*BAB 5*

20.3K 446 5
                                    

                    بسم الله الر حمن الر حيم

HABIS sahaja sembahyang Asar aku meminta izin kat abah untuk keluar dengan kawan-kawanku sebab kami dah janji nak pergi picnic hari ni.
“Seronoklah picnic kat pantai ni!!” Sherlyn kelihatan begitu teruja.
“Betul betul betul” Raihana mengiakan persis seperti Ipin.
“Hmm ape kata nanti kita gathering lagi kat pantai. Kita BBQ!!” usul Fina.
“That’s great idea...” Sherlyn bersetuju dengan pendapat Fina.
“Ehem.” Tiba-tiba sahaja ada orang berdeham. Aku menoleh. Oh Ashraf rupanya. Masing-masing senyum apabila ternampak Ashraf. Well biasalah lelaki idaman Malaya katakan. Tak kuasa aku.
“Hai girls…you all buat apa kat sini?” Aii mamat ni tak nampak ke kitorang tengah duduk makan ni. Tengah picnic lah apa punya soalan tak munasabah langsung.
“kitorang nak release tension yelah kitakan dah habis exam, jadi kenalah buang rasa stress tu.” Jawab Raihana.
“Boleh saya join?” Tanya Ashraf.
“Boleh-boleh apa salahnya.” Jawab Syerlyn teruja. Ashraf mengambil tempat untuk duduk bersebelahan dengan aku. Aku sudah rasa kurang selesa. Memang pantang datuk nenek aku kalau lelaki bukan muhrim duduk dekat-dekat. Aku bergerak kekanan sedikit supaya ada ruang antara aku dan Ashraf.
“Hai Diya cantik awak hari ini macam selalu.” Hah jaga-jaga dengan sweet talker. Patutlah ramai perempuan tergila-gila dengan dia. Nasib baik aku tak.
“Terima kasih” jawab ku acuh tak acuh.
“Amboi Encik Ashraf kat Diya seorang je ke nak puji? Kitorang tak cantik ke?” sakat Fina.
“Korang pun cantik.” Jawab Ashraf sambil matanya curi-curi pandang aku. Ingat aku tak nampak, aku cucuk mata kau nanti padan muka.
Aku menghantar message kat abah supaya ambil aku. Aku mula rasa tak selesa dengan kehadiran Ashraf. Dari tadi asyik nak dekat-dekat dengan aku. Aku tolak nanti padan muka.
“Wei.. Diya tengah chat ngan sape tu?” Tanya Raihana sambil menaikkan kedua keningnya.
“Korang ni nak tanya lagi….dengan boyfriend lah.” Sakat Fina. Perempuan ni kalau nak sakat aku memang hobi dia.
“Hah? Diya ada Boyfriend?” Tanya Syerlyn dengan muka terkejutnya.
Aku hanya sekadar senyum tanda malas nak layan.
“Haaa….. Diya senyum……ada lah tu….” Sakat Raihana.
“Awak dah ada boyfriend ke Diya?” Tanya Ashraf memandang tepat ke arah aku.
“Korang ni dari tadi asyik tanya aku ada boyfriend ke tak tak letih ke? Baik korang makan pop corn ni lagi sedap.” Kata ku sambil memasukkan popcorn ke dalam mulutku.
“Betul ke awak ada boyfriend?” Tanya Ashraf yang masih tak mahu mengalah. Mamat ni apasal sibuk sangat nak tahu. Yang lain mula memandang Ashraf dan aku bersilih ganti.
“Betul ke?” Tanya Asraf lagi.
“Awak kalau awak jangan tanya pasal tu lagi boleh? Saya rasa awkward lah. Ok biar saya bagitau awak semua saya takde boyfriend tu tadi abah saya OK?!” jawab ku separuh marah.
“Lagi pun bercouple ni hukumnya haram tau.” sambung ku.
“Eh apsal pulak?” Tanya Syerlyn.
