Bab 28

88 21 4
                                    

SAMPAI saja di hadapan rumah anak yatim Nur, Rain melakar senyuman manis.

Rasa rindu terhadap bonda Maria, kian membuak-buak. Sesibuk manapun dia, Rain tetap mengingati bonda Maria, lagipun dia sudah menganggap bonda Maria seperti ibu kandungnya sendiri.

Dan tiada istilah pilih kasih yang Rain tunjukkan kepada bonda Maria dengan mamanya, kedua-duanya sama rata saja.

Apabila anak matanya menangkap sosok tubuh bonda Maria yang sedang menyiram pokok bunga, sambil-sambil menyanyikan lagu Omar&Hana, Rain tergelak sedikit, suka benar bonda Maria, dengan kartun animasi Omar&Hana itu.

Mungkin, bonda Maria sudah terpengaruh dengan kanak-kanak yang selalu menyanyikan lagu Omar&Hana setiap kali bermain.

Semua kemudahan yang ada di rumah anak yatim Nur ini, adalah sumbangan ikhlas daripada Rain. Jikalau Rain memenangi acara besar, separuh dari hasilnya, Rain akan menyumbangkan sedekah kepada rumah anak yatim Nur itu.

Rain suka melakukan kerja-kerja amal itu. Terkadang, jikalau dia ada masa terluang, Rain akan mencari beberapa lokasi, yang terletaknya lokasi tempat tinggal penganggur, dan mulalah aktiviti amalnya memberikan makanan kepada penganggur tersebut, di bantu oleh Qisya, Akmal dan Deorelar, yang selalu menghulurkan bantuan kepadanya, tanpa perlu dipaksa akur.

Dan Rain amat bersyukur, kerana dia masih dikurniakan orang-orang yang baik di sekelilingnya. Atau... Tidak, lupakan saja tentang Deorelar! Walaupun Deorelar gila di mata Rain, namun Rain banyak terhutang budi atas jasa yang ditaburi oleh lelaki itu, yang bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar, tanpa perlu ada bayaran.

Kalau tiada Deorelar, entah baik atau tidak prestasi perlawanannya.

"Bonda..." Nada suara Rain meleret, sehingga menyebabkan impak besarnya, bonda Maria tersentak, dan menoleh ke belakang, melihat Rain yang cantik dan tinggi alah model barat itu.

"Waalaikumsalam" bonda Maria sengaja berkata sebegitu. Nak ingatkan Rain, agar lebih mesra menyapa orang dengan memberi salam terlebih dahulu. Ini tidak! Main panggil-panggil saja!

Pening-pening, kepala pening, bila nak hilang sakit kepala... Teringat pula bonda Maria dengan separuh lirik lagu si Nabil Ahmad, iklan ubat lepas Gegar Vaganza! Lepas ni, bonda pun nak mencubanya juga. Manalah tahu tagline si Nabil tu betul.

'Makan satu je dah lega!' Entah betul atau tidak tagline tu?! Ah, yang penting bonda Maria tak pening kepala pasal si Rain, itu sudah memadai.

"Hehehe, Rain lupalah bonda..." Rain terus membawa bonda Maria kepelukannya, lalu pipi mereka berdua berlaga, macam tengah buat drama hari raya. Sedangkan hari raya dah limpas sebulan lalu!

Tuk!

"Aduh bonda..." Rain mengosok-gosok kepalanya yang diketuk menggunakan hujung hose yang.dipegang kemas oleh bonda Maria.

"Lain kali ingat!" Bonda Maria dah beri amaran tegas, manakala Rain dah tersengih-sengih macam kerang busuk!

Jikalau Rain merindui bonda atau Aisha, memang selalunya Rain ke sini. Tetapi setakat beberapa hari ini, Rain dah jarang menjenguknya, walaupun sekejap. Mungkin disebabkan ketiadaan Aisha.

"Maaflah, Rain baru datang... Rain banyak kerja..." Rain seakan-akan dapat menghidu kekecewaan yang terpendam di dalam hati bonda Maria. Salah Rain juga, kerana tidak menepati masa terluang semasa cuti. Jikalau dia bisa undurkan masa, sudah tentu Rain akan menjenguk bonda Maria, siap tidur di rumah anak yatim Nur, sekali sebantal, setilam, sepeluk dengan anak-anak yatim Nur.

Dan boleh dikatakan, anak yatim Nur, adalah khas buat puteri kaum hawa sahaja, sebab itulah nama rumah anak yatim itu, Nur.

Cahaya buat kaum hawa.

"Tak apa, bonda okey aje..." Kata bonda Maria dengan nada yang tenang. Kemudian anak mata bonda jatuh kepada seorang anak istimewa, yang jauh daripada kawan-kawannya.

Sifat anak kecil itu membuatkan bonda Maria tertanya-tanya. Anak kecil yang kekurangan daya penglihatan, tidak sama seperti anak normal lain, sangat pendiam dan menyendiri orangnya.

Tidak bergaul, tidak mesra, dan bonda Maria perasan yang anak kecil itu menyimpan pelbagai kedukaan dan kesedihan yang mendalam, kerana bonda Maria pernah melihat anak kecil selingkungan umur Aisha itu menangis sebak, menyeru-terus nama ibu dan ayah tercintanya.

Hati keibuaan bonda Maria saat itu sangat tersentuh dengan esakkan kecil anak itu. Walaupun ianya esakkan kecil sahaja, namun ianya memberikan impak besar terhadap hati bonda Maria.

Anak kecil kurang daya penglihatan itu masuk dua hari lepas, dibawa oleh sepasang suami isteri, yang berpangkat makcik dan pakcik kepada gadis itu.

Mereka menyerahkan anak kecil itu begitu sahaja, tiada ungkapan 'selamat tinggal' kepada gadis malang itu, malah suami isteri itu tergelak bahagia, meninggalkan gadis kecil itu sendirian.

Dan sekarang, bonda Maria bertanggungjawab menjaga anak istimewa itu, walaupun rumah anak yatim Nur tidaklah luar biasa, namun bonda Maria akan cuba memberikan yang terbaik kepada anak kecil itu.

Dia mahu, kanak-kanak di rumah anak yatim Nur sentiasa tersenyum, ketawa dan bahagia, walaupun sebaliknya mereka mempunyai kekurangan yang serba tidak lengkap dalam hidup.

Namun itu bukanlah penghalang anak-anak itu tidak tersenyum ceria, walaupun kekurangan isi dalam kehidupan seharian, dan bonda Maria sudah menganggap anak-anak yatim itu seperti anak susuannya sendiri.

Bonda Maria, benar-benar menyayangi anak-anak yatim Nur. Jikalau tiada anak-anak itu, mungkin bonda Maria akan duduk kesedihan sendiri, kerana mengenangkan masa lampaunya.

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now