12

684 117 36
                                    

" Kau tunggu apa lagi ? Nak aku bukakan pintu untuk kau pula ke ? Kau fikir kau anak raja ? Dah berambus dari sini " setelah pelbagai soalan dilontarkan , Hana membuka pintu kereta Yoongi tetapi sempat juga Hana memalingkan wajahnya ke arah Yoongi .

Yoongi yang perasan akan tindakan Hana yang menatapnya tanpa mengerdipkan matanya terus mendiamkan diri . Mata Yoongi dihadapkan ke hadapan tanpa memandang Hana yang setia di sisinya .

' Bila kau nak berambus ni . Dah la pandang aku macam nak makan aku . Tch ! '

" Min Yoongi , aku ubah fikiran aku . Aku - " Yoongi yang berminat akan kata - kata Hana terus memalingkan wajahnya ke Hana . Wajah Hana yang setia mendiamkan diri dipandang lama .

" Aduh kau kalau diam macam ni baik keluar je dari kereta aku . Aku penat tunggu kata - kata kau yang tak na - "

" Aku setuju kahwin dengan kau "

Terkelu lidah Yoongi setelah mendengar kata - kata Hana . Hana memandang wajah Yoongi yang terpinga - pinga . Senyuman ikhlas dibibirnya diukir lama sebelum dirinya bertindak mengucup pipi Yoongi dengan lembut .

Semakin Yoongi terdiam dan terkaku tatkala Hana bertindak mengucup pipinya . Hana yang mula sedar akan tindakannya terus keluar dari kereta Yoongi dan meloloskan dirinya di sebalik pintu rumahnya .

" What the hell , bitch ! Ka - kau cium aku ke tadi ? " Yoongi memegang pipinya yang telah dikucup oleh Hana . Dadanya mula berombak kencang . Nafas menjadi tidak keruan . Setelah beberapa minit kemudian , nafas Yoongi kian stabil .

Yoongi memandang rumah Hana seimbas lalu . Memorinya terimbas kembali semasa Hana tersenyum manis dan mengucup pipinya lembut . Dipegang dadanya lama .

" Aduh Hana apa yang kau dah buat ni " Yoongi kembali tersedar ke alam realiti . Membuntang mata Yoongi setelah sedar akan tindakan dirinya sendiri . Lantas enjin keretanya yang sebentar tadi mati , dihidupkan kembali .

' Ya Tuhan , apa yang kau fikir ni Yoongi , sedar balik rancangan awal kau aduh '

•  •  •  •  •

" Seronoknya intai boyfriend awak ye , Hana " terhinjut bahu Hana tatkala mendengar suara abangnya . Semakin terkejut Hana dibuatnya apabila abangnya , Yeohyun ikut serta dalam adengan mengintai Yoongi sebentar tadi .


" Abang ! Buat adik terkejut je . " bahu Yeohyun dipukul perlahan oleh Hana . Hana yang malu mula mengorak langkah ke dapur . Niatnya ingin meminum segelas air oren segar untuk menghilangkan perasaan yang bertandang dalam dirinya .


Yeohyun hanya tersenyum seakan - akan mengejek akan tindakan Hana sebentar tadi . Bukannya dia tidak tahu adiknya itu mulai suka akan Yoongi . Lelaki yang entah dari mana adiknya kenal .


" Alamak adik abang malu ke tu ? " terkekeh Yeohyun ketawa mengejek adiknya . Hana pula membuat muka . Bantal sofa diambil dan dicampakkan ke abangnya .

" Apa benda abang merepek ni ? Hana hanya jenguk sahaja dia . Mana tahu dia dah berlalu pergi " ucap Hana mempertahankan dirinya . Yeohyun semakin melebarkan senyumannya . Adiknya sudah memasuki perangkapnya .

" Abang ada tanya adik ke alasan kenapa intai Yoongi tadi ? " terus diam Hana dibuatnya . Hana mula berfikir . Benar juga kata abangnya sejak bila abangnya menyoalnya tentang tindakannya tadi .


" Nampak sangat adik abang ni dah jatuh cinta kan dengan Yoongi ? " dengan laju Hana menggeleng . Dia sendiri sedang bergelut dengan perasaan yang hadir dalam dirinya . Bagaimana mungkin dia boleh menjawab soalan abangnya itu .

" Sudah la abang . Asyik sakat adik je . Abang , Hana ada benda penting hendak dibincangkan " Yeohyun mengerutkan dahinya . Suara adiknya tadi kedengaran begitu serius akan hal yang dikatakan sebentar tadi . Hana mula bergerak ke arah Yeohyun .


Yeohyun berada di sofa manakala Hana duduk bersila di atas lantai . Berhadapan dengan abangnya . Mata abangnya ditatap sedalam - dalamnya sebelum dia menghembuskan nafas berat .


" Macam hal penting je , Hana . Cuba beritahu abang . Abang tertanya - tanya juga ni . " ujar Yeohyun . Yeohyun agak tergamam apabila Hana bertindak menggengam erat tangannya . Cuba meraih simpati dan kepercayaan daripadanya .

" Abang , Hana nak kahwin dengan Yoongi "

Sunyi . Tatapan antara Yeohyun dan Hana kini semakin tegang . Genggaman yang Hana jalinkan sebentar tadi dilepas secara perlahan oleh Yeohyun . Bingkas Yeohyun bangun menuju ke arah tangga .

" Abang ? "

" Maaf , Hana . Permintaan adik kali ini abang tak setuju "

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now