10

764 126 39
                                    

" Yoongi , Hana , Yoonji ! Kamu bertiga mari sini ke dapur . Mama dah siapkan makanan . Mari makan ! " laung Puan Min dari dapur . Laungan yang didengari membuatkan Hana dan Yoongi berhenti bertikam lidah . Yoonji pula baru sahaja menuruni anak tangga .

" Hana , jemput duduk . Kamu makan je sebanyak mana yang kamu mahu . Mama masak banyak hari ini " Hana hanya melemparkan senyuman manis dan mula melabuhkan punggungnya di kerusi . Begitu juga Yoongi .

" Yoonji ni pun satu . Bukan nak tolong Mama masak . Tahu makan tidur main telefon sahaja . Nak Mama rampas ke telefon kamu tu ? " ugut Puan Min . Bukannya dia tidak tahu , anaknya yang satu ini terlalu kerap membuang masa bersama telefon .

Melayan drama terkini pada setiap malam .

" Alah Mama ni . Yoonji sibuk la tadi . Yoonji siapkan assignment yang cikgu Yoonji bagi . Bukan main telefon pun Mama ni " jawab Yoonji untuk mempertahankan dirinya . Bibirnya juga dimuncungkan .

" Menjawab apa Mama cakap ! Dah makan . Hana , Yoonji memang macam ini perangainya . Kamu jangan layan sangat dia ni " Yoonji bersama bibir yang dimuncungkan hanya makan tanpa suara . Merajuk katanya .

" Sayang , awak nak makan ayam goreng tu tak ? Kalau nak saya ambilkan " Hana memandang Yoongi dengan muka yang pelik . Sejak bila lelaki bernama Yoongi ini bijak menuturkan kata - kata manis

Setelah Yoongi membuat isyarat , barulah Hana memahami kehendak Yoongi . Muka diubah secara dratis menjadi seorang perempuan yang sangat ayu .

" Boleh juga . Awak , nak tak sayur lobak ni ? Saya tak makan " Yoongi hanya mengganguk kecil . Hana merapatkan sedikit pinggan milik Yoongi dengan miliknya . Satu persatu hirisan lobak dipindahkan ke pinggan Yoongi .

Setelah siap , pinggan Yoongi ditolak kembali ke tuannya . Yoongi membulatkan matanya lalu memandang Hana . Hana hanya tersenyum sinis . Puas hatinya apabila dapat mengenakan Yoongi .

Yoongi yang akur hanya memakan hirisan lobak itu dengan perlahan . Puan Min yang memandang anaknya itu pelik . Yoongi berkelakuan aneh .

" Yoongi , kenapa makan lobak macam tu ? Bagus la makan banyak lobak tu nanti mata kecil kamu tu sentiasa sihat . Kamu muak ke makan lobak ? " Hana disebelahnya hanya digerling dengan tajam .

' Tunggu balasan aku pula , Hana '

" Takpe , Mama . Setakat hirisan lobak segenggam tangan ini apalah sangat . Nak pula lobak ni sayang Yoongi yang bagi mestilah Yoongi makan . Kan sayang ? " memang sengaja Yoongi menekankan perkataan segenggam untuk menunjukkan perasaan amarahnya kepada Hana .

Ada ke patut perempuan itu meletakkan hirisan lobak sebanyak segenggam tangan ?

Hana hanya mengangguk kecil bersama senyuman manis di bibirnya . Puan Min dan Yoonji hanya memerhati gelagat dua burung merpati yang berada dihadapan mereka .

" Pandai dah abang aku bermanja - manja . Sejak ada girlfriend ni , mengada dia tu teruk betul " ujar Yoonji . Terletus ketawa Puan Min dan Hana . Yoongi pula tidak habis memberikan pandangan maut ke adiknya .

" Betul juga kata adik kamu , Yoongi . Kamu berdua ni manja betul . Oh ye , Mama ada sesuatu hajat untuk kamu berdua tunaikan " kata Puan Min dengan gembira .Yoongi dan Hana yang sedang tekun dengan makanan mereka terus tergendala untuk makan .

Mereka menanti perkataan Puan Min dengan senyap . Timbul suatu perasaan yang kurang senang .

" Mama nak kamu berdua kahwin " terbatuk - batuk Yoongi setelah mendengar kata - kata Puan Min sebentar tadi . Hana pula terus terdiam . Kedua - duanya diam tanpa bersuara . Hanya Yoonji yang bersorak gembira .

" Yeay ! Nanti akak Hana boleh lepak sebilik dengan Yoonji . Kita layan drama , okay . Jadi , nanti Yoonji dah tak alone "

' kahwin dengan Yoongi ? Maaf , tiada dalam  kamus hidup aku '

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now