*Bab 29*

11.6K 331 0
                                    

  بسم الله الر حمن الر حيم

Hari ni Fina, Sherlyn dn Raihanah tak tidur kat rumah aku sebab esok Airi dah nak balik. So aku kenalah buat persiapan untuk Hubby aku yang tercinta tu. Habis sahaja menikmati makan malam aku menonton wayang kegemaranku Ombak rindu. Cerita ni memang best tak pernah pun aku rasa jemu walaupun telah diulang tayang. Aku melihat henpon ku lansung tidak ada satu text pun dari Airi. Busy sangat ke dia sampai tak text aku. Hmm aku tak lah kesah sangat kalau dia tak nak text aku kalau dia busy tapi yang aku risau janganlah dia sampai lupa makan sebab terlalu sibuk. Ni dah nak pukul 11 malam dah. Mata ku lama semakin berat hingga aku tak tahu bila aku tertutup mataku. Buka sahaja mataku aku sudah diatas katil. Tiba-tiba aku seakan dapat merasakan ada orang yang mengusap kepalaku dan mencium dahiku.

“Eh Bie? Bila bie sampai? Isyah tunggu text bie tadi satu pun takde. Bie busy ke?” soal ku kekejutan.

“Surprise! Hehe amboi bangun je dari tidur terus je Tanya bie banyak soalan.” Kata Airi sambil tangannya mengusap kepalaku. Kini kepalaku berpindah kedadanya pula. Hehe manjakan aku ni. Hehe tak kesahlah dah suami aku apa salahnya kan iye dok? :p

“Bie saja nak buat kejutan untuk Isyah tapi bila bie sampai bie Nampak Isyah dah lena tidur kat sofa. Dah macam sleeping beauty bie tengok tak sanggup bie nak kejutkan. Tu yang bie angkat Isyah naik atas bilik.” Terang Airi.

“Aww sweetnya…Isyah berat ke bie?”

“Ha’ah berat sangat entah apa yang Isyah makan selama Bie outstation.”

“Ye ke berat? Alamak kena diet ni.”

“Haha bie gurau je lah. Tak payah nak diet bagi bie Isyah gemuk ke kurus ke Isyah tetap cantik dimata bie.”

“Amboi sweet talkernya dia…” aku mencubit pipi Airi.

“Untuk sayang bie boleh jadi sweet talker professional taw.” Kata Airi sambil mencuit hidung ku. Bahagia rasanya aku ketika ini. Rasa macam mimpi pula. Eh aku tak mimpikan. Jap-jap bukan Airi sepatutnya balik esok ke? Betul ke mimpi ni?

“Bie bukan bie patut balik esok ke?”

“Ha’ah tapi bie rindukan sayang. Bie rindu sangat sampai bie tak dapat tidur sebab sayang takde. Nasib keje kat sana dah nak habis, so bie suruh Zul je sambung.” Aku memandang Airi. Betul ke aku tak mimpi. Sekali lagi aku mencubit pipinya. Airi memandang aku pelik.

“Sayang kenapa ni?”

“Isyah ingatkan Isyah mimpi sebab terlalu rindukan bie…” aku tertawa sendiri. Malu!

“Laa Isyah tak mimpilah kalau tak caya meh sini.” Airi memegang kedua belah pipi ku lalu mencium dahi ku. Kemudian kedua pipiku.

“Sekarang Isyah percaya tak ni tak mimpi?” soal Airi memandang tepat ke anak mata ku.” Aku hanya mengangguk sambil mengukir senyuman.

“Ok dah tidur dah lewat ni.”

“Isyah tak dapat tidur sebab bie kejutkan tadi.”

“Amboih…mana ada bie kejutkan Isyah yang bangun sendiri. Ok takpe biar bie dodoikan ye.” Airi mendodoikan aku dengan alunan lagu zikrillah yang merdu sehingga lama-kelamaan mata ku makin berat dan entah bila agaknya aku tertidur.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now