15

747 108 50
                                    

Yoongi menatap lama telefon bimbit miliknya . Aplikasi whatsapp yang dibuka hanya ditatap lama . Nombor Hana yang telah disimpan hanya ditatap lama .

' Nak call ke tak eh ? Nak chat ke taknak ? '

Lama dia memikirkan hal itu . Dirinya sendiri ragu - ragu untuk menelefon gadis itu apatah lagi hendak chat bersama . Tiba - tiba satu pemberitahuan masuk ke dalam telefon Yoongi . Membulat mata Yoongi apabila mengetahui Hana yang memulakan chat mereka .

Lega sedikit hati Yoongi melihat Hana menghantar mesej kepadanya . Bukan apa , senang untuknya agar tidak runsing memikirkan hal mahu call atau chat gadis itu .

______________________________________

Hana hahahanat

Yoongi , aku setuju nak kahwin dengan kau .

aku nak kau jumpa aku esok . Dekat tempat biasa . Pastikan kau selamat menutupi wajah kau yang tak berapa nak siap tu .

Aku tahu mesti kau dah jumpa abang aku kan ? That's why aku suruh kau tutup muka kau tu .

Nanti abang aku tahu pula aku keluar dengan kau .

______________________________________

Yoongi berdecit sedikit setelah membaca perkataan abang yang tertera . Fikirannya mula melayang di saat dia bertemu dengan abang Hana buat pertama kalinya . Situasi itu tidak sama sekali akan dipadam dalam ingatannya . Malah itulah bukti kukuhnya yang akan digunakan suatu hari nanti .

" Perempuan ni macam tahu - tahu je aku nak jumpa dia . Eh nak pula dia kahwin dengan aku . Muka tak berapa siap ? Tch ! Muka tak berapa siap ni juga lah yang dia sudi kahwin "

Bebel Yoongi seorang diri . Mesej yang diterima hanya dilihat sahaja . Yoongi terus menutup aplikasi whatsapp dan membaringkan dirinya di katil empuk miliknya . Memang sengaja dia lakukan hal itu kepada Hana . Tidak membalas mesej gadis itu malah hanya membacanya .

Mendapat tanda biru tanpa dibalas semestinya sakit hati bukan ?

Itulah yang ingin dilakukan Yoongi . Biar Hana sakit hati akan tindakannya . Yoongi tersengih sendiri apabila terkenang tindakannya . Geli hatinya apabila terbayang wajah Hana yang semestinya sedang marah dan memaki seorang diri akibat mendapat bluetick darinya .

Terus termati senyuman dan tawa Yoongi apabila tersedar ke alam realiti . Dia sendiri pelik akan dirinya .

' Aku ni dah kepada sengih sebab Hana ? Senyum seorang diri pula tu ? No and no . Aku tak akan suka perempuan lembik tu . Dasar ! '

•  •  •  •  •

Hana's

Aku menghantar mesej kepada Yoongi . Berdebar juga hati ni . Tangan dengan perlahan mengurut dada dengan lembut . Jantung terasa berdegup kecang seperti larian kuda .

" Eh ? Aku ni baru je chat dengan lelaki durjana tu tapi kenapa jantung ni berdegup laju macam aku baru je lepas confess dekat crush ? " terkebil - kebil mata aku memikirkan hal itu . Tak akan aku suka lelaki yang perasaan macam dia ?

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now