17

750 110 25
                                    

Hana membaringkan dirinya di katilnya yang bersaiz sederhana . Bantal diambil dan ditekup sekuat - kuatnya di wajahnya . Tidak lupa juga dia melaungkan sekuat - kuatnya disitu . Bantal sudah pun basah dek air matanya yang mengalir deras .

' Sampai hati abang buat Hana macam ni ? Perlu ke abang rahsiakan semua ni ? '

Jari jemarinya dengan perlahan mengelus lembut bibirnya yang terasa sakit . Darah yang tercalit di jarinya dipandang lama . Air mata sudah pasti menjadi temannya sejak tadi . Tisu yang berada di atas meja sebelah katilnya dicapai .

Darah yang mengalir itu dilap dengan perlahan . Lebih daripada tiga helai tisu digunakan untuk menghentikan darah yang mengalir dibibirnya itu .

Tiba - tiba suatu pemberitahuan masuk ke dalam telefon miliknya . Dengan perasaan sedih dan malas , Hana hanya mengabaikannya dan menolak ke tepi telefon miliknya . Kepala diletakkan di bantal dan mata dipejam rapat .

' Ya Tuhan , aku berharap esok adalah yang paling menggembirakan untuk kehidupanku '

Dalam beberapa minit sahaja , matanya menjadi semakin berat dan dia terbuai lena . Sememangnya sudah menjadi adat apabila kita menangis kita pasti akan tidur kerana penat akan tangisan yang dihamburkan tadi .

Yeohyun yang sebenarnya setia berada di luar bilik Hana tadi segera mengambil kunci pendua . Setelah memastikan Hana sudah tidur dengan lena , pintu bilik Hana dibuka dan dengan langkah yang berhati - hati , Yeohyun mengambil tempat duduk disebelah Hana .

Tong sampah yang dibawah katil Hana dipandang seketika . Nafas berat dihembuskan oleh Yeohyun . Tisu yang tercalit darah milik Hana sudah pun menguatkan lagi tekadnya tadi . Ye , Yeohyun sudah pun setuju dan bertekad menunaikan hajat Hana untuk berkahwin bersama Yoongi .

Rambut adiknya diusap perlahan . Dahinya dikucup lama oleh Yeohyun . Tidak lupa juga Yeohyun meletakkan ubat dibibir Hana .

" Abang tidak sekejam apa yang kamu sangkakan , Hana . Abang sayang kamu lebih dari segala - galanya . Abang hanya perlukan kamu dan kamu adalah harta abang yang perlu abang jaga di dunia ini "

" Abang janji selagi abang hidup , abang akan tunaikan permintaan kamu asalkan kamu bahagia , sayang . Abang sayang kamu , Hana "

Pipi adiknya yang kebiruan itu diusap perlahan . Rasa serba salah dalam dirinya semakin kuat terasa apabila mendengar rengekan dari Hana akibat Yeohyun menyentuh pipinya yang sudah pun bengkak .

" Tidur lena ye adik "

Hana terpisat - pisat membuka matanya . Cahaya yang memasuki biliknya sungguh menyukarkan gadis itu membuka mata dengan mudah . Bunyi hon kereta yang bergema memaksa Hana membuka mata dengan besar .

Dengan keadaan separa sedar , Hana bangkit dari katilnya dan menuju ke balkoni yang terletak di biliknya . Pintu sliding ditolak sedikit . Kepala dijengukkan ke bahagian bawah .

" Park Hana ! Dah puas buat kilang air liur basi kau ? Nak basah baju aku tunggu kau dekat sini ! " laung Yoongi dari tingkap keretanya . Tubuh gadis yang dilihatnya dengan tajam . Mana tidaknya hampir satu jam tiga puluh minit lelaki itu menunggu Hana .

Terbeliak mata Hana melihat Yoongi yang berada di bawah . Lantas dia memasuki biliknya dan mencapai telefon miliknya yang dia tolak semalam . Rupanya Yoongi sudah pun memberitahunya melalui aplikasi whatsapp untuk membawanya membeli gaun perkahwinan mereka pada hari ini .

" Aduh kau ni Hana , cuai betul la . Jatuh saham kecantikan kau tadi " bebel Hana pada dirinya sendiri . Mana tidaknya dia tadi keluar menjenguk Yoongi dalam keadaan muka baru bangun tidur dan pakaian tidur .

Sungguh memalukan !

Hana bergegas mengapai tualanya dan memasuki bilik air . Kedengaran pili air terbuka seketika . Setelah hampir setengah jam , Hana keluar dari pintu rumahnya dan terserempak dengan Yeohyun di buaian di samping rumahnya . Langkah Hana terhenti seketika .

Pandangan Hana dan Yeohyun bertaut seketika . Yeohyun kembali membaca majalah yang berada di tangannya . Hana pula tetap berdiri tegak di situ .

' Nak beritahu ke tak nak ye ? '

" Aduh kau tunggu apa pula ? Abang kau dah bagi kebenaran la ! Cepat la masuk " Hana terdiam . Matanya melilau memandang wajah Yeohyun dengan pandangan seperti tidak percaya . Hatinya sedikit demi sedikit terubat dari api kemarahan yang wujud dalam hatinya .

Bukannya dia tidak tahu , Yeohyun semalam meletakkan ubat pada bibirnya . Kesan ubat itu masih lagi tersisa di bibirnya . Segaris senyuman manis diukir .

" Abang ! Hana pergi dulu , ye . Terima kasih . Hana sayang abang " ucap Hana dan bergegas meloloskan diri ke dalam perut kereta milik Yoongi . Dalam diam Yeohyun menyembunyikan senyumannya . Rasa bahagia apabila adiknya menegurnya hanya Tuhan yang tahu .

' I'm glad you are happy back now , adik '

" Kau bersiap ke kau sambung tidur sekejap tadi ? Lambat betul bersiap . Ini belum kahwin . Kalau kau dah kahwin dengan aku macam mana ? " bebel Yoongi sepanjang perjalanan mereka ke butik tersebut . Mahu bernanah telinga Hana dibuatnya .

Tapi hanya dengan kata - kata sinis Hana , Yoongi terdiam .

" Kau diam boleh tak ? Sedar diri sikit . Kau pun sama je bersiap lama . Nak pilih boxer cartoon entah apa - apa . Macam la aku tak tahu . Semua boxer kau tu Mama beli dekat kedai pakaian dalam aku . "

" Jadi tolong diam dan pandu je kereta tu . Kalau tak aku boleh sebarkan berita pasal kau dengan boxer cartoon kau tu "

Diam . Ye , Yoongi terus terdiam .

[OG] BRA ° MYGWhere stories live. Discover now