BAB 7

173 27 3
                                    

SEPERTI biasa, Rain akan ke Gym latihan sepertimana hari-hari yang lain.

Ini kali yang ke-168 dia masih berada dalam keadaan tekan tubi, badannya belum rasa lenguh walaupun peluh mula menitik banyak membasahi wajah dan badannya yang hanya ditutupi sport bra. Kelihatan otot-otot tangannya yang terserlah akibat peluh yang banyak, lagi-lagi kulitnya yang cerah itu menambahkan pesonananya.

Rain tidaklah terlalu tegap, sampaikan kalah badan lelaki. Badannya lebih kurang kurus seperti atlet lumba lari saja.

Perutnya juga agak kempis sedikit, kerana ada otot-otot yang terserlah cantik disitu, mujur saja rambutnya pendek, tidaklah dia rimas seperti dahulu.

Sampai targetnya ke-200 barulah Rain berhenti melakukan tekan tubinya, lalu dia berdiri dan mengambil nafas dalam sebanyak 5 kali.
Setelah selesai, Rain mencapai botol mineralnya yang berada di tepi dinding, yang berwarna biru tua itu.

Air diteguknya seperti biasa, apabila dia dikejutkan dari belakang oleh sesorang, tanpa sengaja tindakannya berlaku secara mendadak.

Pufff!

Tersembur air mineral bercampur liur, yang datangnya dari mulut Rain, mujur saja tiada orang di hadapannya, kalau tidak mahu haru biru orang malang yang terkena hujan ciptaan Rain.

Dalam hati, Rain sudah menyumpah seranah orang yang mengenakannya. Sudahlah mengenakan dirinya, lepas itu dia dipertawakan pula!

Dan Rain dapat mengecam sangat suara beruk yang berhabis-habisan mempertawakan dirinya. Siapa lagi, kalau bukan a.k.a agensi beruk sedunia, si Akmal. Kalau tak sehari mengganggunya, memang tak sah!

"Kau ni kan! Wayar otak kau dah biut ke? Atau dah putus mana-mana" marah Rain, separa dia memukul kuat lengan tegap Akmal, hampir terjerit kesakitan si Akmal akibat tumbukan hebat Rain. Mujur saja dia dapat mengawal nada suara.

"Maaflah Ain, janganlah marah ekh... Nanti cepat tua, karang tak ada nak masuk meminang kau"

Sempat lagi Akmal mengenakan Rain, sehingga membuatkan naik hantu dan terus Rain meneguk air mineralnya dengan rakus, tetapi dia tidak meneguk sepenuhnya.

Pufff!

Habis basah lecun wajah Akmal, akibat perbuatan jahanam Rain. Hampir-hampir anak mata Akmal ingin terbuncal dari soketnya.

"Kurang asam kau, Ain..." Wajah Akmal sudah memimikkan riaksi jijik, dengan keterpaksaan dia menyeka juga wajahnya yang diselaputi air plus liur segera buatan Rain.

"Kurang asam, aku tambahkan asam pulak!" Rain menjeling. Kemudian Rain membaling kotak tisu tepat ke wajah Akmal. Sudahlah tadi dia makan semburan air plus liur milik Rain, kali ini wajahnya dibaling dengan kotak tisu pulak. Memang tak ada hati dan perut, belas kasihan si Rain ini.

"Lancang ekh, mulut kau..." Akmal sudah memimikkan wajah polos. Sakit hati, dia terpaksa pendam saja.

"Ehem" terhenti drama Rain dan Akmal, apabila Deorelar datang tanpa diundang. Dan-danlah riak wajah Rain menjadi tegang, dan sempat juga Rain menjeling.

Bukan Rain mahu berlagak atau bertindak kurang sopan pada jurulatihnya, tetapi disebabkan satu kes, Rain rasa menyampah dengan Deorelar.

Tidak serikkah?

Itulah persoalannya. Tidak serikkah Deorelar mahu menambat hatinya, sedangkan rasa cinta tidak pernah berputik kepada lelaki itu. Namun hanya rasa hormat yang mampu dia berikan kepada Deorelar, kerana Deorelar banyak membantu dan berjasa kepadanya, dalam setiap perlawanan. Kata-kata dan strategi yang mantap daripada Deorelarlah yang banyak membantunya menjuarai pelbagai kejuaraan pingat acara Muay Thai dan tinju.

Sebab itulah, rasa hormat kepada Deorelar dia pegang dan simpan kemas dalam tangan, lagipun Rain tidak mahu dicop 'tak mengenang budi!'

Bak pepatah melayu...
'Orang berbudi kita berbahasa' Entah betul atau tidak pepatah tu? Kalau salah, iyakan saja!

"Rancak berbual, sampaikan saya panggil awak tak dengar" Deorelar beri isyarat mata kepada Akmal, agar memberikan dia ruang dan sedikit privasi kepadanya dengan Rain, untuk berbual-bual seketika.

Seakan-akan memahami maksud panahan mata helang Deorelar, terus Akmal meminta kebenaran untuk berlalu pergi. Hanya mimik wajah kelat, yang sempat Akmal hadiahkan kepada Rain dan jurulatihnya.

"Suka hati sayalah couch nak berbual rancak dengan sesiapa... Kenapa, ada masalahnya dengan couch ke?" Rain mencapai jaket kulit hitamnya yang berada di sisi, kemudian dia sarungkan jaket itu pada tubuhnya, kerana Rain perasan yang Deorelar asyik menilik tubuh badannya, dan perkara itu membuatkan Rain sangat tidak selesa.

"Ya, saya ada masalah dengan perkara tu..." Jawab Deorelar, dengan wajah yang tenang, manakala kedua-dua lengannya berada di dada, berpeluk tubuh.

"What do you mean, couch..." Soal Rain dengan dahi yang berkerut, bingung.

"That mean's, I jeaouls..." Kata Deorelar, tanpa sedikit pun perasaan malu atau segan, mengungkapkan ayat itu kepada Rain.

"Stupid word"

Mengatakan dua patah perkataan itu membuatkan hati Deorelar sakit, tetapi dia hanya pendam.

'Stupid word' perkataan itu bukan saja-saja terpancul daripada mulut Rain, tetapi perkataan itu terpancul akibat tembok kesabarannya yang kian menipis.

Tidak betah dengan pandangan Deorelar, terus Rain berganjak, meninggalkan Deorelar diselubungi api-api kemarahan.

Walaupun wajah Deorelar tampak tenang, akan tetapi emosinya bergelonjak naik dengan keangkuhan Rain. Dan Deorelar paling pantang, jikalau dirinya dicabar!

Hati dan perasaan Deorelar semakin berperang hebat untuk memastikan Rain menjadi miliknya.

Dalam benak fikirannya, dia bersedia mengatur strategi dan plan, agar Rain memasuki perangkapnya secara perlahan-lahan.

Bak kata anak muda, 'Buat slow-slow, nanti hasilnya gempak!', dan Deorelar percaya, suatu hari nanti... Dia bakal mendapatkan Rain Natasha.

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now