup berkorban demi mendapatkan Nyle, tak kira apapun yang mengahalang, dia mahu dicintai oleh Nyle!

"You tunggu sajalah, I akan dapatkan you, Nyle..." Shasha menghentak-hentak kakinya sebelum berjalan keluar, dari arah yang sama dengan Nyle tadi.

Manakala Nyle, dia terus mencari kereta Mercedes Benz miliknya. Apabila dia sudah terlihat kereta berwarna hitam miliknya yang terpakir elok pada parkir perkerja, dia terus membuka pintu keretanya dan terus menghidupkan enjin kereta.

Tanpa berlengah lagi, terus dia fokus pada pemanduannya yang akan menuju ke destinasi ke rumahnya. Tetapi...

Fikirannya tiba-tiba saja berubah, dan lebih baik dia ke tempat itu dahulu, sebelum pulang ke rumah untuk berehat.

"Rindunya dengan Aisha" luah Nyle, baru dua hari dia tidak bertemu Aisha, sudah dia rindu bagai nak rak. Lagipun, Nyle sayangkan budak itu seperti anaknya sendiri. Jikalau dia mengambil Aisha sebagai anak angkat, nanti adalah teman nenda, waktu-waktu dia tiada di rumah.

Kerana, Nyle naik kasihan melihat nenda yang berhajat hendak dia menikah dan seterusnya memberikannya nenda cucu. Akan tetapi, permintaan nenda tidak dapat dia laksanakan, dan jalan yang lebih baik agar nenda tidak mati kebosanan adalah, dia harus mengambil seorang angkat. Jadi, bolehlah nenda bermain-main dengan Aisha nanti.

Nenda adalah orang yang sangat penting selepas arwah ibu dan ayah Nyle meninggal. Dia sanggup melakukan apa saja demi kegembiraan nenda, tetapi dia tidak bisa menunaikan hajat nenda yang menyuruhnya agar berkahwin secepat mungkin.

Perkara mencari pasangan sehidup semati bukannya Nyle tidak peduli, tetapi hatinya masih belum terbuka untuk mengalas dan memikul tanggungjawab besar sebagai suami dan ketua keluarganya kelak... Kerana lihat sajalah kerjanya, sampaikan dia tidak punya masa terluang dengan nenda sendiri.

Nak mencari, biarlah jodoh tu datang sendiri. Lepas tu, pandai-pandailah dia memikat dan terus melamar wanita bertuah itu. Bukan senang nak menarik hati seorang Nyle Uzzahir!

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now