👣Bab 22👣

457 85 27
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pembunuh tak guna

"

Hansung."

"Aku kata letak pisau tu ke bawah.Kau tak dengar ke?!"jerkah Hansung sambil pistol masih diacukan di kepala aku.

Sebuah ketawa kecil lolos daripada bibir aku.Langsung tidak gentar dengan besi bernama pistol ini,kepala dikalihkan menghadap Hansung.

"Kalau aku tak nak letak pisau ni ke bawah,kau nak buat apa?Kau nak tembak aku?Tembaklah!"

Kornea mata berwarna hijau zamrud milk Hansung merenung tajam setiap inci wajah aku.

"Dasar talam dua muka.Depan semua orang kau acah-acah lembut macam pondan.Belakang orang kau bunuh orang tak bersalah.Entah-entah nama kau pun bukan Hansung kan."ujarku sengaja mahu menaikkan amarah Hansung.

"Kau tak tahu apa yang aku lalui.Jangan sesuka hati buat andaian kalau kau tak tahu cerita sebenar.Jangan sampai aku bunuh kau macam mana aku bunuh mak kau tiga tahun lepas disebabkan mulut lancang kau!"

Jatuh terduduk aku ke lantai setelah mendengar ayat terakhir yang keluar daripada mulut Hansung.

Betul ke apa yang aku baru dengar tadi?Hansung yang bunuh mak aku?Bff aku sendiri bunuh mak aku?

"Tangkap dia!"jerit suara Jin membawa aku ke alam realiti semula.

Setelah itu,Hansung dikerumuni oleh sekumpulan pelajar sekolah lelaki.Pelajar-pelajar inilah konco-konco Jin di sekolah ni.

"Jungkook,kau ikut aku.Aku ada benda nak cakap dengan kau.Yoongi,kau bawa Yoonji balik rumah."arah Jin kepada aku dan Yoongi.

Aku hanya mengikut sahaja arahan daripada Jin.Fikiran aku kosong sekarang setelah mengetahui Hansung adalah pembunuh mak aku.


👣


Pangkalan rahsia kumpulan Xiketic

8:00 malam

Jin Pov

Srapp!

Bunyi kulit seseorang disebat dengan cemeti jelas kedengaran.

Srapp!

Srapp!

Bukk!

Bunyi sebatan cemeti itu kini diselangi dengan bunyi tumbukan dan erangan kesakitan seseorang.

"Arghh,sakit!"aduh suara itu lagi.

Segaris senyuman girang tersungging di bibir ketika mata aku menyaksikan lelaki yang membunuh adik aku diseksa.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now