👣Bab 10👣

603 98 75
                                    

Bola terbang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bola terbang


Sudu yang berisi penuh dengan nasi dan lauk aku suap kasar ke dalam mulut.

Mata aku mencerlung memandang perlakuan mesra antara Namjoona dan Jin.

Namjoona bukan main lagi menggedik dengan Jin.Makan suap menyuap dua orang makhluk tu.

Yang Jin tu pun melayan je Namjoona gedik tu.Aku yang gedik ni dia tak layan pulak.

"Kalau bahu aku tak sakit,memang dah lama Namjoona tu makan pe-"

Bicara aku dicelah oleh seseorang.Orang itu sedang mengambil tempat duduknya di hadapan aku.

"Penampar kau?Kau ni sakit-sakit pun masih nak buat jahat.Bilalah kau nak berubah,Yoonji?"celah Jungkook yang duduk di hadapan aku.

"Sakit hati aku tengok Namjoona dengan Jin tu,sakit lagi hati aku tengok muka hodoh kau ni.Berambus!"kataku kasar sambil menjeling Jungkook.

Jungkook berhenti menyuap nasi ke dalam mulutnya.Sudu diletakkan ke bawah.

Tangannya cuba untuk memegang tangan aku namun aku pantas menepisnya.

"Kenapa kau layan aku macam kau tak tahu apa perasaan aku pada kau sedangkan kau dah tahu yang aku cintakan kau sejak 3 tahun lepas lagi?Kenapa kau buat aku macam ni?"

Soalan ini muncul lagi.Aku dah naik muak jawab soalan yang sama.Jungkook ni tak boleh bagi soalan yang Kbat sikit ke?

Penatlah asyik nak kena jawab soalan yang sama berulang kali.

"Aku layan kau macam aku tak tahu apa perasaan kau pada aku sedangkan aku tahu sebab aku tak nak bagi harapan palsu pada kau.Cuba kau fikir.
Kalau aku layan kau baik-baik,aku takut kau salah faham yang aku berkongsi perasaan yang sama pada kau.Aku bukan jenis orang yang bagi harapan palsu pada orang."

Bicara aku terjeda sebentar.Nafas aku tarik sedalam-dalamnya.

Cuba untuk mengatur perkataan yang betul agar Jungkook memahami apa yang aku sampaikan.

"Aku tahu macam mana sakitnya diberi harapan palsu sebab aku dah pernah rasa.Jadi,aku tak nak kawan baik yang aku sayang ni alami kesakitan sama yang aku rasa.Aku harap kau faham."

"Aku faham,Yoonji.Kau masih trauma dengan kejadian 4 tahun lepas.Sebab itulah kau tak terima luahan hati aku pada kau 3 tahun lepas.Aku minta maaf.Aku tak sepatutnya desak kau.Kau maafkan aku kan?"

Jungkook menghulurkan tangan tanda mahu meminta maaf daripada aku.Aku pantas menyambut hulurannya itu.

"Aku maafkan dengan kau tapi dengan satu syarat.Kau kena jadi hamba aku untuk seminggu.Deal?"

"Deal.Kalau kau nak aku jadi hamba kau untuk selama-lamanya pun aku sanggup.
Anything for Yoonji."ujar Jungkook memberi kata persetujuan lalu dia mengenyitkan matanya kepada aku.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now