“Sebelum aku jawab aku nak Tanya korang. Bagi korang couple ni maksud dia apa?” soalku.
“Couple ni maksudnya sepasang kekasih saling mencintai antara satu sama lain, caring each other...” jawab Syerlyn.
“Selalunya orang couple ni buat apa?” Tanya ku lagi.
“Selalunya kan yang aku tau kalau orang couple ni dapat jalan berduaan, keluar dating, makan sama-sama aww sweetnye…” jawab Syerlyn dengan mukanya yang teruja.
“Hah dari situ kita nampak bahawa couple itu haram sebab kalau korang perhatikan dari apa yang dikatakan oleh Syerlyn tadi sebenarnya perbuatan menghampiri kepada zina.” Jawab ku.
“Apsal pulak?” Tanya Raihana yang sedari tadi hanya mendengar.
“Sebab mustahil orang bercouple ni tak pegang-pegang tangan kan? Dari apa yang kita lihat para remaja masa kini belum lagi kawin sudah gatal nak pegang-pegang. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tu kan haram. Lagi pun Allah ada berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang maksudnya ‘Dan jangan lah kamu menghampiri zina’ ” Jawab ku.
“Eh tapi diorang bukan berzina pun.” Fina yang sedari tadi diam bersuara.
“Memang diorang tak berzina tapi seperti yang aku cakap tadi perbuatan seperti berpegang-pegang tangan tu kira menghampiri zina. Mula-mula pegang tangan pastu mula lah naik sampai ada yang berpeluk-peluk tanpa rasa berdosa. Bila mereka sudah biasa berbuat sedemikian maka tak mustahil mereka akan sampai tahap melakukan maksiat seperti zina. Sedangkan dosa memegang yang antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa sebab yang munasabah pun dikira berdosa apalagi zina. Astaghfirullahal’azim semoga Allah menjauh kan kita dari segala perkara mungkar yang dimurkainya.” Terangku panjang lebar.
“Lagipun kesian tau isteri atau suami kita nanti sebab jika kita pernah kiss atau berpegang macam yang aku sebut tadi maksudnya mereka bukanlah orang yang pertama melakukan so tak lah special sangat bagi diorang. Padahal mereka ada hak keatas isteri atau suami mereka sebab halal. Kita mana tau samaada boyfriend atau girlfriend yang dengan kita masa ni jodoh kita. Jodoh tu kan terletak di tangan Tuhan.”sambungku.
“Kita mohonlah kepada Allah supaya berjodoh dengan boyfriend kita.” Jawab Syerlyn.
“Memang doa itu senjata orang Mukmin tapi jika kita melakukan maksiat dan perbuatan yang dilarang oleh Allah, rasa-rasanya Allah nak tak kabulkan doa kita? Jadi Bercinta itu tak salah Cuma Couple tu yang Haram” jawab ku.
“Kalau macam tu susahlah nak kawin” Syerlyn membuat muka sedih.
“Apa pulak susah kalau dah suka terus jelah kawin atau pun tunang.” Jawabku.
“Alaa tak bestlah sebab takkan lah baru kenal dah kawin kan couple ni proses mengenal hati budi masing2 lagi pun nanti orang yang kita suka tu kena kebas orang.”
“Jawapannya tunang sekurang-kurangnya ada ikatan supaya tak kena kebas. Kan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud ‘Tidak harus seseorang lelaki meminang pinangan saudaranya sehingga pinangan yang terdahulu itu meninggalkannya atau memberi keizinan untuk meminang.’ Dari sini ia menunjukkan bila kita bertunang dengan orang yang kita cintai maka orang lain tak boleh kacau melainkan kita sendiri yang melepaskan tunang. Dan dari segi makna tunang itu sendiri ialah proses menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan dengan suatu tujuan untuk mengahwininya. Tapi ingat kalau tunang tak bermaksud kita boleh berpegang tangan or benda2 maksiat tu sebab belum halal lagi tau.” jelas ku panjang lebar.
