*BAB 23*

13.9K 338 0
                                    

                بسم الله الر حمن الر حيم

“AMBOI yang hang ni dok tersenyum2 tengok gambar tu nape? Gambar sape tu?” terkejut Airi dibuatnya apabila Ezat tiba-tiba masuk kedalam pejabatnya. Entah sejak bila pula Ezat masuk ke pejabatnya.

“Aikk baru sampai ke bro? Tak dengar pun bunyi kau tutup pintu.” Airi keheranan.

“Hmm macam mana kau nak dengar kalau dari tadi asyik menungkan orang kat dalam gambar tu. Dari tadi dah aku ketuk kau masih jugak tersenyum-senyum depan gambar tu? Gambar sapa tu bagi lah aku tengok.”

“Ni lah bini aku. Aku rindu kat dia lah Jat.” Airi menunjukkan gambar Isyah yang cantik memakai baju nikah mereka.

“Wah cantik giler bini kau ni! Untung kau Ri…kalau aku dapat bini macam ni memang tak keluar rumah aku.” puji Ezat.

“Aku kalau nak ikutkan hati aku memang tak nak datang kerja dah sebab nak tengok dia 24 jam tapi apa boleh buat kena kerja jugak kalau tak sape nak uruskan syarikat ni.”

“Nanti kau ambillah off day tak pun kau half day je…”

“Betul jugak….nantilah kalau siap segala urusan aku kat office ni kau takkan Nampak muka aku lagi kat office ni sebab aku ada kat rumah tengok bini aku.” gurau Airi.

“Pergh! Sodah lah kau. Orang kalau dah aungaukan bini fuh macam-macam je. Dah lah jom kita lunch aku belanja. Zul ngan Arsyad pun ikut sekali” Ajak Ezat.

“Alaa sorry bro hari ni tak dapat.” Airi serba salah kerana ini bukan kali pertama dia menolak ajakan Ezat. Memang jarang dia keluar lunch dengan member-membernya dulu sejak dia kahwin. Pernah lah jugak keluar dalam 3-4 kali.

“Haa…aku tau kau makan kat rumah kan. Ok lah takpe…sronok lah kau ni tak payah buang duit makanan sedia menanti kat rumah siap ada layanan bini lagi.”

“haha kalau seronok kau kawin lah cepat nak jugak aku makan nasi minyak. Tapi tekaan kau salah…kali ni aku tak makan kat rumah…”

“Hah habeh tu  kau makan dengan Marsya?!’ tembak Ezat.

“Ish ke situ pulak dia ni bukan lah…Isyah buatkan bekal untuk aku sebab hari ni dia jalan dengan kawan dia.” Terang Airi.

“Wah, bahagia hidup kau Airi dapat isteri cam Isyah. Harap-harap suatu hari nanti aku dapat bini camni. Ok dah lah aku kena gerak dulu Assalamu’alaikum.” Ezat meminta diri.

**

SELESAI melepas gian kat kedai buku aku dengan kawan-kawan aku pergi ke restoren untuk mengisi perut kami yang dari tadi berkeroncong. Habis sahaja kami memesan aku berwhatsapp dengan Airi untuk mengingati agar dia tidak lupa makan bekal. Risau jugak aku kalau dia sibuk sangat sampai lupa makan tengahari.

Isyah
Assalamu’alaikum bie jgn lupa mkn tau

Hubbyku Aie
Wa’alaikumussalam Honey bie…ye bie nak makn lh ni.
Syg pun jgn lupa mkn. I miss u syg. Sooooo much…
T.T

Isyah
Miss u too bie…love you
Ok pergi lh mkn
Assalamu’alaikum tc

Hubbyku Aie
Wa’alaikumussalam you too take care.
Love u 2 3 4 5 6….and thousand… :*

Aku tersenyum melihat balasan dari Airi.

Hubby I Love You! [Complete]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें