08

865 131 41
                                    

Hana memandang abangnya lama . Perasaan pelik semakin menjadi - jadi dalam dirinya . Yeohyun pula hanya mendiamkan diri setelah berkata - kata .

" Jangan tanya abang lagi , Hana . Abang hanya ingatkan kamu je . Sebab awak tu tak pernah seakrab mana dengan lelaki . Jadi , abang risau "

Hana menghela nafas lega . Sayang juga abangnya terhadap dirinya . Tangan Yeohyun diambil dan dikucup sebentar . Senyuman manis dilemparkan kepada abangnya .

" Terima kasih abang . Abang tak perlu risau , ye . Hana kan dah besar jadi Hana boleh uruskan hal kehidupan Hana " Yeohyun hanya tersenyum lebar sejurus mendengar maklum balas dari adiknya .

Kepala adiknya diusap perlahan . Hatinya turut lega setelah Hana berkata demikian .

' Ya Tuhan , jangan lah engkau ambil Hana dari hidup aku . Sesungguhnya hanya dia yang ada dalam kehidupan aku ini '

" Yela . Dah pergi naik sana . Mandi dan tidur . Tak perlu nak overnight layan drama . Nanti abang ambil phone adik balik , nak ? " Hana dengan pantas mengeleng . Jika tiada phone , musnahlah kehidupannya .

Tiada lagi drama . Tiada lagi usyar crush . Tiada lagi youtube .


•  •  •  •  •

" Tuan Yoongi , hari ini tuan mempunyai mesyuarat penting bersama syarikat Puan Taerin . Jadi , Tuan Yoongi perlu menghadiri diri ke lokasi ini pada jam dua petang "


sehelai kertas yang berada di dalam sebuah fail dihulurkan kepada Yoongi . Baru sahaja tangannya ingin giat menanda tangani surat tersebut , telefon pintar miliknya berdering hebat . Lantas disambarnya telefonnya itu .


Nama Puan Min tertera di skrin telefon pintarnya . Butang terima ditekan .


" Yoongi , Mama taknak kamu ke mesyuarat Syarikat Taerin . Mama nak kamu balik untuk makan bersama "


" Tapi , Ma . Ini mesyuarat penting . Mesyuarat ini dapat menentukan kita punya hasil syarikat . Keuntungan besar akan kita dapat Mama . Rugi besar kalau kita lepaskan peluang ini ! "


" Sayang , Mama ni banyak lagi harta nak tampung kerugian mesyuarat tersebut . Setakat berapa juta won apa la sangat . "

" Ma , Yoongi faham . Tapi biarkan Yoongi kembangkan syarikat kita dengan usaha Yoongi sendiri "

" Mama kata balik , kamu kena balik . Hana ada dekat sini . Mama dah jemput . Balik okay bye , sayang ! "

" Hana ? Ma ! - "

Panggilan yang dijawab sebentar tadi terputus . Yoongi mengurut kepalanya yang terasa sedikit pening . Fail yang ingin ditandatangani tadi ditolak sedikit ke hadapan . Hanya kedengaran nafas berat yang dihembuskan oleh Yoongi .

' Perlu ke babitkan perempuan tu . Menyesal pula '

" Kamu batalkan mesyuarat ini . Bagi alasan kepada mereka saya ada hal yang lagi penting yang perlu diuruskan " pekerjanya hanya mengangguk dan berlalu pergi bersama fail tersebut . Yoongi bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah tingkap .

Pemandangannya kini jatuh ke arah jalan raya yang sesak dengan kenderaan persendirian . Semuanya kelihatan kecil di mata Yoongi kerana dirinya kini berada di tempat yang tinggi . Dia dapat melihat segala - galanya dari aras atas bangunan syarikatnya .

' Daddy , i really miss you . How could you do this to your family ? '

Kini perasaannya dilanda rasa sedih akibat dirinya amat merindui ayahnya . Mata hanya setia memandang aras bawah walhal fikirannya melayang di tiup angin . Bunyi ketukan bilik menghentikan lamunannya .


" Masuk ! " arah Yoongi tanpa memandang manusia yang memasuki biliknya . Yoongi sedikit pelik apabila dia mendengar bunyi pintu bilik ditutup tetapi tiada suara yang berkata - kata dengannya .

" Miss me , darling ? " Jimin yang berada disebelah wanita itu hanya menggulingkan anak matanya . Bahunya juga dijongketkan perlahan menandakan bahawa dia tidak tahu akan hal tersebut .

Yoongi mengeluh perlahan . Mengapa perlu dia berada di sini disaat dirinya sedang ditimpa masalah . Satu persatu masalah datang menimpa dirinya .


" Kau nak apa lagi datang sini ? Aku dah cakap yang aku tak nak jumpa kau lagi "

" But I come here to meet you , darling . I nak tuntut janji kita "

" What kind of promise , Heo Soyeon ? Just get out from my fucking life "

" Yoongi , kahwin dengan i "

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now