*Bab 30*

12.6K 329 10
                                    

   بسم الله الر حمن الر حيم

Airi kelihatan begitu gelisah. Dia bingung patut kah dia bagitahu kepada Isyah sebab kenapa dia balik awal semalam.

“Bro! termenung jauh nampak.”

“Eh Jat bila kau sampai?”

“Amboih kau ni sejak kahwin asyik berangan je kerja kau. Aku dari tadi dah sampai nak dekat 10 minit aku duduk kat sini tengok kau berangan.”

“Laa kenapa kau tak bagi salam.”

“Ewah…aku bagi salam dah pun kau tu yang asyik teringatkan bini kau.”

“Eh yeke? Sorry. Wa’alaikumussalam.”

“Eh secretary kau takde ke? Sebab aku tengok tadi macam orang baru.” Soal Ezat.

“Ha’ah dia minta cuti. Eh macam mana kau boleh tau aku balik awal?”

“Zul yang bagitau kat aku. Apsal kau balik awal?” soal Ezat pula.

“Oh sebab…sebab...kerja kat sana dah hampir siap jadi aku suruh Zul je uruskan. Takut kalau lama sangat aku kat sana kerja sini pula berlambak-lambak.” Jawab Airi teragak-agak.

“Bro kau ada masalah eh? Aku tengok muka kau pun macam ada masalah je?” Ezat seakan dapat menghidu suatu yang tak kena dengan Airi.

“Eh takdelah aku ok je.” nafi Airi.

“Kau jangan nak tipu aku lah. Kitakan dah lama kenal aku tau lah kalau kau ada masalah.”

“Takde apa-apa lah. Cuma hari tu Marsya buat kecoh kat restoren. Tapi jangan risau semua ok.”

“Eh macam mana dia tau kau ada kat sana?”

“Manalah aku tau. Mungkin dia kebetulan je kut.”

“Apa jadi?”

“Dia tak nak percaya yang aku dah kawin. Aku dah tunjukkan dah cincin dan gambar kawin aku tapi dia tetap tak nak percaya.”

“Eh tak tau malu betul lah dia tu. Tak kan lah nak kacau suami orang pulak. Tapi macam kesian jugak dia tu tak dapat terima kenyataan. Mungkin sebab dia lama memendam rasa kut. Dari dulu dah dia suka kat kau. Kau je buat derk.”

“Entah lah Jat malas aku nak pikirkan. Eh jom keluar makan aku lapar lah…don’t worry aku belanja.”

“Ha’ah bagus bunyinya tu! Kalau kau belanja aku on je.”

**

“Sayang, bie dengar keputusan A’level dah keluar.” Kata Airi sebaik sahaja melabuhkan punggungnya sebelahku. Aku lentokkan kepalaku ke dadanya.

“Ha’ah tadi kawan Isyah ada bagitau.” Aku sebenarnya gemuruh bila bercakap tentang result aku. apa yang aku dapat eh. Tawakkal je lah.

“Sayang dah check ke?” soal Airi.

“Belum.” Jawab ku sepatah.

“Sayang nak bie check kan tak?” aku mendongak memandang Airi yang kini tengah tersenyum sambil menaikkan kedua keningnya.

“Isyah takutlah bie…”

“Nak takut apa…Isyah kan dah ikhtiar dan berusaha….so sekarang Isyah hanya perlu tawakkal. Lagipun isteri Bie ni kan pelajar cermelang” Airi mengusap kepalaku dan mencium ubun-ubunku. Aku hanya membiarkannya seketika. Rasa aman sangat.

“Bie nak checkkan ke?” soal ku.

“Boleh…betul ni?” aku diam seketika lalu mengangguk.

“Kejap eh.” Airi mengambil gadjetnya dan menaip sesuatu. Aku hanya menjadi pemerhati. Rasa debar ku semakin terasa. Ya Allah aku bertawakkal kepada Mu.

“Sayang bie harap sayang dapat bersabar. Bie pasti sebelum ni sayang pun banyak berusaha dalam pembelajaran sayang. Tapi segalanya adalah ketentuan Allah bie harap sayang sabar ye dengan apa yang akan bie cakap ni.” Aku hanya mengangguk. Debar dia dadaku semakin menjadi-jadi bila Airi cakap macam tu. Ya Allah apa pun yang bakal ku dengar ini aku redha Ya Allah jika ini ketentuan Mu.

“Sayang…..” Airi memandangku. Aku memandang Airi dengan wajah yang menantikan apa yang bakal keluar dari mulutnya.

“Alhamdulillah…CONGRATULATION sayang you got straight A’s!!” aku seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Airi.

“Betul ke apa yang bie cakap ni?” aku masih tidak percaya.

“Betul…kalau tak percaya tengok ni.” Aku melihat keputusanku yang dipaparkan dalam screen gadjet Airi.

“Math A…Chemistry A…Physic A… general paper…A!! Alhamdulillah…” aku bersyukur kepada Allah kerana doaku di makbulkan. Tak sia-sia aku berdoa.

“Congrates sayang…” Airi mencium dahi ku.

“Thanks bie…” kata ku memeluk Airi.

“So bila Isyah nak ambik result?”

Maybe esok Isyah ambik half day so esok kut.”

“Ok kalau macam tu bie yang hantar eh.”

“Eh tak payah bie kan keje…Isyah ikut Fina je lah.”

“Takpe esok bie ambik half day. Demi Isteri bie yang cantik dan pintar ni bie sanggup ambk half day.”

“Thanks bie.”

“Kena telefon abah ngan umi. Tak lupa juga papa ngan mama.” Airi mendail nombor abah. Aku berasa bahagia sangat ketika ini. Semoga kebahagian ini berkekalan. Amin…

Hubby I Love You! [Complete]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum