👣Bab 33👣

396 83 44
                                    

You die,I die

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


You die,I die

Pistol yang digenggam terlepas ke lantai.Tangan aku terketar-ketar teruk  selepas menembak Jin.

Mata aku setia memandang Jin yang masih tergantung.Dia kaku tidak beegerak.Darah merah segar menitik turun daripada dadanya.

"J-Jin..."

Aku memanggil nama Jin biarpun aku tahu Jin tidak akan menyahut panggilanku.

"Aku tengok kisah cinta kau dan Jin macam kisah cinta Romeo dan Juliet.Kalau Romeo mati,Juliet pun kena mati.Apa kata kau pun buat macam tu juga?"

Pistol yang terletak di lantai diambil oleh daddy Jungkook.Dia kemudiannya memaksa aku memegang pistol itu semula.

"Jin dah mati.Jadi,kau pun kena mati juga.Barulah Jin tak keseorangan di alam sana.Ambil pistol ni dan tembak diri kau sendiri."arah daddy Jungkook sambil merenung tepat ke mata aku.

Pandangan dijatuhkan kepada pistol perak yang berada di telapak tangan.Mata aku beralih melihat Jin seketika.

Patutkah aku mendengar sahaja arahan untuk menembak diri sendiri daripada daddy Jungkook?

Lagipun,aku hidup untuk orang yang aku sayang.

Orang yang aku sayang dah pergi.Jadi,buat apa aku terus berhidup,kan?

Tetapi,aku taklah sebodoh itu untuk bunuh diri sendiri hanya semata-mata sebab orang yang aku sayang dah mati.

"Ini nyawa aku.Ini hidup aku.Ini diri aku.Kau ingat kau siapa nak suruh aku ambil nyawa aku sendiri?Kau ingat kau Tuhan?!"jerkahku kerana tidak dapat lagi menahan amarah yang terpendam di dada.

Daddy Jungkook hanya tertawa kecil mendengar jerkahan aku.Dia berjalan  ke arah omma dan bapak.

"Kalau kau tak nak tembak diri kau sendiri,nampaknya terpaksalah aku tembak mak,ayah,adik dan Jungkook."

Lelaki tak guna itu memberi isyarat kepada orang suruhannya untuk menembak omma,bapak,adik dan sahabat baik aku.

"Baikla.Kalau itu yang kau nak sangat,aku rela tembak diri aku sendiri.Asalkan kau tak cederakan orang-orang yang aku sayang."getusku akur dengan permintaan gila daddy Jumgkook.

Pistol yang sedia ada di tangan digenggam kemas.Wajah omma,bapak,Yoongi dan Jungkook aku pandang seketika buat kali terakhir.

Omma dan bapak yang ditutup mulut dengan kain menggelengkan kepala mereka agar aku tidak meneruskan apa yang aku mahu lakukan.

Begitu juga dengan Yoongi dan Jungkook yang turut ditutup mulut.

Mereka menggelengkan kepala untuk memberi isyarat kepada aku untuk menghentikan perbuatan aku yang ingin menembak diri sendiri.

"Ayah!Kita rancang nak bunuh Jin je.Jin dah mati kan.Kenapa ayah nak babitkan Yoonji sekali dalam hal ni?"bantah Hansung habis-habisan.

Hansung cuba untuk merampas pistol di tangan aku tetapi pantas dihalang oleh daddy Jungkook.

"Suka hati akulah nak babitkan siapa pun dalam rancangan aku.Kau tiada hak untuk bantah keputusan aku.Kau sedar diri sikit.Kalau aku tak kutip kau di lorong dulu,entah-entah kau dah mati sekarang."marah daddy Jungkook lalu dia menolak Hansung ke lantai.

"Kau,Yoonji.Kau nak tunggu sampai aku bunuh mak dan ayah kau dulu ke baru kau nak tembak diri kau?Hmm?"desak daddy Jungkook sambil mengacukan pistol ke kepala omma dan bapak aku.

"Okay.Bagi aku cakap buat kali terakhir dengan orang-orang yang aku sayang.Omma,Yoonji minta maaf sebab Yoonji selalu malas nak tolong omma kemas rumah,selalu buat omma marah dengan perangai gila Yoonji dan tak dapat jadi anak perempuan yang baik untuk omma."

Omma menangis teresak-esak.Dia cuba untuk pergi ke arah aku tetapi dia tidak dapat bergerak kerana diikat.

"Bapak,Ji minta maaf sebab Ji selalu terlebih guna kad kredit bapak.Ji minta maaf sebab bapak selalu kena marah dengan omma bila bapak sebelahkan Ji.Lagi satu,Ji harap bapak halalkan segala makan minum Ji dan duit bapak yang Ji terguna.Ji minta maaf sebab Ji tahu Ji tak dapat jadi anak yang bapak harapkan."

Mata bapak berair memandang aku.Dia cuba meraih tangan aku tetapi pergerakannya terbatas dengan tali.

"Yoongi,adik noona yang pendek.Noona minta maaf sebab noona tak pernah layan Yoongi dengan baik.Noona minta maaf sebab noona selalu pukul Yoongi dan selalu kacau Yoongi tidur.Lepas ni,dah tak adalah orang nak kacau Yoongi tidur,kan?"

Muka Yoongi yang putih pucat itu mula kemerah-merahan akibat menangis.

"Akhir sekali,Jeon Jungkook,sahabat baik kesayangan aku.Aku nak minta maaf sepanjang persahabatan kita selama 15 tahun ni,aku banyak buat kau terasa hati dengan kata-kata aku.
Jungkook,aku nak kau tahu aku bersyukur sangat kau hadir dalam hidup aku sebagai sahabat.Kaulah sahabat baik paling terbaik yang pernah aku ada.
Aku minta maaf sebab aku tak dapat balas perasan kau pada aku.Kau layak dapat perempuan yang lebih baik daripada aku.
Aku harap dalam kehidupan seterusnya aku dapat jumpa kau dan jadi sahabat baik kau lagi."

Buat kali kedua sepanjang persahabatan kami selama 15 tahun,Jungkook menangis.Dia menangis semahu-mahunya.

"Dah habis?Kau tahu apa kau kena buat,kan?"tegur daddy Jungkook sambil pistol di tangannya masih diacukan ke kepala omma dan bapak aku.

"Selamat tinggal,omma,bapak,adik dan Jungkook.Jumpa korang semua lagi pada kehidupan seterusnya."

Aku mengucapkan ucapan selamat tinggal buat kali terakhir kepada keluarga dan sahabat baik aku.

Picu pistol ditarik.Pistol aku letakkan tepat di dada kanan.

Kedua-dua belah mata ditutup.Tidak sanggup aku menyaksikan wajah-wajah mereka yang aku sayangi menangisi pemergian aku.

Bang!

Keadaan sekeliling serta merta menjadi gelap.Telinga aku sempat menangkap bunyi beberapa das tembakan sebelum mata aku tertutup rapat buat...

Buat selamanya...


To be continued...




A/N:

Hi,everything.Macam mana korang lepas tengok bang bang con?

Okay or Ko?

Aku ko sebab nangis masa tengok konsert bang bang con.Hmm emo betul aku😂

Btw,okay ke chapter ni?

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now