*BAB 20*

15.9K 401 2
                                    

                 بسم الله الر حمن الر حيم

Seperti biasa kalau Airi nak pergi pejabat aku akan menghantarnya sampai kemuka pintu. Yelah kata ummi kalau nak jadi isteri yang mithalih mesti pandai jaga hati suami. Tiba-tiba Airi menghulurkan tangannya padaku. Aii dah buang tabiat ke apa laki aku ni? Dia nak suruh aku check tangan dia kotor ke tak ke? Aku hanya memandangnya dengan penuh kehairanan.
“Erm awak tak nak salam suami awak ke?” kata Airi teragak-agak. Heran bin pelik betul laki aku pagi ni tak pernah pun dia mintak aku salam dia. Selama ni aku pergi hantar cakap selamat jalan pun dah cukup. Aku hanya menurut sahaja kehendaknya nanti kalau tak takut merajuk pulak. Eh Airi pernah merajuk kat aku ke? Rasanya tak pernah kot aku je yang selalu merajuk hoho. Habis sahaja aku mencium tangannya kini dia menunjukkan pipinya. Apa yang dia nak sebenarnya ni?! Pening kepala aku dengan tabiat baru mamat ni. Sekali lagi aku buat muka bengangku.
“Nak kiss kat sini…”kata Airi malu-malu. Huhu…eleh muka dia pun merah nak kiss sana konon. Dia sendiri pun malu.
“Awak ni mengadalah tengok tu muka awak dah merah. Tak payah lah awak sendiri yang malu.” Jawap ku dengan senyuman sinis.
“Eh manade. Cepatlah nanti saya lambat pulak.” Pinta Airi dengan nada merajuk.
“Ish buang tabiat apa awak ni. Tak nak lah.” Kataku sambil berpeluk tubuh.
Tiba-tiba… chupAiri menghadiahkan satu kucupan di pipiku dan hampir sahaja mengenakan bibirku. Kuang asom punya mamat sengal. Aku memandang Airi dengan muka ku yang masih terkejut.
“Assalamu’alaikum saya jalan dulu take care sayang.” Airi keluar sambil mengenyitkan mata padaku.
Wait the minutedid he just now called me SAYANG?! Memang sah laki aku ni tengah demam. Entah apa penyakit pelik dia melanda pagi-pagi ni. Pedas sangat kot sambal ayam penyet semalam tu sebab tu dia act camtu. Tak pasal-pasal encik jantungku dan encik hati ku berpakat melagukan irama dangdut. Airi…Airi arrhh..malas nak pikirkan baik aku kemas-kemas rumah lagi bagus.
Sedang aku asyik membasuh segala peralatan bekas aku membuat cup cake tadi tiba-tiba telfon bimbitku menjerit minta di jawab. Haih sape pulak yang telfon ni.
“Assalamu’alaikum Diyaaa!!” ya Allah boleh pekak aku jadinya kalau dia telfon aku hari-hari.
“Wa’alaikumussalam Ya Allah Sher kau tak payahlah nak terjerit-jerit boleh terlondeh taik telinga aku jadinya.” Marahku di selitkan dengan gurauan.
“Hehehe sorrylah. Ni aku nak ajak kau pergi kedai buku kau nak tak Hana ngan Fina pun join skali. Kau camne?” ajak Sherlyn. Aduh aku kena tanya kat Airi dulu dia izin kan ke tidak.
“Tengoklah kalau aku rajin. Nanti aku sound-sound kat kau eh.” Aku terus menekan red button. Telfon Airi kejap.
“Assalamu’alaikum awak…saya nak keluar sekejap boleh? Saya nak pergi kat kedai buku ngan kawan saya.”
“Wa’alaikumussalam ok…kalau awak nak beli apa-apa awak pakai jelah kad visa yang saya bagi hari tu. Ok saya kena sambung drive ni. Tadi saya berhenti kat tepi jalan untuk jawab panggilan awak nanti lambat pulak saya kat pejabat yelah sebab rindu dengar suara awak.” Gurau Airi.
