MYTH ONE

2K 190 83
                                    

"Dia datang. Dia datang. Mari lari."

"Oh, si raksasa hadir. Patah balik!"

"Mata aku sakit. Jom ke sana."

Telingaku berdesing mendengar semua bisikan-bisikan mereka itu. Silap. Bukan namanya bisikan andai bersuara mengalahkan serigala menyalak.

Buku di tangan aku bawa rapat menghimpit dada. Kepala hoodie aku tarik menutup mata delimaku. Lengan baju aku tarik menghilangkan sepasang tanganku. Kepalaku dibiarkan tunduk.

Kaki mengorak langkah ke kelas.

Suara-suara yang menghinggap di telinga cuba ku tahan dari meletuskan api kemarahan. Nenda sudah pesan, aku tak boleh marah. Sekali pun tidak.

Aku berasa hairan apabila suasana di tingkat tiga ini sunyi. Kebiasaannya aras ini paling bising. Di sini terletaknya banyak kelas. Mengapa tiba-tiba suasana menjadi sepi?

Aku tetapkan langkah. Ini masih kawasan sekolah, tidak akan ada penjenayah untuk menculikku.

Kalau ada, pastinya Big Wolf yang suka berlakon menjadi pelajar demi sesuap makan. Serigala itu terlalu laparkan daging. Setiap jenis daging dia mampu telan. Aku tidak pasti perut jenis apa dia ada. Tubuhnya tidaklah berketul-ketul malah, dia hanyalah keding seperti dahan pokok tetapi laparnya sentiasa.

Ada kisah popular mengenai Big Wolf yang menyamar menjadi nenek seorang gadis setelah mendapat tahu gadis itu bakal melawat neneknya di kawasan pendalaman. Kerana sudah lama tidak membaham daging manis, Big Wolf membunuh si nenek dan berlakon sebagai nenek.

Apabila si gadis itu tiba, dia menjadi hairan si nenek tidak membuka pintu. Gadis itu tanpa berfikir terus membuka pintu dan kelihatan Big Wolf ada di katil si nenek dengan persalinan nenek. Gadis itu tidak sedar bahawa itu adalah Big Wolf.

Kesudahannya, gadis itu diratah oleh Big Wolf tanpa sempat dia selamatkan diri. Sadis. Kalau aku di tempat dia, akan aku bunuh Big Wolf kerana dia telah menamatkan riwayat nendaku.

Nenda satu-satunya insan yang menyayangiku. Aku sayang dia sangat. Kalau aku di tempat gadis itu, pasti kisah bertajuk Red Riding Hood menjadi heboh sedunia apabila seorang gadis yang tampak lembut sanggup membunuh seekor serigala.

Ah, namun itu semua mustahil. Mana mungkin kisahku akan diabadikan. Lihat saja mereka di sekolah, tidak habis-habisan mengherdikku. Apa teruk sangat tubuhku ini?

Kelas yang tampak suram dipandangku. Aku berkira-kira. Kalau tidak silap, sekarang waktu kelas magis. Mengapa kelas ini seperti sunyi?

Aku toleh kiri dan kanan. Masih tiada yang berlegar-legar di kawasan ini.

Akhirnya aku tolak pintu itu dan...

Splash!

Mataku membulat besar. Mataku disajikan wajah-wajah rakan sekelasku yang ketawa besar. Telingaku mendengar segala jenis tawa mereka.

Aku mula rasa kerdil. Jijik sangatkah aku di mata mereka? Hanya kerana aku satu-satunya insan yang tiada keturunan, mengapa aku dilayan sebegini?

Mata aku tertancap pada satu susuk tubuh paling hujung di kelas bahagian hadapan. Si dia hanya diam melihatku. Mata blue space miliknya berhadapan dengan mata delimaku. Anak mata kami bertaut seketika sebelum dia alihkan wajah memandang tingkap kelas.

"Kenapa? Terkedu?" Aku gerakkan biji mata memandang insan di hadapanku. Seorang gadis berketurunan vikings tersenyum sinis kepadaku. Rambut kerintingnya yang berwarna dark brown langsung tidak diikat. Bajunya juga persis lelaki.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now