Bab 42

116 18 6
                                    

RAIN memakai boxing glove ke tangannya. Kejadian tempoh hari lalu tidak pernah luput di ingatannya, kenapa harus dia angau kepada Nyle?

Jangan kata, dia sudah jatuh cinta?! Sedangkan dia baru saja mengenali lelaki itu. Tetapi, apa-apapun, tiada siapa dapat menghalang perasaan itu bukan.

Perasaan cinta bisa muncul, dan berputik tanpa seseorang itu jangkaan. Malahan cinta itu bagai halimunan yang bisa membuatkan seseorang itu lupa.

Benarkah?

Benar atau tidak, ianya berpandukan diri seseorang itu. Adakah mereka terpikat atau tidak dengan cara seseorang, yang cuba memikat hati mereka. Tidakkah begitu?

"Rain" Deorelar memanggil nama Rain, namun Rain seperti berada di dunia sendiri, Rain langsung tidak sedar dengan kelibat Deorelar yang duduk di sebelahnya.

"Rain" panggil Deorelar lagi. Sampaikan berketup giginya menahan geram yang teramat, dengan tingkah laku Rain. Sejak beberapa hari ini, Rain banyak manghabiskan masa dengan aktiviti bersama Nyle dan Aisha, bersilih ganti ke rumah anak yatim Nur, bagi bermain-main bersama Ardell Sofia. Sampaikan latihan di Gym pun,dia tidak hadiri. Angkaranya disebabkan pujuk rayu Nyle yang menggugat imannya untuk menolak.

Lagipun Nyle, mempunyai mulut yang manis sampaikan dia tidak mampu menolak pelawaan lelaki itu, keluar makan malam, bersiar-siar dengannya.

Tetapi, sampai sekarang Nyle masih tidak tahu, yang dia seorang petinju wakil Negara. Tempoh hari lalu, Rain cuba memberitahu perkara sebenar, namun Nyle tiba-tiba saja mempunyai panggilan kecemasan.

Lagipun Nyle seorang pilot. Dan bila-bila masa saja lelaki itu akan berangkat ke luar Negara, tak kira masa, hari, waktu, dan saat.

Tak tahulah Rain nanti, apalah kejadiannya dia kalau berkahwin dengan Nyle. Mesti dia mati kebosanan. Walaupun ada Aisha dan Ardell nanti, namun ianya tidak sama dengan layanan Nyle kepada dirinya.

Rain mengeluh, apabila perkara sebegitu terlintas di benak fikirannya.

"Fine!" Deorelar berdiri, dan terus meninggalkan Rain, yang terpinga-pinga memandang sosok tubuh Deorelar yang kian menjauh.

'Jangan kata... Alamak, apa yang kau dah buat! Matilah! Macam mana, aku nak menang kalau Deorelar dah mogok?!' Rain memukul-mukul kepala sendiri. Sakit juga rasanya, apabila memukul kepala sendiri.

Dan-danlah Rain berlari keluar dari bilik persalinan, apabila perlawanannya akan bermula beberapa minit lagi. Kerana perlawanan antara Qisya dan lawan Qisya yang berasal dari Thailand telahpun tamat.

Keputusannya, lawan Qisya yang berasal dari Thailand itu yang memenangi perlawanan yang berlangsung tadi. Walaupun Qisya kalah, namun gadis muda itu tetap tersenyum apabila melintasi Rain.

"Kak" panggil Qisya, menahan pergelangan tangan Rain, daripada meneruskan langkah untuk beraksi.

"Ya, Qisya" Rain memalingkan tubuh badannya, cuba memandang Qisya. Wajah Qisya yang lebam-lebam, dan terdapat luka besar di bahagian mata membuatkan Rain terkedu.

Kuat sangatkah lawan Qisya. Habis teruk wajah Qisya dikerjakan oleh lawannya yang berasal dari Thailand itu.

"Nanti, saya nak jumpa akak, lepas akak dah siap perlawanan nanti." Kata Qisya. Lalu melepaskan pergelangan tangan Rain.

Rain meneruskan perjalanannya, namun terhenti kembali.

"And akak." Panggil Qisya lagi. Rain tidak menoleh, namun langkahnya terhenti saja. Cuba memberi ruang untuk Qisya bersuara.

"Good luck" kata Qisya. Lalu senyuman nipis terlakar di bibir Rain. Apa-apa yang berlaku nanti, dia harus bersedia menghadapinya.

