*BAB 9*

15.4K 415 0
                                    

             بسم الله الر حمن الر حيم

Selesai saja menolong uminya memasak tadi Isyah terus membersihkan diri.
Umi ni siap suruh aku pakai baju kurung merah jambu ni pulak. Haih ape2 jelah nanti tak pakai karang merajuk pula umi aku tu.’ Isyah melihat dirinya dalam cermin.

“Akak your future Family dah sampai!” Tiba-tiba Adib muncul mengejutkan Isyah dengan menguak pintu dengan luas .

“Ish Adib ni tak reti bagi salam ke.” Tegur Isyah.

“Hehe Assalamu’alaikum.Hah apa lagi kak turunlah bakal laki hang dah sampai.” Seloroh Adib.

‘Menggelabah juga aku jadinya. Tengok kat cermin dulu nanti tak pasal2 ada taik mata buat malu abah ngan umi je.’ Desis hati Isyah.

“Hah tu dia baru turun tuan puteri ni. Mari sini Isyah salam Datin bakal mak metua kamu.”baru sahaja Isyah ingin menapakkan kakinya ke dapur Hajah Salmah umi Isyah memanggilnya.

“Amboi cantiknya comel loteh anak kamu ni” Puji Datin Hajah Syarifah.

‘Amboi siap kena cubit pipi aku yang tembam ni.’ Isyah hanya tertawa dalam hati. Kembang hatinya kena puji cantik.

“Assalamualaikum Datin, Dato’.”

“Aih apa pulak panggil Datin. Panggil mama dan papa.” Pinta Dato’ Hisyam.

‘Wah bagi green light Nampak Dato’. Nak sangat bermenantukan saya yang sederhana ni. Bapa aku ni bukannya orang kaya sangat. Tok imam je lepas bersara dari pegawai Askar.’Isyah bermonolog di dalam hati.

“Oh maaf,mmama ppapa” segan rasa Isyah memanggil mereka dengan gelaran itu.

“Hah camtulah. Isyahkan tk lama lagi jadi anak menantu mama dan papa jadi kena biasakan diri dengan gelaran tu.” Sambung Datin Hajah Syarifah.

‘Manis betul datin montel ni senyum. Comel juga bakal mak mentua aku nikan hihik.’ Desis hati Isyah.

“Emm umi, abah, papa, mama,Isyah masuk dapur dulu ye nak buatkan minuman.” Isyah meminta diri. Mereka yang lain hanya mengangguk.

“Mana Airi datin?” Tanya Hajah Salmah.

“Airi ada tu kat luar tengah angkat barang agaknya. Tadi kami ada belikan buah-buahan sedikit.” Jelas Datin Syarifah.

“Eh buat susah2 je.”

“Takpe bukan selalu.”

“Assalamualaikum” tiba2 muncul seorang pemuda yang tampan dengan menjinjing beg plastic ditangannya.

“Wa’alaikumussalam. Wah dah besar dah anak teruna ni. Dulu pakcik tengok kamu kecik sekarang bukan main hensom.” Jenaka Haji Othman.

“Haha saya tengok pakcik semakin muda pulak” gurau Airi sambil berpeluk dengan Hajii Othman. Meletus ketawa mereka.

“Barang ni mana nak simpan?” Tanya Airi kemudian.

“Bagi je kat Isyah dia ada kat dapur tu.” Kata Hajah Salmah atau dikenali sebagai Mak Jah.

Airi terus meminta diri untuk ke dapur. Dia ternampak seorang perempuan sedang membasuh sesuatu di singki.

‘Mungkin ni Isyah’ desis hati Airi. Dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu sebab perempuan tersebut membelakanginya. Airi menghampirinya lalu menyapa.

“Assalamualaikum” tegur Airi.

“Wa’alaikumussalam” perempuan itu menoleh.

“Awak?!” serentak mereka terkejut.

“Apa awak buat kat rumah abah saya ni?” Tanya Isyah.

“Saya Cuma ikut mama saya jumpa bakal istri saya” jelas Airi tanpa dalih.

“Hah! What?! Takkan lah awak Airi?” jelas sangat muka Isyah pada ketika itu sangat terkejut.

“Awak Isyah!?” Tanya Airi tanpa menjawab petanyaan Isyah.

“Oh Allah. Please tell me this is only just a dream.” Isyah rasa macam hendak pengsan sahaja ketika itu.

**
Selesai sahaja makan malam umi dengan abah memanggilku untuk berkumpul di ruang tamu. Macam ahli permesyuaratan je. Dato, Datin dan Airi masih belum balik sebab nak berbincang tentang majlis kawin aku dengan Airi.
“Jadi kami semua dah sepakat nak mengadakan majlis kawin kamu awal bulan 12 ni terus sambut hari jadi Isyah yang ke 18 tahun” hah biar betul abah ni. Bermakna lagi 4 hari tu.
“Mmm Abah tak terlalu awal ke? Lagi pun mana sempat nak buat persiapan.” Aku memujuk abah.
“Hah yang tu Isyah ngan Aie tak perlu risau biar mama yang uruskan. Segala persiapan mama akan uruskan. Kamu hanya perlu kawin.” Aduh Datin masalahnya saya belum ready nak kawin. Im too young. Memang menangis tk berlagu aku lepas ni. Ish si Airi ni diam pula. Macam aku pula jadi ahli pembangkang.
“Jadi kira jadilah ye.” Jelas tepancar wajah ceria umi. Umi nak sangat ke aku kawin dengan mamat poyo ni. Huuu~ sedih.
“Apa kata esok Aie dengan Isyah pergi tengok cincin. Isyahkan dah cuti jadi boleh kamu beli cincin esok.” Cadang papa.
Aie?? Amboi Airi ni ade nama manje jugak buu~ tak macho weii hehe tp comel. Ep ep.. Isyah…ingat2
“Hah betul tu pagi esok kamu pergi cari cincin. Boleh kan Airi?” Mama mengiakan.
“Mmm boleh.” Jawab Airi antara dengar dan tidak. Poyo betullah mamat ni. Kan bagus kalau dia cakap dia busy ke dating ngan awek dia ke… Eh dia ade aweks ke? Awek dia tak marah ke kalau dia kawin ngan aku? Hmm baru aku terpikir. Takpe2 Isyah esok ko tanye dia.
**

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now