*BAB 6*

15.7K 426 2
                                    

                 بسم الله الر حمن الر حيم

“Apa kawin?! Tapi paa Aie baru je habis belajar. Takkan lah baru balik dari Australia terus kena suruh kawin.” Airi tidak sangka rupanya tujuan papa dan mama nya memanggil dia datang kerumah hanya nak bincangkan soal kawin.
“Im sorry Aie tapi ini lah apa yang telah di wasiatkan oleh Atuk kamu. Genap sahaja umur Isyah 18 tahun kamu kena berkahwin dengan dia.” Jelas Dato’Haji Hisyam papa Airi.
“hah? Isyah?” Tanya Airi tercengang.
“Tu nama bakal bini kamulah. Jangan risau mama dah tengok gambar dia. Dah lah cantik, ayu comel pulak tu macam 3 in one” gurau Datin  Hajah Syarifah.
“But maa she’s too young untuk kawin.”
“Yeah I know that tapi ini dah diwasiatkan oleh atuk kamu. Umur kamu pun dah memang sesuai sangat untuk kawin.” Jelas Dato’ Haji Hisyam lagi sambil mengenyitkan matanya pada satu2 nya anak terunanya yang bongsu.
“Lagi pun kahwin tu kan sunnah seperti sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya ‘Nikah itu Sunnah ku, maka sesiapa yang tidak mengerjakan sunnah ku bukanlah ia dari golongan ku. (riwayat Ibn Majah)’ dalam firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang maksudnya ‘Maka kahwinlah kamu dengan perempuan yang baik bagi kamu dua, tiga atau empat tetapi jika kamu takutkan tidak berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja.’ “sambung Dato’ Haji Hisyam.
“Terima jelah Aie akak tengok cantik betul orangnya kalau Aie tak nak melepaslah akak nak dapat adik ipar yang comel” sakat Syarinah anak sulung Dato’ Haji Hisyam dan Datin Hajah Syarifah.
“Rugi tau Aie tak nak kawin seronok tau kawin ni. Cuba tengok abang dengan Kak Inah kau ni Happy je…tak jeles ke?”Sambung Arman suami Syarinah.
“Beri Aie masa untuk pikirkan semua ni.” Kata Airi sebelum meminta izin untuk naik ke bilik tidurnya.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now