Bab 6

164 31 0
                                    

BERLARI anak Aisha mendapatkan Nyle, dengan penuh mesra sekali Nyle mendukung Aisha, sehingga anak kecil itu tertawa keriangan.

"Aisha rindu papa tak?" Tanya Nyle, kemudian dia mencuit lembut dagu Aisha. Rindunya terhadap Aisha akhirnya terubat juga.

Kerinduannya terhadap Aisha agak menggunung setelah berpisah selama dua hari. Memamg tak senang dia menjalankan tugas, apabila hati meronta-ronta merindui Aisha, anak kecil yang selalu membuatnya tersenyum.

Pertemuannya dengan Aisha di rumah anak yatim Nur ini adalah satu kebetulan saja. Ketika itu dia hanya menuruti hasrat sahabatnya, Haziq, kerana kata sahabatnya itu dia mahu menyumbang sedekah kepada anak-anak yatim di rumah Nur, dan Nyle turuti saja.

Sejak dia bertemu dengan Aisha, dia tampak gembira dan bahagia, oleh sebab itu dia mahu mengambil Aisha sebagai anak angkatnya. Sekali melengkapkan kekosongan kepada nendanya, yang selalu keseorangan di rumah.

Sejak mama, papa dan atuknya meninggalkan dirinya dengan nenda, Nyle hanya meluah kepada nenda, dan nenda saja satu-satunya keluarga yang dia ada. Tiada yang lain, dan tiada yang istimewa kecuali nenda kesayangannya.

"Rindu, papa lambat sikit saja tadi..." Kata Aisha.

"Lambat sikit? Maksud Aisha?" Dahi Nyle berkerut, dia tidak faham maksud Aisha.

"Tak ada apa-apa" Aisha tersengih, dah macam kerang busuk setahun! Nyle terusik dengan kenakalan Aisha, dengan sedikit geram manjanya, Nyle mencubit lembut pipi montel Aisha. Geram punya pasal!

"Eh, Nyle... Masuklah, mari kita bincang..." Pelawa bonda Maria, dan-danlah Nyle tersenyum lebar, lalu dia turunkan semula Aisha dari dukungannya. Dan terus Nyle memasuki rumah anak yatim Nur, disebabkan pelawaan bonda Maria.

Apabila Nyle duduk di sebuah sofa yang khas, dia hanya memerhati perbuatan bonda Maria yang membelek-belek file berwarna biru cair, yang kini berada di tangan bonda Maria.

Apabila Nyle melihat bonda Maria menepuk dahi sendiri, dahi Nyle berkerut. Dengan nada yang perlahan dia cuba menanya.

"Kenapa bonda? Ada masalah ke?" Tanya Nyle. Risau juga dia, kalau dia tak berjaya mengambil Aisha sebagai anak angkat.

"Bonda lupa print sesuatu kat kandungan file ni... Tunggu sini kejap ekh..." Apabila bonda Maria mengutarakan masalah itu, Nyle hanya 'O' saja. Dan apabila kelibat bonda sudah tiada, terus Nyle berdiri untuk melihat bingkai-bingkai gambar yang tersusun elok di atas meja hiasan.

Nyle mencapai satu bingkai gambar, yang terdapat seorang gadis cantik, yang sedang mendukung Aisha. Daripada analisis mata kasar Nyle, dapat dia lihat Aisha gembira dengan gadis itu. Tetapi siapakah gerangannya? Persoalan itu bermain-main dibenak fikiran Nyle.

Tiada satu pun yang lepas dia perhatikan, dari segenap inci wajah gadis berkulit putih mulus itu.

"Nampak macam tinggi saja perempuan ni?" Nyle hanya tenung saja gambar itu, kemudian perbuatannya bertindak tanpa diduga, Nyle mengeluarkan Iphone X miliknya, dan dia menangkap gambar gadis itu.

'Cantik' desis hati Nyle.

Deheman bonda Maria mengejutkan Nyle, tangkas tangan Nyle bergerak, meletakkan semula bingkai gambar itu pada tempat asalnya. Telefonnya pula diletakkan semula ke dalam poket seluar, nanti tak pasal-pasal dia kontoi sebab menangkap gambar anak orang. Tak meraung dia dicop anak teruna gatal!

Tanpa berlengah, Nyle kembali semula pada tempat duduknya. File bertukar tangan tanpa sebarang suara daripada bonda Maria.

"Kamu baca dulu syarat-syarat pengambilan anak angkat tu, kalau dah rasa setuju, boleh letak tanda tangan dekat bawah tu" tunjuk bonda Maria, tidak lekang dari senyuman dia menatap wajah Nyle.

Sedikit sebanyak hati tua bonda Maria terubat daripada merindui anak kesayangannya, yang sudah lama hilang tanpa khabar.

Kehilangan Akiff disebabkan perceraiannya dengan sang suami, membuatkan dia merindui Akiff, jikalau Akiff berada disisinya tatkala ini, sudah tentu seumur dengan Nyle.

Apabila Nyle berpuas hati, terus dia meletakkan tanda tangan di atas kertas.

Kemudian anak mata Nyle tertala pada Aisha yang seronok bermain-main dengan kanak-kanak yang lain.

"Jaga Aisha baik-baik tau Nyle, berikan dia kasih sayang dan perhatian sepertimana bonda berikan semua tu kepada Aisha..." Nyle kini fokus memandang bonda Maria, entah mengapa hatinya tergerak pilu apabila mendengar suara bonda Maria. Seakan-akan dia dan bonda Maria sudah berkenalan lama.

"Insya-Allah bonda" Nyle tersenyum nipis. Kemudian dia kembali memalingkan kepalanya menghadap Aisha.

'Papa janji, akan jaga Aisha baik-baik' desis hati Nyle.

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now