Sesampainya seiringan dengan Deorelar, dengan petugas-petugas yang lain, Rain terus menoleh memandang wajah Deorelar, yang langsung tidak membalas pandangannya.

Redha sajalah, dengan Deorelar yang tidak mahu memberikan kerjasama. Salahnya juga, kerana tidak mengendahkan panggilan jurulatihnya.

Siapa juga yang tidak sakit hati dengan perbuatan Rain. Deorelar penat mulut memanggil nama Rain, namun tidak di endahkan.

Inilah rasanya, cinta bertepuk sebelah tangan.

"Couch. Saya minta maaf" ujar Rain. Memandang ke hadapan, dan terus berjalan dengan mempamerkan wajah yang ceria, kepada peminat-peminat sukan tinju ini.

Deorelar tersenyum nipis, apabila mendengarkan kenyataan Rain tadi. Cair dan tenang hatinya sedikit, dengan lemah lembut suara Rain.

Sesampainya Rain di hadapan gelanggang bersangkar, Rain sempat menadah tangan untuk berdoa kepada-Nya. Semoga perlawanan ini di rahmati dan memudahkan dirinya.

Rain sangat arif dengan peraturan di dalam gelanggang bersangkar ini. Jikalau Rain jatuh atau lawannya jatuh, dengan berdekatan pada pagar besi, Rain tidak boleh meletakkan kakinya di atas pagar besi, bagi melepaskan diri dalam pergelutan berdarah, oleh itu dia harus memikirkan cara tersendiri untuk melepaskan dirinya, mahupun lawannya.

Orang kata, perancangan itu penting sebelum memulakannya.

Tinggi lawannya itu, tersangatlah tinggi, mungkin Rain sesampai bahagian leher lawannya saja. Mahu tidak mahu, Rain harus mengunci lawannya.

Dia tidak bisa membenarkan lawannya berlawan di tengah gelanggang.

"Couch" panggil Rain. Deorelar mendongak, lalu menarik kepala Rain dekat dengannya. Deorelar melagakan kepalanya dengan Rain, mata bertentangan mata. Rain tergamam.

"Listen! Awak tahu kelebihan awak, Rain. Lawan awak tinggi dan awak rendah. Tapi tak bermakna awak tak boleh menang dan awak tak boleh melawan. Dan percayalah, lawan kamu bukan calang-calang. Dia dah pernah cabut nyawa lawan dia melayang, dan saya tak nak awak jadi antara satu koleksi dia" Rain terkedu. Tetapi ianya tidak menghilangkan semangat dalam dirinya, untuk meneruskan perlawanan.

'Takkan sampai nyawa orang pun melayang. Biar betik lawan aku ni... Aku belum sedia nak mati lagi" monolog hati Rain, siap mengerling lawannya yang tinggi lampai itu.

'Cantik' monolog hati Rain lagi. Apabila terpesona sebentar dengan wajah lawannya.

"Apapun yang terjadi nanti. Jangan putus asa" Deorelar berkata lagi. Lalu sekilas, Deorelar memberikan satu kucupan di dahi milik Rain, sampaikan Rain dah keras kematu. Terkilan dan lebih terkedu dengan perbuatan Deorelar.

Beraninya Deorelar mengucup dahinya sesuka hati!

Dalam hati, Rain dah menyumpah seranah jurulatihnya itu. Dan perasaan itu, dia terpaksa pendamkan saja dahulu.

Rain terus mengambil tempatnya di gelanggang perlawan. Apabila juruacara, membuka tirai perlawanan antara dirinya dengan lawannya yang bernama Emma Gwen, yang berasal dari United Kingdom (UK), Rain terus memakai pelindung giginya.

Sebelum memulakan perlawanan, Rain sempat berpelukan sebentar dengan lawannya. Dan lawannya itu hanya tersenyum nipis, dan sempat mengucapkan 'Good luck Rain' kepadanya. Taklah sombong mana lawannya itu.

Tapi yang pastinya, Rain takutnya nyawanya melayang oleh gadis tinggi lampai itu. Terdetik di hatinya, mengapa Emma memilih untuk bertinju, sedangkan lawannya itu layak menjadi model fesyen.

Sedangkan Rain pun sama juga. Dua kali lima! Mengapa memilih untuk bertinju? Sedangkan muka lawa! Boleh saja memasuki akademi Dewi Remaja! Eceh...

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now