BAB 39

93 17 8
                                    

"KALAU cucu nenda aje awak sayang, baguslah kalau macam tu... Taklah meroyan saya, bila awak pandang lelaki lain, sebab saya tahu... Awak sayang saya, dan tak ada lelaki lain yang awak sayang... Cuma saya seorang aje awak sayang... Kan, kan"

Nyle dah ungkap ayat tak semengah dia tu! Mulalah Nyle loyar buruk! Sampaikan Rain dah naik kutu nak berfikir.

Sampai ke situ pulak, pemikiran Nyle jauh melayang di tiup angin semerbak kicauan burung pipit dek kerana anaknya hilang!

Eh, merapu pulak!

"Errr... Macam mana boleh jadi macam ni?" Rain cuba menukar topik perbualannya dengan Nyle. Tak mesralah, jikalau topik perbualan mereka tentang hati dan perasaan! Sebab Rain, tak tahu tentang perasaannya sendiri! Hanya degupan jantungnya saja yang mengencang! Itupun, Rain tidak tahu mengapa dan kenapa ianya berlaku?!

Tetiba saja, berdegup hilang kawalan asas! Macam baru berlari maraton lagaknya! Mujur dadanya tak berombak deras, sampaikan tercungap-cungap, bagai orang kehilangan nafas!

Itu namanya over lain macam, kalau dah tercungap-cungap, macam ikan terkapai-kapai atas darat, nak cari oksigen!

Ingat, si Rain tu ikan?! Nak cari oksigen bagai!

"Saya jadi macam ni, sebab awaklah..." Kening Rain makin berlengang lengok, macam tulang belakang patah keriuk! Cuba mencerna kata-kata Nyle yang tak masuk akal! Dek pemikiran rasional dan realitinya.

Sejak bila pula si Rain yang santau Nyle sampai sakit
terlantar macam ni? Setahu Rain, dia masih waras dan tidak menggunakan khidmat bomoh untuk menyakitkan seseorang!

Itu jatuh hukum syirik namanya! Tak terlintas langsung nak buat macam tu dekat Nyle.

"Setahu saya, saya tak jampi awak?" Rain dah garu kepala yang tak berapa nak gatal! Itupun, dia garu sebab mencerna maksud ayat Nyle. Maaflah, kalau otak Rain tak berapa nak berfungsi dengan baik, untuk memproses segala ayat yang Nyle lontarkan!

"Eh, siapa kata... Awak dah jampi saya teruk tau... Tengoklah saya, sampai tak larat nak berdiri" kata-kata Nyle membuatkan Rain serius semacam. Tak lepas langsung memandang wajah Nyle.

"Saya tak jampilah! Saya masih waras okey!" Rain dah ketap bibir sendiri.

Tuduhan Nyle itu, agak menyebalkan hatinya. Nasib saja Nyle sakit! Kalau tidak, memang dah lama dia ajak lelaki itu bergusti!

Biar roboh tilam milik Nyle ini! Barulah hatinya puas. Kalau tak puas, Rain nak patahkan tulang belulang Nyle, biar lelaki itu sedar sikit!

"Yeke awak tak jampi?" Nyle dah bermain-main dengan jambang sendiri. Memandang serius wajah Rain yang polos.

"Yeee..." Jawab Rain, yang dah berpeluk tubuh memandang Nyle. Tak tahulah, apa masalah Nyle sebenarnya!

"Awak pasti?" Tanya Nyle lagi, cuba mencari kepastian yang berasas! Takut-takut Rain menanggung malu yang amat nanti!

"Pastilah..." Jawab Rain dengan nada yakin.

"Kalau awak tak jampi? Kenapa awak buat saya jatuh hati, chia chia chia!"

Terus saja berubah hati Rain menjadi mimik hati cair, kalah ais cair! Tapi hati sajalah cair, muka taklah cair sangat, sampaikan ketara depan Nyle. Maaf, Rain masih boleh kawal mimik muka. Orang kata, kena jual mahal!

Tapi rasanya, ayat manis Nyle tu terlampau hambar, dan krik krik! Sangat kerek dan krik krik!

Tapi tak tahulah? Kenapa patut Rain rasa cair semacam?!

"Cair tak?" Tanya Nyle, siap bagi satu kenyitan mata lagi. Kali ini, Rain balas dengan jelingan maut.

"Hambar, tak manis langsung... And saya langsung tak cair" nafi Rain. Sengaja dia berkata begitu, nak tengok riaksi dan respon Nyle!

Mesti Nyle meraung dalam hati, kalau tak tunjuk depan Rain pun, mesti merana punya!

"Teruknya komen" balas Nyle, tak berpuas hati dengan Rain.

Rain langsung tak senyum memandang Nyle. Pelik juga Nyle, dengan sikap Rain yang berubah-ubah selera! Sekejap baik, sekejap creppy, sekejap ketat?! Haihhhh... Pelik sungguh si Rain itu!

"Awak ni memang kurang senyum ke? Atau awak sakit?" Nyle rasa tak puas hati dengan Rain.

"Saya tak senyum bukan masalah awak, dan saya tak sakit" jawab Rain. Masih belum menayang senyuman manis kepada Nyle. Saja-saja dia tak nak senyum! Nak tengok kesabaran diri Nyle.

"Eeee... Geramnya saya dengan awak ni, rasa macam nak gigit!" Ugut Nyle, sudah beria-ia hendak menerkam Rain. Namun langkas Rain berdiri, dia mahu berada jauh dari Nyle.

"Awak ni, janganlah! Sakit-sakit macam ni, masih nak gatal juga ke?" Rain dah hentak kaki tak suka dengan perangai gatal Nyle. Suka betul mencabar dirinya! Nyle pula dah ketawa terbahak-bahak, suka benar Nyle menyakat Rain.

"Alololo... Dia merajuklah, meh abang kasi bobo, meh sini, meh" Nyle makin ligat nak menyakat Rain. Suka betul tengok Rain keras kematu, muka pun dah merah semacam.

"Hey encik abang, saya datang sini bersebab okey! Bukannya saya nak berbobo dengan awak!" Rain dah bercekak pinggang. Punyalah sakit hatinya dengan sakat menyakat Nyle itu.

"Apa salahnya..." Nyle kenyit mata lagi, Rain dah menghampiri Nyle tanpa sebarang kata lalu Rain capai bantal bulat milik Nyle, kemudian Rain memukul kepala Nyle dengan bantal yang berada di tangannya.

Nyle pula dah melindungi kepalanya menggunakan bantuan tangannya. Tak lepas juga dia ketawa mengkekeh dengan tindakan Rain.

Kalau dia dah hilang sabar, betul-betul dia terkam si Rain ini. Jadi, jangan salahkan dia kalau berlaku apa-apa pada Rain. Sebab garenti, lepas ni Rain terkedu.

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now