Prologi 🌴👻

135 12 4
                                    

9 March 2000.

Lalang-lalang serta rumput yang panjang menjalar ke kaki ditebas dengan kuat agar tidak menghalang laluan mereka untuk keluar dari sekitar kawasan Pulau Keranji.

" Syukri., apa ni.? Kau kata nak datang berkelah ja. Dah 5 hari kita sangkut kat sini. Aku dah penat ni. " keluh Alif Hakimi., sahabat karib kepada Syukri Jamaluddin.

" Kejap la ayammm., kitaa redah ja dulu., aku pun pelik sebenarnya ni. Tak silap aku ni la jalan nak keluar daripada Pulau Keranji ni. "

" Weyh syukkkkkk , kau cuba tengok peta Pulau Keranji ni., mana tau ada petunjuk kita tersesat. Aku dah penat sangat ni. " Keluh Akmal pula. Keletihan yang maha amat.

" Syukkkkkk please., jom rest dulu., kaki aku nak tercabut dah ni. " Arah Ayip., yang sudah mulai penat akibat berjalan terlalu lama.

" Ha jom., aku rasa elok kita rest dekat bawah pohon tu dulu., redup dan teduh, sungai pun ada. " arah Syukri lalu menuju ke sebatang pokok yang tinggi berdiri megah berdekatan sungai.

Syukri., Alif Hakimi., Akmal dan Ayip adalah 4 orang sahabat daripada zaman persekolahan lagi. Mereka keluar daripada rumah pada hari Isnin iaitu pada tarikh 5 Mei 2000.

Perancangan mereka adalah untuk berkelah di Pulau Keranji selama 3 hari sahaja., apabila tiba hari yang ketiga iaitu hari terakhir mereka disana., sesuatu yang aneh mula berlaku. Mereka berempat tidak menjumpai langsung jalan untuk keluar daripada pulau tersebut walhal Syukri selaku ketua telah menandakan jalan-jalan yang pernah dilalui dengan melakar anak panah di setiap pohon yang dilalui. Kini., anak panah yang dikikis oleh Syukri hilang begitu sahaja. Ghaib.

" Betul ke kau dah kikir anak panah kat setiap pokok yang kita lalu hari tu.? " Soal Ayip mulai tidak percaya akan sahabatnya seorang itu.

" Aku dah tanda laa. Aku mana tahu boleh hilang macam tu saja. " gertak Syukri mula berang.

" Kalau kau tanda tak adanya dia hilang macam tu ja la. Sah la kau ni gila syukkkkkk. " Sampuk Akmal pula yang sudah mulai tipis tahap kesabarannya.

" Eh kau orang tak tanda kau orang semua diam boleh tak. Jangan sampai..."

" Jangan sampai apaaaa...? Kau nak blah macam tu ja tinggalkan kita orang.? Eh sedar sikit syukkkk kau pun tumpang kereta Ayipp la. " Potong Akmal sebelum Syukri sempat menghabiskan ayatnya.

" WOI., sudahlah hampa duk bertekak apaa., pikiaq la macam mana nak keluaq dari sini. Aku nak balik la. " Bising Alif Hakimi meredakan keadaan.

Keadaan sepi sementara apabila mereka bertiga dimarahi oleh sahabat mereka sendiri., Alif Hakimi.

Grrrrrrrrrrrr !!!

" Eh., korang dengar tak.? " soal Ayip mula ketakutan.

" Dengar. " balas Alif Hakimi.

" Shhh., diam. Aku rasa., ada benda lain selain kita berempatlah. " ujar Syukri pula secara berbisik.

" Aku rasa kita diperhatikan oleh sesuatu la. " bisik Akmal.

" Mungkin juga. Ishh., hari dah nak maghrib dah ni. Macam mana ni.? " soal Alif Hakimi pula mulai gusar dengan keadaan sekeliling Pulau Keranji yang makin gelap., suram dan seram.

Sepi.

" Aku rasa tak ada apa-apa dah la., jom la pasang khemah. Hari ni kita tidur di sini. Esok kita cari jalan keluar lain. " Arah Syukri mula mengarah selaku ketua disitu.

" Ha okeyh., jom Ayip. Aku lena ngan hang malam ni. " ujar Akmal.

" Ha okeyh. "

Tugasan mula dibahagi sama-rata. Ayip memasang khemah untuk dia bersama Akmal., manakala Akmal memasangkan khemah untuk Alif Hakimi dan Syukri.

Pulau Keranji [ ʜɪᴀᴛᴜs ] Where stories live. Discover now