*Bab 36*

14.7K 324 0
                                    

               بسم الله الر حمن الر حيم

Sudah 3 hari Airi terlantar di atas katil hospital itu. Dia belum sedarkan diri. Airi koma disebabkan pendarahan yang banyak pada bahagian kepalanya. Isyah juga yang setia di sisinya. Isyah tak pernah putus berdoa kepada Allah agar selamatkan Airi. Dia juga selalu mengerjakan solat hajat.
“Bie kuatkanlah semangat bie untuk bangun. Isyah dan baby sentiasa tunggu bie…” rintih Isyah.
“Isyah…” tiba-tiba ada orang memegang bahunya.
“Mama…” Isyah memeluk datin Hajah Syarifah.
“Banyakkan bersabar ye nak…” Datin Hajah Syarifah mengusap belakang Isyah.
“Papa tau Isyah kuat banyakkan bersabar ye nak.” Kata Dato’ Haji Hisyam pula.
“Terima Kasih maa…paa…”
“Mama dan papa bila sampai?” soal Isyah meleraikan pelukan.
“Baru tadi petang. Kak Inah bagitau mama yang kamu dan Airi ada kat hospital tu yang kami terus datang sini.” Terang datin hajah Syarifah.
“Oh…Kak Inah dan abang Man baru je balik tadi. Maaflah maa…paa sebab lupa nak bagitau pasal Aie…dan sebab risaukan mama ngan papa” ucap Isyah sayu.
“Takpe kami faham…lagipun kamu kan sakit…” jawab Dato’ Haji Hisyam. Datin Hajah Syarifah pula mengusap bahu anak menantu kesayangannya itu.
“Isyah dah makan? Mama sempat belikan Isyah bubur tepung pulut. Mama dengar Isyah sejak berbadan dua ni selalu mengidam bubur tepung pulut…” kata Datin hajah Syarifah sambil tersenyum. Isyah hanya tersengih lemah.
“Isyah makan ye? Isyah kena jaga kesihatan Isyah. Kesian baby kat dalam perut tu.” Pujuk Datin hajah Syarifah. Isyah mengangguk lemah sambil menayangkan senyumannya.
**
Datin hajah Syarifah dan Dato’ haji Hisyam dah lama balik. Ramai juga orang yang datang menziarahi Airi bersilih ganti. Sama macam semasa Isyah masih di tahankan. Ramai juga sahabatnya yang datang melawatnya. Habis sahaja solat Isyak Isyah terus mengerjakan solat sunat Hajat. Setelah itu dia tidak pernah tinggalkan Airi.
“Ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku mohon pada Mu Ya Allah kasihanilah aku. Aku tak sanggup kehilangan suamiku aku perlukan dia disisiku Ya Allah. Anak ku juga perlukan kasih sayang ayahnya Ya Allah. Aku mohon kepada Mu Ya Allah tolong selamatkanlah suami ku Ya Allah. Hanya pada Mu saja lah tempat kami mengadu dan hanya Engkau lah yang kami sembah.” Doa Isyah. Isyah memegang tangan Airi. Hiba rasa hatinya melihat keadaan Airi ketika itu. Dia rindukan belaian Airi, senyuman Airi, usikan Airi segalanya tentang Airi. Tiba-tiba jari Airi bergerak-gerak. Isyah terkejut.
“Bie??” panggil Isyah. Kali ini Isyah Nampak mulut Airi bergerak seakan dia mengatakan sesuatu.
“Doktor…” Isyah berlari mendapatkan bantuan.
“Alhamdulillah….” Ucap Isyah gembira. Dia bersyukur doanya di makbulkan.
“Alhamdulillah suami cik dah sedar. Tapi dia perlukan rehat kerana keadaannya belum cukup stabil.” Pesan doktor itu.
“Terima kasih doktor.” Isyah terus mendapatkan Airi. dia tersenyum melihat Airi sambil menggenggam tangan suami yang tercinta itu.
“Sayang…” panggil Airi perlahan.
“Ye bie…ni Isyah….” Air mata Isyah mengalir lagi. Tapi kali ini air matanya itu adalah air mata gembira. Dia bersyukur kerana Allah Maha Mendengar telah memakbulkan permintaannya.
“Sayang are you ok? Baby kita macam mana? I’m sorry bie terpaksa tolak Isyah.” Kata Airi tersekat-sekat.
“Shhhh…bie…bie tak payah lah pikir pasal tu…bie kan baru sedar. Bie mesti banyakkan rehat. Don’t worry everything is ok. Isyah ok baby kita pun ok. Isyah faham kenapa bie buat macam tu. Bie rehat ye…Isyah nak telfon mama ngan papa…” Kata Isyah menenangkan Airi. Airi hanya mengangguk sambil menayangkan senyumannya yang lemah.
**
Hari ini Airi dibenarkan pulang. Keadaannya juga sudah cukup stabil. Isyah menolong Airi mengemaskan pakaiannya. Dia cukup bersemangat hari tu. Airi dari tadi merenung isterinya itu. Suka betul dia melihat gelagat isterinya. Isyah perasan akan Airi yang asyik memerhatinya itu tersenyum.
“Bie…janganlah pandang Isyah lama-lama nanti tembus muka Isyah.” Gurau Isyah. Airi tergelak kecil mendengar gurauan Isyah. Dia mengajak Isyah agar duduk disisinya. Isyah hanya menurut.
“Sayang…thanks…” kata Airi lalu mengucup dahi Isyah.
“Thanks untuk apa?” soal Isyah pelik.
“Thanks for everything…”
“Bie…apa-apa pun kita patut bersyukur kepada Allah…” Airi mengangguk. Dia tersenyum senang.
“Ok lah dah siap…jom kita balik…tak sabar nak tengok rumah…tak sabar juga nak manja-manja ngan cayang…” Airi tersenyum nakal.
“Eii nakal…” Isyah jeling manja.
“Mmm…bie sebelum kita balik kita lawat Marsya ye…” pinta Isyah. Airi mengangguk sambil mengusap kepala Isyah.

Marsya telah ditempatkan di sebuah bilik yang khas di hospital bahagia. Dia di sahkan mengidap gangguan jiwa selepas sedar dari pengsan akibat terlebih makan pil penenang. Dari luar seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50 sedang memerhatinya. Hatinya begitu sayu melihat satu-satu anaknya kini keadaannya tidak terurus. Air matanya mengalir.
“Assalamu’alaikum Auntie…” sapa Isyah. Datin marizah menoleh. Dia tersenyum lemah melihat Isyah dan Airi.
“Wa’alaikumussalam.” Jawabnya lemah. Isyah memeluk datin Marizah. Datin Marizah turut membalas pelukan Isyah.
“Auntie minta maaf kat kamu berdua dari pihak Marsya. Tolong maafkan dia ye.” Kata Datin Marizah sambil meleraikan pelukannya.
“Kami dah lama maafkan dia. Auntie janganlah putus asa. Kita sama-samalah berdoa semoga Marsya cepat  sembuh seperti sedia kala. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya yang dalam kesulitan.” Pujuk Isyah.
“Terima kasih….” Ucap Datin Marizah sambil memandang dua anak muda itu. Airi dan Isyah memberikan senyuman yang ikhlas kepada datin Marizah.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now