“Awak ni ada-ada jelah… awak demam eh nanti saya sumbat penadol kat awak bila awak balik nanti. Dah lah cepat pergi kat office kerja menanti. Take care Assalamu’alaikum.” Aku terus menamatkan perbualan kami. Wait…aku cakap ‘take care’ kat dia ke tadi? Ahh biarlah bukan apa pun baik aku whatsapp Sherlyn bagitau aku nak join diorang buang stress kat kedai buku. Buku novel aku pun belum updated bulan ni.
Kedai buku
“wah banyaknya novel keluaran baru.” Aku begitu teruja melihat buku-buku novel yang tersusun rapi pada rak yang ada di kedai buku tu. Entah sejak aku kawin jarang kot aku lepak kat kedai buku ni slalunya kat supermarket atau pun rumah kalau ada masa kat rumah abah. Yelah dah jadi isteri orangkan kenalah pandai jaga imej laki.
“Hah tu lah kau dah berapa lah kau tak keluar jalan-jalan. Apa saja yang kau buat masa cuti ni?” Tanya Raihana.
“Ha’ah kalau kitorang ajak ada saja alasan kau. Confirm kau ni dah jadi suri rumah ni.” Gurau Sherlyn yang sememangnya tepat mengena kat lobang hidung aku.
“Aish kau ni ada-ada jelah..” jawab ku samba ketawa yang di buat-buat untuk menutup rasa gelisah.
“Ehem” tiba-tiba ada orang berdeham di belakang ku. Suara dia garau, lelaki ke?
“Assalamu’alaikum hai girls.” Sapa suara tu. Aku menoleh kebelakang.
“Wa’alaikumussalam…eh awak Ashraf.” Jawabku. Hmm patutlah diorang bertiga ni tersenyum kambing rupanya sebab nampak Ashraf. Gatai…
“Korang buat apa kat sini?” Tanya Ashraf dengan menayangkan senyumannya yang selalu mencairkan hati perempuan yang melihatnya tapi sorry aku tak pernah cair ok. Diorang je selalu bagitau kat aku yang Ashraf ni kalau dia senyum semua perempuan cair.
“Eh kau tak nampak ke kitorang tengah buat kueh kat sini?” gurau ku separuh memperli. Mamat ni selalu tanya soalan yang jelas dia sendiri tahu jawapannya. Ashraf ketawa senang.
“Awak ni Diya masih lagi suka berguraukan comel lah.”Puji Ashraf.
“Amboih encik Ashraf Diya sorang saja ke yang comel kami bertiga ni?” sakat Fina.
“Haha korang pun comel. Emm lepas ni saya nak ke Gloria Jean kalau tak keberatan jom lah saya belanja korang makan.” Ajak Ashraf.
“Emm saya rasa saya tak dapat sebab ada hal sikit korang je lah.” Aku menolak pelawaan Ashraf. Aku bukannya sombong Cuma aku takut nanti tak sempat pulak aku masakkan untuk Airi ni dah pukul berapa. Tak pasal-pasal kebulur pulak laki aku tu kang.
“Alah...c’mon lah Diya…kesian tau Ashraf. Ada saja alasan kau tolak perlawaan dia. Sekali ni je please kitorang pun nak jugak Ashraf belanja bukan selalu…hehe.” Raihana memujukku dengan sengehannya meleret. Hmmm macam mana ni. Aku tak nak lah pulak kawan-kawan aku ni kecik hati. Takpelah nanti pandai-pandailah aku tapaukan Airi makanan kat warung. Huhu kesian kau hari ni Airi terpaksalah kau makan makanan warung. Takpe lain kali aku masakkan kau makanan special untuk kau.
“Ok lah.” Semua tersenyum gembira mendengar jawapanku terutamanya Ashraf.

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now