19

660 94 17
                                    

Hana memasuki rumahnya setelah berhempas pulas mengangkut segala barang perkahwinannya yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi . Barang diletakkan di tepi dan badan direnggangkan sedikit .

Jari jemarinya bermain di bibirnya sendiri . Tersengih Hana keseorangan apabila teringat detik - detik dia bersama Yoongi sebentar tadi . Lantas pipinya ditampar perlahan setelah dia kembali ke pemikiran warasnya .

" Hana ! Kau ni dah kenapa suka pula ? Tak akan la kau jatuh hati dengan Yoongi secepat ni ? Ish merepek ! Muka tak siap tu dah la sesuka hati je cium bibir aku " omel Hana kepada dirinya .

Yeohyun yang baru sahaja menuruni anak tangga terus membantu adiknya mengangkat segala barang perkahwinan Hana . Sempat juga dia menjeling untuk melihat wajah masam adiknya .

" Adik , kau dah kenapa ? Membebel seorang diri . Dah gila ke ? Ini baru nak kahwin belum dah ada anak nanti " ucap Yeohyun sambil mengetawakan  adiknya sendiri . Ketawanya kian kuat tatkala Hana membuat muka .

" Dah , Hana . Tak payah la adik ni nak mengada acah masam macam tu . Tak lama lagi Yoongi itu suami kamu . Nak tak nak adik kena terima " tubuh badan abangnya yang berlalu pergi hanya ditemani pandangan matanya .

Hana yang setia berdiri mula memikirkan banyak hal termasuklah di mana dia akan bergelar isteri yang sah kepada Yoongi nanti .

' Orang kata kalau dah kahwin malam tu tak keluar bilik ? Ha mampus aku '

" Hana ! Barang kamu ni abang letak atas katil ye " jeritan Yeohyun mengembalikan pemikiran Hana ke alam realiti . Hana menggelengkan kepalanya . Ada ke patut dia berfikiran begitu ? Sungguh jauh sekali rasanya .

" Ha letak je situ . Nanti pandai la adik kemas " balas Hana dan kemudiannya dia bergegas ke biliknya . Setelah memasuki biliknya , perasaan keliru semestinya memuncak dalam diri Hana tatkala melihat segala barang perkahwinannya sudah dikemas dan disusun rapi .

Yeohyun yang baru memunculkan diri ditenung lama . Kemudian pandangannya dialihkan ke arah barang perkahwinannya diletakkan .

" Tak payah nak pelik sangat . Nak tunggu kamu kemas hm mahu berzaman . Bersepahkan bilik dalam masa seminit je tapi bab mengemas fuh mahu esok lusa baru siap " perli Yeohyun . Hana hanya membuat muka dan lidah dijelirkan .

" Makanan malam dah siap . Pergi bersihkan diri dan turun makan . Jangan duk tenung je gambar Yoongi pula "

' Bila masa pula aku ada gambar Yoongi ? Jangan cakap abang aku nampak aku stalk instagram Yoongi ? Adeh '


•  •  •  •  •


Yoongi keluar dari perut kereta sambil menjinjing segala barang perkahwinannya . Tidak lupa juga kereta dikunci terlebih dahulu sebelum dia memasuki rumahnya .


" Wah , abang ! Semangat betul kau nak kahwin . Jarang nak nampak kau beli banyak barang . Makin teruja aku nak cepat - cepat ada akak ipar " tersengih Yoonji seketika tetapi dalam masa tidak hampir dua minit , riak wajahnya berubah .


" Kau dah baik belum dengan Mama , Yoongi ? " tiada lagi perkataan abang tatkala isu tentang Yoongi dan Puan Min dibangkitkan . Tipu jika Yoonji tidak marah akan abangnya semasa abangnya meninggikan suara kepada Mamanya .


Wajah Yoongi yang baru sahaja ingin mengukirkan senyuman kini kian mengendur . Barang perkahwinannya diletakkan di atas meja ruang tamu . Sofa yang berhadapan Yoonji menjadi tempat dia duduk .


Kepala direhatkan seketika di sofa sebelum dia membuka mulut untuk menjawab soalan Yoonji . Lama adik beradik keluarga Min ini saling bertatapan mata .


" Listen , aku bukan berniat nak jadi macam tu tapi keadaan yang memaksa . Bukan salah aku untuk tinggi suara tapi Mama yang paksa aku bertingkah laku sedemikian . Aku ada hak nak tahu siapa abang aku . Jadi salah ke Min Yoonji ? "


" Kau tak ada dalam situasi aku . Jadi , tolong jangan keruhkan lagi keadaan Yoonji . Aku tak nak kau dengan aku jadi musuh dalam rumah ni . Kau je satu - satunya yang aku boleh harapkan sekarang " luah Yoongi panjang lebar .


Sememangnya itulah yang dipendam selama ini . Hampir sahaja perasaan yang dipendam itu menjadi dendam . Yoonji menggulingkan matanya ke atas . Pendengarannya sungguh terasa pedih apabila Yoongi meluahkan pekara yang dia rasa tidak benar untuk Mamanya .


" Kau fikir tak perasaan Mama masa tu , Min Yoongi ?! Kau cakap aku tak ada dalam situasi kau ? Then , the same things goes to Mama ! Kau pun tak faham situasi apa yang Mama hadap ! Jadi , tolong jangan paksa Mama juga untuk berkata benar Yoongi . "


" Hati Mama sakit , Yoongi " hampir menitis air mata Yoonji tatkala terkenangkan bagaimana Puan Min menangis di bahunya pada tempoh hari . Sejujurnya hatinya remuk tatkala ibunya sendiri menangis tanpa henti .


Yoongi hanya menghela nafas berat . Dia bingkas bangun dan mengangkat segala perkahwinannya . Kaki diangkat dan mula menaiki anak tangga . Sempat juga dia kembali menoleh ke arah Yoonji sebelum dia berlalu pergi .


" Kau ke aku yang lahir dulu dalam dunia ni ? Sebelum kau lahir , aku dah rasa macam - macam dalam keluarga Min yang tercinta ni . So , just shut up your mouth and only mind your own business "

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now