02

1.6K 231 92
                                    

Yoongi mempercepatkan langkahnya menuju ke keretanya . Setelah memasuki kereta , penghawa dingin dibuka . Kepalanya disandarkan seketika . Kata - kata Jimin sebentar tadi diingat kembali .

" Yoongi , kalau kau ada girlfriend aku rasa Mama kau mesti bagi kau buat haluan kau sendiri . Selagi kau sendiri macam ni , Mama kau akan masih ingat kau masih kecil . Mungkin sebab dia rasa kalau kau masih sendiri , kau masih tanggungan dia . "

Lain la kalau kau dah ada cinta hati sendiri . Mesti Mama fikir kau dah matang sebab boleh terima orang lain dalam hidup kau '

" Keputusan dekat tangan kau , Yoongi . Aku kawan kau ni bagi cadangan dan nasihat je . Apa - apa pun fikir dahulu sebelum buat keputusan , okay ? "

Yoongi menarik nafas sedalam yang mungkin . Kata - kata Jimin yang terngiang - ngiang itu cuba dilupakan . Bukan bermaksud dia tidak mahu mendengar nasihat orang lain atau keras kepala tetapi masalahnya

wanita .

Serik . Itulah ungkapan yang mampu mengukapkan segala perasaan Yoongi . Kisah silamnya begitu menghantuinya . Sejak daripada peristiwa itu , semua wanita dianggap sama sahaja .

' girlfriend ? Tch ! Lain kali jela aku fikir '

•  •  •  •  •

" Yoongi , come here ! We need to talk  " Yoongi yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah terdiam seketika . Jarang sekali Mamanya hendak bertegas begitu . Apatah lagi menggunakan suara yang lantang kepadanya .

anak Mama katanya .

" What's wrong , Ma . Yoongi ada buat apa - apa  ke ? " Yoonji yang duduk disebelah Mamanya hanya mendiamkan dirinya . Mungkin takut akan kelantangan suara Mama . Yoongi melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan Mamanya .

Puan Min memandang anak lelakinya tanpa berkedip . Dia menarik nafas sedalam - dalamnya . Mengumpul segala tenaga untuk berkata - kata sebentar lagi .

" Min Yoongi ! Mama suruh kamu belikan Mama bra keluaran terbaru tu kan . Mana ?! " melopong mulut Yoongi dan Yoonji setelah mendengar setiap butir kata - kata yang diucapkan oleh Mamanya .

Semata - mata sebab bra je ?

Yoonji menepuk dahinya perlahan . Fikirkan tadi Mamanya hendak memarahi Yoongi kerana hal penting . Rupanya lain pula yang terjadi . Yoongi yang dihadapannya dilihat sedang memicit kepalanya .


Yoongi 's

Aku tak sangka pula Mama panggil aku garang tadi semata - mata sebab dia punya barang peribadi . Aku pun bijak sangat sampai boleh lupa nak belikan . Eh kejap -

Sejak bila pula aku berani nak belikan barang wanita ni ?

Mama yang berada di hadapan aku dipandang lama . Akhirnya aku menghela nafas berat . Nasib Mama ni aku sayang kalau tidak dah lama aku biarkan je perangai Mama ni .

" Ma , takkan hal bra tempoh hari Mama masih ingat . Mama pun tahu kan Yoongi macam mana . Yoongi tak nak ikut kata - kata Mama yang ini . Maaf " aku yang baru mula melangkah menaiki tangga terbantut tatkala Mama memarahi aku .

" Sejak bila kamu pandai melawan ni , Yoongi . Selama ini kamu elok je . Eh kamu kena ingat ye , boxer kamu tu - "

" Ma , enough ! Sampai bila Mama nak aturkan Yoongi punya hal barang peribadi . Ma , i'm 23 years old now so stop thinking i'm still 5 years old ! "

Entah mengapa setiap kali Mama membangkitkan hal barang peribadi aku mesti nak naik angin . Bukan niat aku nak jadi anak derhaka tetapi hal ini sudah lama dibiarkan jadi kalau dibiarkan lama lagi mungkin boleh terbuka aib aku dengan orang lain .

Mungkin jiran aku ?

Aku terus menaiki tangga dan menuju ke bilik . Mama yang terdiam aku biarkan . Aku buat begini pun bersebab . Aku harap sangat Mama akan memahami aku .


no one 's


" Ma , sekarang Mama puas hati hm ? Sudah - sudah la tu Mama kawal segala hal kehidupan abang . Yoonji bukan nak menyokong abang tapi kalau Yoonji dekat tempat abang pun mungkin Yoonji buat pekara yang sama . "

" Mama fikirkan la dulu . Yoonji naik tidur dulu . Bye my lovely Mama " pipi Puan Min dikucup sebentar oleh Yoonji sebelum bayangan gadis kecil itu hilang dari pandangannya .

' I'm sorry , Yoongi . Mama tak mahu kamu jadi seperti abang sulung kamu '


























YOONGI ADA ABANG ? Next chapter . . . . .

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now