*BAB 27*

12.1K 291 0
                                    

                 بسم الله الر حمن الرحيم

Iqbal tekun melihat Isyah yang dari tadi tidak pernah jemu melayan karenah kanak-kanak itu. Tidak tahu mengapa pertama kali melihat wajah Isyah hatinya berasa begitu tenang melihat wajah Isyah yang polos itu.

‘Sweet ada ciri-ciri jadi ibu dan isteri yang mithalih.’ Bisik hati Iqbal.

“Cikgu Iqbal…cikgu Iqbal saya nak pergi tandas.” Kata budak lelaki berumur 7 tahun itu. Tetapi Iqbal masih lagi di dalam angannya.

“Cikgu Iqbal…”kini budak lelaki itu menggoncangkan tangan Iqbal.

“Eh Akil…kenapa Akil?” Tanya Iqbal apabila sedar dari angannya.

“Aaaa…cikgu Iqbal usha cikgu Diya eh…” kata Akil dengan gayanya yang mensyakk sesuatu. Terkejut Iqbal kerana tidak menyangka rupanya budak itu tahu yang dia tengah memerhatikan Isyah.

“Eh takdelah cikgu tengah tengok kawan-kawan Akil.” Nafi Iqbal.

“Cikgu suka cikgu Diya eh?” soal budak itu. Menggelabah Iqbal jadinya apabila disoal sebegitu. Soalan cepumas tu!

“Aaa…mestilah cikgu suka cikgu Diya kalau cikgu tak suka maksudnya cikgu benci. Kitakan tak boleh benci orang.” Jawab Iqbal.

“Ah kamu ni asyik nak Tanya cikgu kamu tadi sebenarnya nak apa?” soal Iqbal.

“Saya nak pergi tandas…tapi cikgu Iqbal tak dengar tadi.”kata budak lelaki itu jujur.

“Hehe cikgu minta maaf ye Akil. Ok jom cikgu temankan Akil pergi tandas.” Pujuk Iqbal.

Lonceng menandakan waktu persekolahan telah pun tamat. Isyah duduk seorang diri di pondok berdekatan dengan tempat letak kereta guru-guru sementara menunggu Fina keluar dan kawan-kawannya yang lain keluar. Iqbal yang baru sahaja hendak masuk ke keretanya ternampak Isyah sedang bersendirian di pondok itu.

“Awak belum balik ke?” soal Iqbal.

“Eh cikgu Iqbal ni kalau lah saya dah balik habis tu sape dengan cikgu cakap masa ni.” Perli Isyah berbaur gurauan.

“Eh betul jugak.” Iqbal menggaru kepalanya yang tak gatal kerana malu. Sebenarnya dia tak tahu nak bualkan topic apa dengan Isyah. Apa yang dia mahu ialah untuk mengenali Isyah lebih dalam.

“Ermm saya nak balik ni kalau awak nak jom lah tumpang kereta saya.” Ajak Iqbal.

“Oh takpe terima kasih Cikgu Iqbal tapi saya tunggu kawan-kawan saya. Saya tumpang mereka.”

“Eh tak payah lah formal sangat nak bercikgu dengan saya panggil je Iqbal. Takpelah kalau macam tu. Ermm Diya awak free tak malam ni?”

“Err rasanya tak kot sebab saya ada janji dengan kawan saya. Sorry…”

“Oh takpe lah ingat saya nak ajak tengok wayang sebab saya dengar ada wayang baru malam ni. Biasalah hidup bujang ni takde yang teman.”

“Awak ajak lah kawan-kawan awak.”

“Betul jugak. Ok lah saya gerak dulu.” Iqbal meminta diri untuk pulang. Tidak lama selepas itu barulah Fina dan yang lain keluar.

“Woish amboi hensemnya cikgu Iqbal tu…kalau Airi Nampak confirm merajuk.” Usik Fina.

“Ish buat apa nak jeles dia tu cikgu yang mengajar kelas yang aku jaga. Hah awat hangpa lambat?” soal Isyah.

“Ehehe sorry tadi cikgu Siti sempat suruh kami bawa kuih-kuih lebih tadi.” Jawab Sherlyn.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now