👣Epilog👣

663 90 27
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:Pov daripada awal hingga akhir ialah Jin pov.

Aku tahu tak ada siapa tanya tapi aku nak beritahu aku menangis masa type ni.😭

👣👣👣


Sekuntum mawar putih diletakkan di atas pusara.Air mata yang mengalir turun sejak tadi dibiarkan sahaja.

Biar air mata ini menangisi pemergian si dia.

Biar air mata ini menjadi saksi kepada kebodohan aku.

Bodohnya aku menyangka Yoonji berpura-pura beranak.

Seandainya aku mendengar kata Yoonji dan cepat-cepat membawa Yoonji ke hospital,pasti semua ini tidak akan terjadi.

Pasti dia masih dengan aku.

Pasti aku bisa menatap wajahnya dengan lebih lama lagi.

"Daddy minta maaf.Ini semua salah daddy.Kalaulah daddy bawa mami cepat-cepat ke hospital,mesti Jinhee hidup lagi kan."

Jinhee.Itu nama anak perempuan yang aku dan Yoonji letakkan pada anak perempuan kami yang bakal lahir.

Tetapi,kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang.Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Nama Jinhee yang sepatutnya disebut oleh Yoonji ketika mendodoikan anak perempuan kami untuk tidur kini sudah terukir di pusara.

Jam di pergelangan tangan kanan ditilik sebentar.

"Masa untuk Yoonji makan ubat.Aku kena balik sekarang.Baby girl daddy,daddy balik dulu ye.Nanti daddy datang melawat baby girl lagi dengan mami."pamitku sambil mengelap air mata yang masih bersisa di pipi.


👣

Di rumah


"Sayang?"

Aku memanggil Yoonji sebaik sahaja memasuki kamar kami berdua.

Yoonji sedang leka mendodoikan anak patung bayi yang diletakkannya di dalam katil bayi.

"Shh,awak janganlah buat bising.Jinhee tengah tidur ni."ujar Yoonji lalu dia kembali mendodoikan anak patung bayi.

Dulang berisi bubur,ubat dan segelas air diletakkan di atas meja di tepi katil.

"Yoonji,jom makan.Awak tak makan apa-apa lagi.Lepas awak dah makan,awak boleh makan ubat."

Sesudu bubur cuba disuap kepada Yoonji namun dia menolak kasar tangan aku.

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now