“Betul jugak cakap kau tu. Aku tak nak my first kiss aku ex aku. Kalau boleh first kiss aku nak dengan laki aku baru sweet.” Kata Fina berbaur gurauan.
“Ha’ah My first kiss is only for my Husband.” Syerlyn mengiakan.
“Terer lah kau Diya macam ustazah dah aku tengok kau ni.” Puji Raihana.
“Ish kau ni ada2 jelah aku Cuma menyampaikan apa yang aku tahu.”
“Kau tahu dari mana?” Tanya Fina.
“Dari ceramah Ustaz Azhar Idrus dan banyak lagilah sumber aku dapat dari internet. Bagus juga kalau kita mendengar ceramah ni dapat tambah kan ilmu selain tu dapat pahala. Internet ni sebenarnya ada faedahnya kalau kita pandai menggunakan. Contohnya mencari info tentang keugamaan.” Jelas ku.
“Jadi kalau sebagai contoh saya suka kat awak saya boleh ikat awak dengan pertunangan or kawin terus je?” Ashraf yang tadinya khusyuk mendengar tazkirah dari aku tadi mula bersuara. Dia memandang tepat ke arah aku. Semua orang memandang Ashraf dengan muka bengang.
“Hah?! Maksud awak?” aku berpura-pura tidak memahami soalan Ashraf. Aduh mamat ni rasa janggallah pula.
“Maksud saya sebagai contoh kalau saya suka kat awak saya boleh ikat awak dengan tunang supaya awak tak kena kebas or kawin?” Ashraf mengulang semula pertanyaannya tadi.
“Oh kalau sebagai contoh awak nak buat camtu yup tak salah.” Aku memberi jawapan seringkasnya sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.
“Eh rasanya abah aku dah sampailah. Ok lah korang aku gerak dulu.” Aku mengelak agar tidak ditanya soalan yang bukan-bukan dari Ashraf.

**
AKU terkejut sewaktu aku sampai rumah tadi petang Kak Efah dan Abang Lan suami Kak Efah sudah ada dirumah. Kak Efah sengaja tak nak bagitau aku dia nak balik hari ni. Yang aku terkejut lagi macam beruk pun ada juga, opah dengan atuk aku pun turut ada di rumah. Seronoknya opah dengan atuk juga ada. Yang paling seronok lagi bila Kak Efah bagitau aku yang dia dah tukar tempat kerja kat sini. So tak payahlah kak Efah balik UK lagi.
Habis selesai makan malam abah meminta kami sekeluarga untuk berkumpul di bilik tamu kecuali adik aku Adib.
“ Ni abah nak tanya ni, Isyah dah habis exam kan?”
“Ha’ah abah. Kenapa Abah ada planning nak pergi mana-mana ke masa cuti ni?” Tanya ku dengan nada ceria.
“Amboi sronok nampak haha tu yang abah panggil kamu ni.”
“Abah dah ada planning ke  abah nak pergi mana abah?” Tanya ku teruja.
“Kita bukannya nak pergi mana2...”jawab abah perlahan.
“Laa habis tu…”
“Kitorang nak pindahkan kau” jawab Kak Efah dengan muka jahat yang dibuat-buat.
“Ish apa akak ni tak suka taw” aku memuncungkan mulut.
“Isyah tau kan abah ngan ummi sayangkan Isyah.”
“kenapa abah cakap macam tu..Isyah takutlah” aku seakan hendak menangis mendengar abah aku cakap macam itu. Seperti mahu pergi tinggalkan aku sahaja.
“Ish anak ummi ni jangan lah menangis.” Ummi mengusap kepalaku.
“Tak lama lagi usia Isyah dah nak masuk 18 tahunkan? jadi abah rasa dah tiba masanya abah ngan umi lepaskan kamu.” Kata abah perlahan.
“Apa mksud abah Isyah tak faham.”soalku dengan wajah keliru.
“maksud Abah kamu tu Isyah kena kawin bila genap umur 18 tahun.” Jelas umi.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now